27 mac 2013, xsabar nak menantikan bulan April. Entah apa yang best bulan April nie pun aku sendiri xtau. Tapi yang penting majikan aku menjanjikan kenaikan gaji untuk bulan Mac nie (dh 6 bulan berjanji, harap2 confirm la naik). Sebenarnye aku dah free dengan sebarang kerja, tapi entah apa yang xpuas hati pun aku xtau, pantang tengok aku rilek sikit, ada je nak bagi aku kerja, tapi xpe la, aku buat je keje yang dia bagi sambil2 tu menaip kat blog nie. Korang semua mungkin perasaan sejak akhir2 nie aku rajin hapdet post mengenai camera, bukan apa, semenjak aku berkhidmat sebagai freelancer photography nie, kadang2 ramai yang bertanyakan pasal camera. Terus terang aku kata, aku nie bukan pro dan xde sijil dalam bidang photography nie. Jadi kepada korang2 yang bertanye, maaf aku xpandai nak menjawab soalan korang tu dengan detail, cuma kalau nak tau jugak dengan serba sedikit aku boleh terangkan dan dialu alukan untuk menyelinap ke blog aku. Aku nie bukan jenis yang pandai bercakap sebab aku xde seni dalam bercakap, cume seni dalam menulis je yang ada, hehehe. Jadi kesenian menulis nie aku abadikan dalam blog nie untuk tatapan korang.
Sebelum nie aku ada menerangkan maksud DSLR, sebab dah belambak2 sangat orang pakai DSLR tapi xtau guna, sampaikan maksud DSLR pun mereka xtau, apa yang mereka tau hanya nak belagak dan nak menunjuk nunjuk. Jadi aku nie sangat kesian dengan mereka nie dan aku faham ada segelintir yang berhati ikhlas nak tau pasal foto nie segan nak bertanya kat orang2 yang belagak nie, biasa la mungkin takut kena gelak atau sewaktu dengannye. Xpe jangan risau korang yang berhati ikhlas lagi suci boleh bace je blog aku nie pasal Dunia Foto. Macam aku cakap tadi aku xpro dan masih lagi study dan buat ekperimen sendiri mengenai photography nie. Dengan pengalaman 5 tahun jagung yang aku miliki nie, jadi bagi aku setakat nak bantu korang2 yang baru berminat dalam dunia foto nie xsalah la kan. Semoga ilmu yang aku kongsikan ni dapat dimanfaatkan bersama.
Apa itu Composition.
Hari nie aku nak kongsikan pasal composition atau dalam bahasa melayunye komposisi. Composition nie termasuk dalam asas photography jugak, biasa lepas ada camera, korang kene tau asas penggunaan camera tu, lepas tu korang kena tau gak pasal composition nie supaya kreatif anda akan lebih meluas. Beberapa nama saintifik yang perlu korang tau dalam composition nie adalah ;
1) Rule of Third
2) Balancing
3) Depth
4) Line
5) Framing
6) Symmetry
Korang tengok aku dah taip bahasa inggeris nie, bukan senang aku nak taip inggeris tau x, hehehe. Sebenarnye nama2 nie xde la saintifik sangat, biasa2 je, orite aku terangkan satu persatu mengenai bende2 diatas nie, kita mulakan dengan nombor satu iaitu ;
Rule of Third.
Bende nie sebenarnye adalah perkara yang agak penting bila korang dah letakkan mata korang kearah view finder. Cara nak bermain dengan ROT nie (cewah singkatan tau), dengan meletakkan objek atau subjek yang anda nak tangkap tu pada garisan yang bersilang. Kebanyakan camera sekarang dah ada garisan2 nie, cuma korang kena setting sendiri la, seach la kat menu dan bla..bla..bla.. pastu korang akan jumpe grid, kat situ la bende nye, hehehe.
Contoh Rule Of Third - subjek pada garisan yang bersilang
Balancing.
Balancing nie dalam melayu nye keseimbangan (aku nie xde la pandai sangat bahasa inggeris tapi setakat sikit2 tu boleh la). Keseimbangan juga perlu dalam photography untuk menampakkan gambar anda menarik dan kreatif. Cara2 nak main dengan keseimbangan nie senang je, sama macam ROT tapi korang kena pastikan ada objek lain berada bersebelahan subjek utama anda supaya gambar nmapak seimbang dan menarik. Lihat gambar di bawah, hehhe.
Dalam gambar nie korang boleh nampak manusia xseberapa kachak tu sebagai subjek utama dan batu tu sebagai balancing untuk subjek utama tu, sekarang anda paham?
Depth.
Depth atau kedalaman. Aku pun sebenarnye xtau sangat nak terang kan pasal kedalaman nie, sebab bila aku ke google translate depth membawa maksud kedalaman entah apa yang dalam pun aku xtau, hahahaha. Tapi apa yang aku boleh terang kan dengan kefahaman aku pasal kedalaman atau depth nie adalah, setiap gambar yang kita ambik adalah dalam keadaan 2 demensi atau 2D, so korang kena paham maksud foreground, middleground dan background. bila dah faham, mesti serba sedikit korang boleh paham apa tu depth.
