Monday, 25 March 2013

Camera Lagi

Assalam kepada internet office (maaf pc aq xleh connect internet so aq pinjam pc staff sebelah) dan kepada pembaca yang agak2 sudi nak membace blog nie. Hari nie saye pemilik blog entah apa2 entah ingin membincangkan mengenai tajuk DSLT secara ringkas. Lepas membincangkan tajuk tersebut aku akan ceritakan tajuk yang aku rasa nak cerita pasal camera nie.

DSLT


Huruf2 yang gagah perkasa diatas merujuk kepada Digital Single Lens Translucent. Orite sekian saja cerita mengenai DSLT. Huhh ringkas gila, hehhe. Baiklah, klau ringkas2 sangat nanti ada pulak orang yang berminat dengan ilmu marah, yelakan kadang2 orang pencinta ilmu dan dahaga kan ilmu nie sangat pantang bila nampak info baru. Oleh sebab itu, aku nie memang le xberapa pandai sangat pasal camera nie, tapi sebab aku nie bukan jenis yang kedekut ilmu, jadi aku kongsi gak le kat korang2 yang pencinta ilmu nie. Ok, mengenai DSLT yang aku tau, bende nie merupakan cemera yang tidak mempunyai tarikh luput shutter count. Waaaaaaaaaaaaaaa, bila xde shutter count, xde masalah la korang nk snap2 berjuta2 gambar dalam sesaat, hehehehhe. Baiklah, serba sedikit mengenai DSLT nie, camera pertama yang menggunakan khidmat DSLT adalah Canon Pellix sekitar tahun 60an dulu. Makne nye Canon sebelum bertukar menjadi DSLR dia pernah merasa jadi DSLT. Lepas je tahun tu canon dah xkeluarkan DSLT, sekarang mereka giat mengeluarkan DSLR. Manakala, apa yang aku tau, Sony Alpha merupakan camera DSLT kerana dalaman nye mempunyai cermin yang statik.

DSLT - Sony Alpha


Beza DSLT Dan DSLR

Beza nye xde beza pun klau tengok dari luaran rupa paras nye. Tapi perbezaan antara kedua2 bende nie terletak pada dalaman lubuk hati camera tersebut. Macam DSLR imej yang kita tengok pada Optical View Finder (OVF) adalah hasil pantulan dari cermin yang terdapat dalam DSLR. Untuk membolehkan  imej dirakam pada sensor, cermin akan diangkat untuk sensor terbuka. Kalau korang perasan, bila korang tekan butang shutter tu, korang akan dengar bunyikan. Bunyi tu le bunyi cermin yang diangkat2 dan ditimang2 tu (amboihh manja betul kan sampai ditimang2, hehhe).

Beralih pengetahuan kepada DSLT pulak. Maksud nye adik2 dah pun tau, sekarang abang, ceh ABANG!! menyampah pulak kite, ok la, aku la aku, aku nak bagi tau pasal ape bende DSLT nie, Kalau adik2 buka lens, adik2 akan nampak ada dua cermin kan, yang satu cermin tranparent macam glass tu kan dan satu lagi cermin yang reflex boleh nmpak muka korang  tu. Aahaaa, yang cermin tu la bende nye. Nama cermin tu klau xsalah aku pellicle mirror, kalau xsalah le, pasal aku pun ingat2 lupa, tapi sebutan nye cam tu la, ejaan nye aku xtaw la cam ne, hihihihihi. Lagi satu klau adik2 nak tau DSLT nie jgak banyak kelebihan berbanding DSLR. Apa yang aku tau, cermin DSLT nie dia statik, DSLR pulak dia bergerak. Kalau adik2 penah dengar pasal shutter shooters photography ehhh silap, klau adik2 penah dengar pasal shutter count, DSLR mempunyai jangka hayat tertentu, selepas cermin dalam DSLR yang bergerak tu patah maka kena ganti la kat kedai, kalau DSLT nie dia statik so xyah le tukar sampai bila2, jadi agak jimat disitu, snap la banyak mane nak snap. Banyak lagi kelebihan DSLT nie contoh ringkas nye, Focus lebih pantas, adik2 boleh la amek apa saja gambar tanpa rasa ragu2 pasal blur lagi, pastu frame per second lebih pantas, jadi adik2 yang mana suka main gambar stop motion or suka amek gambar burung terbang boleh le, hehehe. Lagi satu, DSLT nie pakai electronic view finder, DSLR pulak pakai Optical view finder. Ia bermaksud kalau kita guna DSLR kita akan nampak objek tersebut dengan pandangan yang sebenar manakala DSLT pakai electronic view finder yang berfungsi macam tv, ala tv televisyen tu, apa yang kita tengok bukan lah objek sebenar tapi ia akan menukar pantulan kepada objek digital.



