Monday, 4 March 2013

Camera Oh Camera

Camera, atau orang melayu cakap kamera, bunyi same je kan. Ok hari nie aku nak citer pasal camera. Sebenar nye aku xminat nak citer bab camera nie, bukan apa dah terlampau ramai sangat orang main camera sekarang, bila ramai yang dah main camera, harap maklum la kan, mesti mereka sume tu dah otai2 gila. Snap sana snap sini, post facebook, twitter, instagram, blog la dan entah apa2 lagi laman sosial di internet. Bila cerita bab camera nie, korang kenal ke camera tu hape?. Serius aku cakap kat korangaku pun xtau apa tu camera, cuma aku hairan macam mana manusia genius mencipta camera nie, yela, tekan button then gambar boleh ada pulak dalam screen komputer, boleh pulak ada dalam film, boleh pulak print hape sume, ish2 hairan2.


Classic - Teringat cerita enam jahanam, hihihihi

Orite nak bebel panjang pun xguna kan, sekarang aku nak share ilmu yang selama ini aku pendamkan. Sebelum nak share ilmu nie kat orang ramai kita mesti yakin kan orang ramai dulu kan, kalau x masa kan korang nak percaya info2 yang aku taip kat blog nie betul ke x kan, hehehehehe. Serba ringkas mengenai pendidikan aku, aku seorang insan biasa yang hanya mendapat 3A dalam SPM dan gagal 2 subjek ia itu math dan add math. Walaupun mengalami kegagalan yang amat dahsyat dalam kedua2 matapelajaran matematik, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang perfileman dan animasi digital di sebuah kolej keluaran MARA bumiputra rockers, hehehehe. Cukup la setakat tu je info tentang pendidikan aku. Kalau korang tanye aku nie ada sijil ke dalam bidang fotografi nie, aku akan jawab xde!, ye xde, tapi klau tengok pada kursus yang aku amek nie, aku ada lah belajar asas photography dan asas cinematography. Dua subjek nie adalah antara subjek penting selain subjek animasi 3 demensi (3d) yang wajib aku pelajari selama tempoh 3 tahun, fuhhhhhhhhhhhh.

Citer pulak pasal penggunaan camera, berapa lama ko pakai camera ehh?. Ermmmmmmmm, secara jujurnye pengalaman aku pun baru je lagi, aku mula start main camera tahun 2008, pejam celik dekat 5 tahun gak le. Selain tu minat aku mula timbul untuk berjinak2 dengan dunia foto nie pada asal nye adalah sebab aku nie amat gemar mengedit dan memanipulasi kan gambar, so bila dah minat edit2 gambar nie, ada camera lagi seronok la kan, idea tu jadi lebih luas. Time nie camera pertama aku guna adalah Nikon d60.

Camera Apa Nak Beli ?


Bila korang dah terjebak dalam dunia foto nie, banyak bende yang korang kena jugak amek tau walaupun korang malas nak amek tau, hehehehe. First, mestila camera apa yang nak pakai kan. Pasal masalah pemilihan camera nie, dah banyak sangat orang tanye, kadang2 macam nak berperang je, hahahahahahaha. Macam yang aku cakap, aku nie xde pandai bab2 camera nie, tapi dengan pengalaman dan ilmu yang xseberapa nie, xsalah la kan aku nak sharekan kat korang yang baru2 nak mula nie. 


Orang selalu tnye, bang mane best, nikon canon or sony. Bila dengar soalan cenggitu, aku senyap dan diam sehinggakan cengkering hampir nak berbunyi untuk membantu memecah kesunyian. Jawapan aku senang je, kepada korang yang newbie nie, beli je apa yang korang rasa selesa dan sesuai dengan korang. 



nikon d7000

Tapi ada pulak tanye, bang member saye cakap nikon senang guna. Aiseymen.. Ok la tu member korang cakap, x dinafikan nikon memang best, sebab aku sendiri pun mula2 belajar pakai nikon gak, antara nikon yang aku dah try, nikon d60, d70, d90, d3000, d3100 dan d7000. Bagi aku Nikon nie amat sesuai untuk budak2 yang baru nak berjinak dengan DSLR nie, pasal apa, sebab korang akan banyak belajar cara2 penggunaan mode2 dan fungsi2 yang ada dalam DSLR korang tu. 


