Tuesday, 26 March 2013

Digital Film With Animation Course 1st Batch (Bahagian 3 - Terakhir)


Geng 1st Batch Bebudak Film Julai 2008 - Jun 2011


MOHD AMIR BIN MUSTAFFA

Berasal dari utara tanah air, Kedah. Perkenalan aku dengan dia tak beberapa ingat. Cuma apa yang aku ingat masa hari pertama aku jejakkan kaki di kolej tu, bapak aku mula2 tegur dia dan tanya dia asal dari mana. Aku mula rapat dengan dia apabila Iyo dah berhenti kolej. 

 
 Ameq

Walaupun pada mulanya aku tengok mamat ni macam poyo2 je kan tapi hakikatnya selama aku dah mula kenal dia, dia seorang yang ok je. Agak selesa berkawan dengannya. Mudah membantu jika memerlukan pertolongan. Gigih berusaha untuk berjaya dan tidak henti2 untuk menjadi kalangan yang terbaik.


AHMAD SYAMIL BIN ROSLAN

Kecik je orangnya. Mula2 nampak dia nampak macam sopan2 je dia nie. Pertama kali aku nampak dia, masa mula2 kami pelajar lelaki menjejakkan kaki kat hostel. Syamil atau kechik berbaju kemeja biru tercari2 nombor bilik bersama maknya. Masa tu maknya bagi dia sabun basuh dan ayat pertama yang aku dengar dari dia “sabun ni untuk apa mak ?”, hahahaha, mungkin itu satu pertanyaan yang tak masuk akal untuk dijawab. Tapi hakikatnya itulah yang aku dengar. Kechik nie mula2 pendiam je lama2 teserlah jugak belang dia tu, hehhe. Seorang yang baik hati, kadang2 bila dah masuk air tu agak lain macam sikit dia nie. 

Kechik

Walaupun saiz badannya yang kecik tapi boleh tahan panas baran gak dia nie. Sepanjang aku kenai dia, sangat senang diajak berbual dan xkedekut ilmu. Idea2 dia jugak bernas dan berfikir diluar kotak. Mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan sesuatu perkara. Tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Balam ramai bebudak dalam kelas aku nie, aku rasa tulisan dia nie je la yang kemas, kira sesuaila dengan diri dia pun, rambut sikat kemas, kasut pegi kelas bekilat sentiasa, baju kemas, sampai ke tempat tidur pun kemas, bagus le dia nie, hehhe. Itulah kechik yang aku kenal berdasarkan pemerhatian aku selama aku bergelar classmate dia.


KAMAL AIZAT BIN MD. ZAINAN

Diatas pemerhatian aku selama aku cuba untuk mengenali kamal. Dia seorang yang cool, rileks dan slumber. Bila bercakap nampak rilek je. Berasal dari Kuala Lumpur, dia seorang yang agak peramah dan mudah untuk didekati. Apa yang aku nampak, kamal ni seorang yang gigih berusaha. Kemuncak kegigihannya aku nampak masa kelas Storyboard, sampailah ke penghujung semester 5.

Kamal

Kesungguhannya untuk berjaya dan bersaing dengan rakan sekelas jelas kelihatan. Tidak banyak yang aku dapat analisakan disini tentang kamal, kerana aku sendiri jarang lepak bersama dia. Apa2 pun mengenali dia adalah satu pengalaman yang menarik.


NURUL SAKINAH BT ABD KHALID

Sakinah. Mulanya memang aku tak sedar kewujudan dia dalam kelas. Mungkin sebab budak perempuan kat dalam kelas aku ada dua orang je. Lagi pun memang aku jenis susah nak berkawan dengan perempuan dari dulu lagi. Tak banyak yang aku dapat ceritakan pasal Kinah ni, sebab aku sendiri pun tak la rapat dengan dia. Cuma apa yang boleh aku katakan, dia memang baik walaupun apa yang aku lihat ramai yang agak tak selesa dengan kehadirannya. 

Nie la dia Sakinah

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan sentiasa berusaha dalam semua bidang yang diceburi walaupun kadang2 hasil yang diperolehi tak begitu membanggakan. Walaupun ramai dilihat tidak begitu suka dengan kehadirannya, tapi aku tengok dia ni seorang yang tabah dan kuat semangat walaupun aku tau dia dah tak mampu nak bersabar lagi dengan sikap orang sekekliling. Apa2 pun aku tak kesah pasal semua tu asalkan dia tak kacau aku dah cukup baik. Dan aku berterima kasih kepada dia kerana banyak membantu aku walaupun kadang2 aku tak memerlukannya, hehhe.


NOR SYAFINA AIDA BT ABD SATTAR

Dia ni budak KL. Aku dapat tau dia tinggal di area keramat. Abaikan pasal tempat tinggal dan asal usul dia. Apa yang aku nak cerita pasal dia adalah, aku tak kenal dia dan tak pernah nak kenal dia dan memang tak pernah nampak kewujudan kelibatnya dalam kelas. Mungkin disebabkan bilangan perempuan yang terlampau kecil dalam depertment aku menyebabkan aku tak pernah nak ambil tahu pasal kewujudan perempuan dalam kelas aku. Aku mula kenal dia apabila dia mula meminta pertolongan dari aku. Mula dia tegur aku, aku dapat lihat dia seorang perempuan yang pelik. Sangkaan aku akhirnya benar apabila aku saksikan perangai sebenarnya. Memang sempoi gila, perwatakan lelaki yang sangat macho, haha, itu lah dia Syafina yang kami panggil Pyna atau lebih manis Bro Pyna. Semenjak aku tahu perwatakannya yang sempoi lagi selamba, aku mula selesa la kawan dengan dia. Berfikiran terbuka dan rilek, cerita apa saja bileh masuk. 

Yang nie pulak Syafina

Tapi kadang2 agak touching gak, biasa la kalau dah perempuan tu perempuan jugakkan. Kalau main badminton, memang hebat. macam main dengan lelaki je, serius habat gila. Sepanjang aku mengenalinya, apa yang aku dapat senaraikan disini, dia  nie agak pemalas. Mungkin ada 2 atau 3 perkara yang dia suka buat barulah boleh nampak rajin. Sebelum tu aku nak mengucapkan terima kasih banyak2 kepada kau sebab kau lah sumber kewangan aku sepanjang aku berada di kolej  itu. Semester 1 dia berbaju kurung, bila semester 2 aku dah tak nampak dia pakai baju kurung dia dan hanya T shirt berkolar menjadi pakaian hariannya kekelas. Yang aku peliknya sepanjang semester mesti dia pakai baju yang sama, entah basuh atau tak itu aku tak tahu dan tak mahu tahu, hahahaha. Apa2 pun mengenali insan bernama Pyna adalah pengalaman tambahan dalam kehidupan aku.

kenangan2 mengenali mereka selama ini memberi pengalaman yang sangat berharga dalam hidup aku, terima kasih kepada Geng2 Perintis Digital Film Animation Julai 2008 - Jun 2011...


Time Jamuan Akhir Semester 2, Sesi Januari - Jun 2009




No comments:

Post a Comment