Contoh Depth yang aku carik kat incik Google
Yang nie pulak contoh Depth of Field, Korang nampak kan gambar depan blur tengah sharp dan belakang blur, ini lah maksud aku bermain dengan Foreground, Middleground dan background, nanti aku cuba terang kan apa benda nye 3 ground nie, hehhe
Line.
Line nie kalau korang tak tau gak aku pun xtau nak cakap ape. Line adalah garisan. Walaupun korang xnmpak garisan lain selain dari garisan grid untuk memudahkan korang main dengan ROT, korang kena dan terpaksa gak imagine kan garisan yang dimaksud kan nie jugak. Line nie bertujuan untuk menjadikan gambar anda menjadi menarik dan adalah element utama gamgar anda kelihatan mahal dan kreatif.
Contoh gambar yang menggunakan undang2 LINE. banyak lagi selain dari gambar cam nie, contoh kalau ada subjek lagi bagus.
Ni pulak gamabr yang ada subjek, amacam dah ada idea ker, hehehe.
Framing.
Framing nie, agak menarik, korang boleh guna apa2 objek kat sekeliling korang untuk buat frame nie. Contoh kalai korang minat gambar candid, aku rasa banyak ilham yang korang boleh create, ok la aku nak terangkan panjang lebar pun xtau cam ne, so korang tgok je la contoh kat bawah nie.
Nie contoh yang aku dapat kat google, klau korang nak tengok lagi rajin2 la search ye, lepas tu cuba praktikkan, huihuihuii.
Symmetry.
Symmetry, korang tau kan ape tu simetri. Ala klau belajar matematik dulu korang mesti ada dengar perkataan simetri nie. Simetri nie jugak kadang penting dalam situasi yang korang rasa sesuai. Selain simetri korang boleh try Perspective View. Kira simetri nie lebih kepada perspective gak cuma kiri dan kanan objek nampak balance sikit, contoh macam yang nie la ;
Nie contoh je la
Kalau kat melesia nie bende2 yang simetri, contoh KLCC, kebun getah, ladang kelapa sawit, hehehe. Sebenarnye bukan tu je, bayak bende yang korang boleh buat dengan simetri nie, asal kan dimata korang nampak simetri tu betul la tu, hehehe. Ok la korang semua mungkin dah paham apa yang aku terangkan kat atas nie, agak2 xpaham gak xpe la, korang boleh beli buku2 photography klau korang nie jenis yang minat membaca, dan boleh reffer kat blog2 otai photgrapher (aku nie bukan otai tapi sekadar nak membantu sikit2 boleh le). :ast sekali sebelum tutup forum nie, aku nak bag tau pasal apekebende nye Foreground, Middleground dan Background tu.
Foreground, Middleground dan background.
Bende nie sebenarnye adalah asas yang perlu korang tau untuk shoot gambar berbentuk lanscape (pemandangan) terutamanya. Sebab bila korang nie jenis suka ambik gamba pemandangan nie asas2 nie korang wajid praktikkan supaya gambar korang nampak hidup dan menarik. Kadang2 xsemestiney korang nk amek gmbar lanscape je kena pakai asas nie, nak ambik gambar lain pun boleh, contoh kalau amek gambar yang ada subjek utama korang selalu n ye akn fokus kepada Foreground dan background saja. Sebab apa bagi aku la, bagi korang atau otai2 tu xtau la, kalau aku, aku akan focus pada foreground dan background sebab aku suka main BOKEH. Bab middleground tu kalau korang nak buat macam gambar seperti gambar rajah orang kawad diatas tu.
Dalam Gambar nie korang boleh nampak mana Foreground (Batu), mana satu Middleground (Laut) dan Background (Langit)
Contoh nie kat google la kan mane lagi, hehhe, sama jugak korang boleh nampakkan. :D
Bokeh.
Bab bokeh tu pulak, ermm korang nak tau gak ke apa maksud bokeh tu. Ok la bende simple je, maksud bokeh tu bukan loghat negeri sembilan tau (bekas = bokeh, hahaha), tapi bokeh tu berasal dari istilah jepun xsalah aku yang membawa maksud lebih kurang macam mana nak cakap ek.... ermmmmmmmmm.. kira senang cakap BLUR la, nak tengok contoh ada kat bawah nie ;
Yang nie la nama nya BOKEH, Foreground adalah budak danbackground adalah pokok2 kat belakang tu
Bokeh cahaya adalah paling menarik dalam seni bokeh nie, korang boleh buat macam2 dengan bokeh cahaya nie, contoh2 korang boleh seacrh dalam google, nak harap kan aku je mana boleh, korang pun kena usaha jugak, hehhe.
No comments:
Post a Comment