Album Ekspedisi Gunung Datuk 31 Julai 2010 - 1 Ogos 2010
29 Mac 2013, hari yang paling menyakitkan hati, so untuk hilang kan kesakitan dan kebengangan tu aku pun taip le cerita daki ke gunung nie untuk menghilangkan rasa marah tu. Hari nie aku nak cerita pasal cerita suatu ketika dahulu, cerita aku dan member2 kolej dulu. Cerita nie berlaku tahun 2010, masa tu aku berada di semester 5. Aku dan 5 orang kawan telah bercadang untuk mendaki gunung yang berhampiran. Kolej den kek ghombau, jadi gunung terdokek adolah Gunung Datuk. Jadi kitorang berenam pun mengambil keputusan untuk mengabiskan sisa percutian yang membosan kan dihostel dengan mengadakan aktiviti tersebut. Entah macam mana sorang lecturer aku nie tetiba pulak nak ikut, adess, potong line la, bagi la muda mudi nak berseronok kejap. Tapi xpe la, disebab kan dia kata nak sponsor sedikit keperluan makanan, kira boleh la kan, sekurang kurangnye ada jugak la pengawasan dari orang tua ye x, hehehehe.
Ekspedisi Ke Gunung Datuk
Ekspedisi Ke Gunung Datuk
Aktiviti nie berlangsung selama 2 hari 1 malam, pada 31 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010. Kami memulakan dengan membeli keperluan makanan yang kitorang rasa nak masak dan nak makan malam tu. 31 julai tu xsalah aku hari Jumaat, dan aku rasa time tu Jumaat cuti hape entah, jadi memang bosan la kan duduk je kat hostel xbuat apa2. Jadi kitorang bahagikan la 2 kumpulan, yang satu kumpulan nie beli la bende2 hal2 ehwal masakan, dan satu lagi tu beli la barang makanan macam ayam dan barang bbq. Kitorang bertujuh bertolak dari hostel ke Gunung Datuk pada pukul 5 petang, jarak nye xjauh pun naik keter dalam 10 minit cam tu sampai le. Sampai je kat tempat yang dituju, kitorang bayar dulu tapak kemah, aku pun lupa berapa sewa tapak kemah, rasa nye 3 ringgit kot.. ermmm.. yelakot 3 ringgit rasa nye. Pasal bayaran mendaki rasa nye seringgit je sorang, tapi aku tengok ada je orang yang mendaki xbayar, hehhe. Lepas settle hal2 bayaran kitorang pasang kemah dan siap kan apa yang patut.
Sebelum malam tiba kitorang kumpulkan kayu untuk tujuan main api, ehh bukan main api tapi nak buat unggun api dan tujuan memasak, hehhe. Matahari semakin mengantuk, cahaya semakin pudar dan kelam, member aku Din nie, beliau dulu seorang pengakap kelana wilayah persekutuan, jadi bagi aku bab2 aktiviti camping nie memang xde masalah bagi beliau. Bahgian memasak nie kitorang serahkan kat beliau dan incik arep je la, yang lain tu aku xtau dorang buat apa, sebab time nie aku dengan Eddye tengah mandi kat sungai sambil2 tangkap ikan. lepas je makanan siap aku dengan Eddye naik untuk makan, lepas makan beborak2 sikit dan tidur.
Apa2 pun pasang kemah dulu
Sebelum nak panggang ayam mestila kena ada api, apa lagi sambil2 tu main api le, hehhe
Ni ar pengakap kitorang, hehhe.
Nampak muka2 suka main api, Eddye dan John Net.
Mendaki
Sebab yang mengukuhkan kitorang untuk lambat membuat pendakian adalah kerana, kitorang tidur lambat malam tadi, jadi masing2 bagun tidur pukul 10 pagi.
Kasut Din (nampak perkataan scout tu, tu tanda nye semangat Pengakap, hehhe)
Lepas mandi kat sungai dengan girang nye, kitorang pun standby le untuk mendaki. Trek pada mulanya xsusah, dalam hati tersengeh je tengok trek gunung nie mula2, tambah2 pulak Eddye nie pulak ajak aku mendaki sambil berlari. Ok la mula2 boleh la kau berlari, sampai ke tengah hutan trek dah macam haram jadah, tu dia menegak ambik kau. Tang situ aku dengan eddye dah mula slow, dan lepak kat batu besar sambil tunggu yang lain. Time nie meber aku Din baru je beberapa minggu sihat dari pembedahan lutut tapi sebab semangat nak daki sangat tu yang kitorang kena tunggu gak dia tu, perghh ini la semangat seorang pengakap kelana yang kita nak tengok, hehhe. Sepanjang mendaki macam2 flora dan fauna yang dapat tengok, contoh tumbuhan2 pelik, pacat, ehh tu bende biasa la, ermm, ok kala jengking besar lebih kurang 5 inchi jugak, lepas tu ulat gonggok hutan yang panjang nak mampus, dan lipan bara yang besar gila, nasi baik xjumpe ghimau, kalau xbalik la kitorang.
Antara Binatang2 hutan yang kitorang jumpe
Batang pokok nie nampak legend disitu.
Pokok nie buah tumbuh kat batang, entah boleh makan ke x aku xtau, yang interframe tu eddye member aku.
Lepas turun, Kitorang pun mandi2, makan dan packing barang. Sebelum balik tu biasa la, bila dah ada camera tu apa lagi, bergambar le kan untuk upload kat pesbuk, hehhe. Sampai hostel petang, malam tu apa lagi, transfer la gamba2r dan sedia untuk di tag kepada team2 ekspedisi,hehhe.
muka masing2 keletihan, tapi seronok bak ang!!
No comments:
Post a Comment