Assalamualaikum kepada pembaca setia blog entah apa2 entah aku nie ( ada ke orang nak bace?, hahahaha). Orite, harinie post aku xpanjang mana sangat, sebab utama adalah malas nk taip dan memang dalam 2 bulan nie aku sangat sibuk dengan kerja2 pemecahan idea sampaikan otak aku pun rasa macam nak pecah. Oleh sebab 3d designer kat tempat aku kerja nie hanya tinggal 2 orang (yang laen semua dah berambus atas sebab2 tertentu), jadi sebab tu la kerja agak jadi kelam kabut sikit. Bukan kelam kabut apa, maksud nye terlampau banyak sangat project sehinggakan kitorng yang designer nie dah rasa macam robot, kadang2 tu rasa macam mesin je, satu badan dh lemau, otak lesu, denyutan jantung xtentu arah dan hilang selera makan. Huhhh, dengar2 berita gaji nak naik, sebab berita terkini menyatakan bahawasanya untuk bulan 3 nie, kami designer nie tidak lagi dibayar overtime. Ermm, macam naik 4 ribu je kan sampai xmampu nak bayar OT. Aku rasa kenaikan dalam 2 ribu je paling banyak, bagi aku 2 ribu tu dah banyak, sebab klau nak dbandingkan dengan gaji aku sekarang, alahai ciput je gaji aku sekarang nie, ada lah dalam rm 1200 je, tolak bayar kereta, tolak gaji lagi sebab datang lewat dan halfday aku lagi, pastu tolak epf dan socso lagi, minyak keter aku, makan aku, dan beberapa hal penting lain contoh mantainance keter buruk aku nie lagi, hadoihh, last2 tinggal la 3 ke 4 ratus bersih ada kat aku, kalau bawak bekal dapat la saving sikit.
Disebabkan mereka kata nak naik gaji (dh 6 bulan janji nak naik tapi baru sekarang nak tunaikan, hadoihh) so aku nie dengan sabar stay je la kat company nie. Selain tu jugak aku ada gak try2 carik keje yang bekenan dihati, makne nye keje yang berkaitan dengan keje aku sekarang le. Aku sekarang bertugas sebagai 3d designer dalam bidang exhibition, kiranya aku buat design untuk booth2 exhibition la. Limit aku untuk bertahan dalam company nie sampai bulan jun 2013 nie je, faktor utama aku stay kat company nie lagi, untuk kumpul modal sikit, kesian dengan 3d designer yang sorang nie, dan saje nak tengok permainan apa lagi yang depa nak main, hahahahahhaha, sebab yang last nie abaikan je, kikikikiki. Orite kalau dibaca tajuk diatas adalah pasal menghitung hari, aku rasa nak menghitung sampai ke bulan Jun tu agak lama, ye la bulan 4 pun lambat lagi nak muncul, hadoiihh. Jadi aku terpaksa ambik angkah yang lebih cepat untuk keluar dari beban hidup aku sekarang nie dengan menghantar resume2 kat company2 yang berkaitan. Aku sebenarnye kalau dah berhenti kerja, malas nak carik keje dalam tempoh terdekat nie, klau boleh nak lepak2 kat rumah dulu, nak usahakan syarikat perkongsian aku dengan member2 aku. orite boss dah sampai aku out dulu.. hehehehehhe
No comments:
Post a Comment