Tetiba ada sorang budak tanye lagi, bang kalau canon cam ne bang, gamba cantik, ramai pro pakai canon kan. Haaachhuummm.. Tetiba pulak aku bersin dengan soalan cam tu, hehehehe. Sebenar nye pro ke x pro ke bukan pada brand camera dik. Ramai gak pro2 pakai nikon dan kebanyakan yang kita nampak pakai canon, tapi jangan lupa ada gak pro pakai sony alpha. Bende nie suma mengikut pada si pengguna, kalau suka pakai nikon teruskan la nikon, klau selesa pakai canon pakai la canon, dan kalau minat dengan sony silakan dengan sony. mengenai gambar cantik ke xcantik ke tu bergantung pada teknik dan kreatif pengguna camera tersebut, jadi sebab tu kalau dah ada DSLR rajin2 la belajar dan study buku manual tu (kepada yang rajin membaca,hehe). 



Canon eos 5d mark ii - Teringin nak pinjam, ada sape2 yang sudi meminjamkan kat aku x? (nak beli xmampu, hehehe)

Jap2 bang nak tanye benda penting nie, ada orang cakap canon senang guna eh, xbanyak setting apa sume eh?. Errrrrrr.. Oleh sebab aku nie pengguna canon, so secara xlangsung bias tu kadang2 mesti terjadi, hehehhe. Ok la aku xnak cakap banyak (tu la bias lagi taw takut kena pukul), sebenarnye atas pengalaman aku, bagi aku la, canon amat mudah digunakan dan ia sangat ramah dengan aku. First canon yang aku guna, eos 550d, click2 sangat best dan aku mula jatuh cinta sekali pandang, hehehe. Lepas tu aku try lagi canon yang mana dan, macam canon 50d, 60d, 600d, 1100d dan 7d. So budak2 ada soalan lagi? (dah penat nie).

Ermmm, bang saye nak tanye tapi malu la. Errrrr, macam saya pakai sony cam ne pulak tu. Hadoi, xyah nak malu sangat la, ko nak pakai hape brand pun pakai le, asal ko reti guna dah. Terus terang aku pada mula nya minat gak dengan sony nie, Penah gak la try 2 jenis sony alpha member aku punye, sony a350 dan sony a99. Pun bagus gak sony nie tapi bila aku tanye member aku tu pasal harga, ermm aku xmampu, hahahahahahaha. Jadi aku abaikan sony. Setahu aku la kan, kalau korang pakai sony, untung. Kenapa untung, apa yang aku tau sony nie xmacam nikon dan canon. Kalau canon dan nikon kita biasa dengar DSLR, tapi korang penah dengar DSLT tak?. Pasal ape bende DSLR dan DSLT tu nanti aku cuba terang kan sikit. Keuntungan pakai sony nie, korang xde berdepan dengan masalah shutter count. Apebende shutter count!!!, itu nanti korang tau, hehehe.

Sony a350 - Merupakan camera DSLT

Ok2 soalan pasal nak beli camera nie cukup sampai sini, sebab korang pun nampak nye dah ada camera masing2 kan, jadi tugas korang sekarang nie adalah belajar dan fahami lebih mendalam pasal camera korang tu. Kesimpulannye, dalam pemilihan untuk beli camera ataupun apa brand bagus, tu sebenar nye ikut pada kesukaan korang, senang citer kalau korang suka nikon beli nikon dan belajar habis habisan, kalau suka canon, praktikan sampai lebam bijik mata, kalau selesa pakai sony, teruskan sehingga cemerlang. Satu lagi tips yang xseberapa dari aku, usha2 gak la member korang ramai pakai apa, beli brand yang sama dengan member, sebab secara xlangsung korang boleh belajar dengan member korang tu (harap2 member korang tu xkedekut la ye, hehe).

Camera Dah Pun Dibeli..