Kanan - DSLR, Kiri DSLT

Dalam kelebihan mesti ada kekurangan. Aku penah gak merasa pakai 2 jenis model camera DSLT nie, Setahu aku la, camera sony alpha merupakan DSLT (kalau tersilap tolong le betul kan ye otai2 photographer), contoh aku penah guna a350 dengan a99. kekurangan yang aku tau pasal camera jenis nie, batery xtahan lama, kurang cahaya dan sensor agak cepat panas. Tapi kepada korang adik2 yang berminat dalam dunia photo nie, aku bagi nasihat le korang pakai DSLR lagi best, beli Canon ke Nikon ke, hehehe. 

Ok, diharap pemuda dan pemudi penduduk kampung tualang tiga berpuas hati dengan entry DSLT nie, bukan apa, ilmu yang aku kongsi nie, bende yang aku tau je, kang nak citer lebih2 kang takut sesat pulak, dah korang pulak jadi mangse kesesatan ilmu photo nie, hehhe.

Oleh sebab hari nie manusia2 pemberi kerja tiada di ofis, dan kerja2 aku pun baru je siap tadi, jadi aku ambik kesempatan untuk bermesra dengan blog entah apa2 entah aku nie jap. Tajuk kedua entry kali nie adalah keKREATIFan. Mungkin post mengenai kreatif nie xpanjang tapi kira boleh la kan sekadar nak menaip saje2 kan, huihuihui. Maksud Kreatif nie sebenar nye macam2 maksud, ia mengikut pada fahaman politik masing2. Tapi untuk memudahkan kepada adek2 yang baru nak jadi kreatif nie faham, jadi aku terpaksa la perahkan otak aku nie untuk reka satu definisi tentang kreatif nie.



Canon Pellix merupakan DSLT pertama keluaran canon tahun 1960an

Kreatif

Kreatif adalah seekor haiwan eksotik yang sukar ditemui, ehhhhh haiwan pulak, kreatif nie sebenarmye idea eksotik yang dimiliki oleh manusia2 yang kreatif, haha, macam berbelit sikit ayat nie. Orite yang agak tersusun nye cam nie la lebih kurang, kreatif atau kreativiti nie ialah, kebolehan atau keupayaan untuk mencipta atau mewujudkan dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi, ia melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik, selain tu jugak, ia merangkumi keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal (cewah ayat professor bahasa dah terkeluar nie) terhadap idea dan seterusnye mengemukakan cadangan penyelesaian. Selain tu seseorang yang kreatif jugak mempunyai keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi ( tu diaaaaaa.. ambik ang.. lepas nie boleh amek PhD kesusateraan bahasa bak ang..). Perghh terasa separuh kering pulak otak aku nie bila menaip bahasa2 tinggi cam nie, kuikuikui.

Selain dari penterjemahan maksud kreatif dari minda aku yang kreatif nie, macam aku cakap, kreatif nie ada macam2 maksud selagi ia membawa kepada makna kreatif tersebut. Satu lagi tentang keunikan kreatif nie, ehh kreatif tu tentu la unik, apa yang aku maksudkan adalah orang2 kreatif nie, mereka EKSOTIK bukan. Dah macam2 jenis orang kreatif yang aku tengok dalam Tv, majalah, buku, internet dan dengar di radio, masing2 punyai kehidupan yang pelik. Kadang2 ada sesetangah manusia yang xkreatif nie, sering memperlekehkan idea2 orang kreatif nie mungkin kerana cara penyampaian mereka agak bodoh dan sukar difahami, kerana mereka yang kreatif nie bukan menerangkan apa yang ada dikertas atau dihujung mata pena tapi di dalam dan diluar kotak pemikiran mereka (ermm, kadang2 aku pernah gak kena sound pasal idea aku yang bagi mereka bunyi nye sangat bangang dan xmasuk akal, tapi idea itu la yang mereka pakai bila mereka dapat jalan penyelesaian nye, kuikuikuikui).


Kekreatifan Dalam Dunia Fotografi


Bila dah kreatif pelbagai ekperimen boleh dilakukan

Jadi dalam slot dunia foto nie, memang dan sangat ada sangkut paut dengan keatif nie. Kalau korang dah terjebak dalam dunia seni nie, aku nak bagi tau awal2, xde yang mustahil yang korang dapat lakukan dengan imagination of arts, bak kata budak2 aku time student2 dulu, ARTS HAS NO RULES!. Yeahh setelah 5 tahun berlalu, ayat tu memang boleh diterima pakai, cuma kita perlu ingat sebagai seorang yang beragama islam, pasti ada batasan yang kita perlu jaga gak kan, hehehe. Satu lagi kita selalu dengar perkataan CIPLAK, bagi aku dalam menghasilkan sesuatu product yang kreatif, istilah ciplak menciplak tu sebenar nye xde, cuma perkataan tu wujud bila manusia yang xkreatif atau manusia yang malas, meniru hasil tersebut dengan cara bodoh. Jadi macam mana nak jadi pandai?, kepada anda yang kreatif nak ciplak idea orang boleh, tapi gunakan idea kreatif anda untuk mengolah product tu dengan lebih baik.