Assalamualaikum Sifu, kami dah beli camera, mintak ajar. Eh budak nie aku tampar kang baru tau, sory aku bukan sifu dan xlayak jadi sifu korang. Kalau setakat nak ilmu boleh tapi xyah le sampai nak lebih2 pulak, sifu la master la hape la, merepek je sume tu. Aku cam korang gak bdak2 baru, tapi apa ilmu yang aku ada yang korang nak tau aku boleh je bagi. Ok apa korang nak tau?.

3 Asas Fotografi


A/AV

Bang, saye nak tau la bende2 kat camera ni hape, ad A/Av la, S/Tv la, M la, P, Auto bagai nie ape bende bang. Sory to say brader, aku xtau pun ape bende tu, hahahahahahahaha. Tapi kalau korang nak tau jugak xpe aku bagi tau ape yang aku tau. A (nikon) Av (canon), adalah merujuk kepada Aperture. Bukan APECER tapi Aperture. Bende tu bertujuan untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam sensor lensa korang. Senang cakap beliau mengawal iris lens korang. Kalau korang tengok kat screen camera tu korang akan nampak F5.6 la, F10 la kan. Itu adalah kawalan jumlah bukaan iris pada lens korang tu le. Walaupun masa SPM math aku gagal tapi sains aku nampak nye agak cemerlang so setakat nak bagi contoh hipotesis kat korang pasal aperture nie xde masalah sangat la. Semakin kecik nilai F number, semakin besar bukaan lens dan semakin besar nilai F number, semakin kecil bukaan lens. Emmm, korang nie macam xpaham je, diam je aku tengok. Ok cenggini, bila F number korang kecik maka lens korang terbukak besar jadi banyak cahaya boleh masuk dan gambar korang akan cerah, bila F number korang besar, lens korang bukak kecik jadi cahaya sikit dan gambar korang gelap. Hadoi xpaham ke, orite korang tengok gamba kat bawah nie ;


Berikut adalah nilai2 F number, korang tengok betul2 nilai F dengan bukaa lens tu.


S/TV

Kalau S/Tv tu apa bang, kawan saya pakai nikon mode dia S tapi saya pakai canon mode Tv, macam Tv kat rumah tu ke bang. Haishhh, apa pulak Tv kat rumah pulak, same je cuma beza huruf je. S (nikon) Tv (canon) bermaksud Shutter Speed. Shutter nie mengawal kelajuan cahaya masuk kedalam sensor lens korang tu. Contoh kalau shutter korang rendah maka gambar blur, dan bila shutter korang tinggi maka gambar sharp le. Ermm cam ne ye nak jelas kan kat korang nie, ok la cam nie kita mula balik, shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka, semakin lama shutter terbuka semakin banyak la cahaya masuk. Jadi untuk mengelakkan gambar korang jadi blur guna shutter tidak kurang dari 1/60 atau pun kalau nak rendahkan lagi boleh tapi kena pakai tripod le atau korang yakin yang tangan korang xshaking, hehehehhe. Pekiraan shutter nie bermula dari BULB (shutter ditekan selama ia terbuka) 30 saat hingga 1/8000 saat (laju tuuu..).



Nie effect dari penggunaan Shutter mode - Kiri : nilai Shutter rendah, Tengah : sederhana dan Kanan : nilai Shutter tinggi.


ISO

Ok le bang, aperture dengan shutter kitorang boleh la paham sikit2, nanti kitorang try praktik kan pulak ye. Sekarang ISO tu ape bende pulak?. Huhhhh.. letih jugak jadi tenaga pengajar nie ye. Ok ISO tu singkatan untuk International Standardisation Organisation, atau nama lama beliau, American Standard Association (ASA). Makne disebalik huruf2 comel nie I, S dan O adalah kesensitifan sensor terhadap cahaya. Hipotesis nye semakin tinggi korang naikkan nilai ISO semakin cerah la mase depan gambar korang apabila berada ditempat yang gelap. Tapi korang kena berjaga2, bila pakai ISO nie korang akan mengalami masalah noise. Jadi bila tinggi nilai sensitif sensor korang semakin timbul la noise2 yang akan mencacatkan gambar, hehehehhe.



Gambar diatas nie mungkin akan buatkan korang paham fungsi tinggi rendah ISO nie.

M mode

Bila korang dah mahir guna Aperture, Shutter Speed dan ISO nie, cuba pulak korang guna mode M (Manual) yang ada kat camera korang tu. Mode M nie bertujuan untuk mengawal fungsi Aperture dan Shutter Speed dalam keadaan cahaya yang tidak berubah-rubah macam dalam studio atau dalam bangunan yang mempunyai cahaya yang tetap atau keadaan cuaca yang baik. Tapi kalau korang dah mahir guna semua mode nie, nak guna mode mana2 pun boleh, hehhe.


Auto dan P mode


Oooo.. macam tu ye bang, tapi mode Auto dengan P tu untuk ape je, buat hiasan ke?, kuikuikuikuikui. Ceitt korang nie, mentang2 dah pandai sikit mula la nak poyo. Kesian la kat budak2 baru yang baru nak belajar tu jangan la poyo. Kalau korang nak dengar, silakan kalau korang rase dah advance, dah master guna mode A/Av, S/Tv, ISO dan M nie korang diam je. sekarang budak2 yang baru nak belajar nie nak tau gak apa tu mode Auto dan P. Ok aku bagi tau korang Auto tu biasa la Automatik, xde pelik pun kan. Dan aku nasihat kan kat korang dilarang guna mode Auto kalau korang pakai DSLR. membazir je duit kalau ada DSLR tapi pakai Auto, baik beli camera digital biasa je ye x, hehehhe. Sebab nye Mode Auto nie focus dan segala macam dikawal 100% oleh camera, so korang hanya tinggal snap je tanpa setting camera korang, jadi korang xbelajar la disitu. 
Pasal mode P pulak, maksud P adalah Programmable atau Programme. Mode nie pun same je macam Auto tadi, cuma beza nya korang dalam mode nie korang masih boleh kawal Shutter dan Aperture. Jadi sama je, penggunaan mode P nie adalah dilarang jugak kalau korang memiliki DSLR, sebab lepas korang shoot2 gambar, setting korang akan kembali auto ke setting asal, hehehehehe.

Tapi xsalah klau korang nak pakai mode Auto dan P nie. Yela sebagai contoh time tengah korang jalan2 tetiba terjumpa artis yang korang minat, so mesti korang nak terus snap je kan, klau time tu nak setting2 mana ada masa, kang lari pulak artis pujaan korang tu, hehehhe. So set ke mode Auto atau P je, lepas tu boleh terus snap, bab gambar xbeberapa cerah tu xpe sebab korang boleh edit tapi kalau gambar blur mau xmenangis korang, hahahahaha!.

Apa itu DSLR

bang2 last2 nak tanye untuk hari nie, fungsi2 asas nampak nye kitorang dah paham, cuma kiorang kena praktik kan je la. Tapi kan abang xterangkan lagi pun pasal maksud DSLR dan DSRT tu. Alamak korang nie, ingat je kan. huhhh, aku baru nak tutup forum. ok2, aku bagi tau maksud DSLR dulu, sebab aku tengok korang ramai yang pakai DSLR nie. DSLR tu adalah singkatan untuk Digital Single Lens Reflex. 
DSLR mempunyai Lensa yang boleh ditukar ganti. Camera nie jugak mempunyai saiz sensor yang lebih besar  dari camera biasa (camera compact). Pemilihan kamera SLR sebenarnya bukan di lihat dari nilai  megapixel atau pun model camera tu tapi dilihat pada saiz sensor. Saiz sensor yang besar membolehkan gambar dirakam dengan resolusi yang lagi tinggi. Tujuan pakai DSLR jugak membolehkan seseorang photographer tu mengawal focus, ISO, shutter speed dan aperture secara manual (mode M). Ok sekian, kalau ada apa2 lagi korang nak tau pasal camera nie lain kali aku citer lagi.
Antara rupa paras camera DISELER atau DSLR, hihihihi







No comments:

Post a Comment