Tengah aku menaip entry nie, tetibe seekor nyamuk menyanyi2 kat telinga aku, sambil tu sempat pulak dia tanye cam nie, "kalau orang kreatif tu ok la, buat apa semua jadi, abis cam ne pulak dengan orang yang xkreatif, tapi minat dengan bende kreatif". Memang ramai orang camnie, cakap pandai, tapi buat nye xpenah jadi. Ok idea tu boleh pakai cume xreti nak realisasikan je, xpe xde masalah, klau korang xkreatif tp minat, jangan le pandai cakap je, try buat, buat je, kalau korang xbelagak, insyaAllah pasti ada orang akan tunjuk ajar korang, hehe. Satu lagi selalui la mendampingi orang kreatif, mula2 tiru la apa yang dia buat, lepas tu korang try le buat hasil korang sendiri pulak. Banyak kan tengok bende2 kreatif dan fahami kreatif tu sendiri. Pasti lama2 korang hebat dan kreatif, hehe, dan kalau orang tegur jangan le korang nak menang je, dan kalau orang bagi pendapat jangan pulak korang nak korang je serba tau, nanti korang gak yang ketinggalan zaman.

Berdasarkan soalan incik nyamuk tadi, aku teringat satu peristiwa, seseorang yang baru nak mengaplikasi kan ilmu kreatif yang beliau pelajari dengan usaha sendiri. Itu usaha yang bagus, berusaha gigih untuk memajukan diri sendiri. tapi malang nye baginda nie xnak dengar pendapat orang (orang yang bagi pendapat tu aku ler, kesian aku kan). Bukan apa, aku nak tolong baginda je, sebab ilmu teori baginda dah gempak, tapi bukan semua teori tu bila di praktikkan ia menjadi, ye tak. Jadi aku yang dah selalu buat praktikal bende tu nak bantu baginda supaya jadi lebih cemerlang, tapi malang usaha aku nak membantu gagal. Xpe la kan, biar kan baginda, asalkan baginda hepi. Yang penting korang jangan le jadi cam baginda tu, kita nie manusia biasa je, selagi perkara tu baik apa salahnye kita terima ye dak. Gara2 soalan nyamuk aku membebel penjang lebar. Orite berbalik pada kreatif  dalam dunia foto, firstly bila korang dah ada camera dah tentu la camera yang korang beli tu basic2 je kan, kit lens 18-55mm, body yang dilengkapi dengan mode dan button2 sedia ada, selain tu terdapat direct flast yang mungkin membuta kan mata manusia yang melihatnya, bateri dan charger untuk menghidupkan camera korang, beg camera untuk memudahkan proses camera berehat, dan kalau nasib baik dapat la barang2 tambahan free, macam lens pen ke, berus dan apa2 lagi la kalau nasib korang baik, hehhe.

Tips Bila Dah Sedar Diri Tu Miskin

Bila dah ada camera, korang pun dah berhabis duit beli camera korang tu, jadi nak beli barang tambahan dan aksesori tu confirm xmampukan (xtau la kalau korang kaya, tu hal korang le, hehhe). Bila dah xde duit, buat care xde duit, bila dah sedar diri tu xberduit, apa lagi gunakan la kreativiti korang tu. Sebenarnye dengan bende2 basic yang ada pada camera korang tu dah cukup untuk korang jual gambar korang. Katakan korang minat nak pakai spotlight diffuser untuk amek gambar model muslimah korang kat studio, tapi xmampu, korang boleh pakai lampu biasa dulu, contoh torchlight biasa pun boleh, carik la yang warna putih dan besar sikit, xpun korang guna lampu pendaflour tu pun boleh cuma kena olah la sikit, ala ubah suai le sikit, baru kreatif kan ,atau korang jugak boleh guna lampu kereta korang, highbeam la sikit, hasil nye sangat menarik, dari situ mula la seni, hehhe.



Lampu Suluh biasa pun boleh guna

Contoh Teknik menggunakan lampu kereta 1

Contoh Teknik menggunakan lampu kereta 2

Selain tu, bila korang buat outdoor photoshoot, selalu nye bayang2 xmenentu, tambah2 pulak cuaca panas terik, kadang2 gambar korang jadi silhouette la, muka hitam tebakar la, xcun la, gelap la, hape lagi la kan. Korang mesti teragak nak beli reflector pulakkan. Harga bende tu bukannye murah, tambahan pulak korang nie jenis xsuka barang second2 nie. Jadi cara penjimatan adalah, kalau korang ada apebende entah nama tu car sunshade tu, korang pun boleh guna untuk reflector, fungsi sama je aku tengok xde pun rosak gambar, hehhe. Kalau xmampu gak nak beli bende tu, korang boleh gak guna polistren, effect nye pun xjauh berbeza, yang penting gambar korang terbaik.


Guna nie pun boleh untuk reflactor


Guna nie pun effect lebih kurang je


Dah xde duit sangat beli je bende nie - Polistren harga dalam 3 ke 4 ringgit je, hehhe

Satu lagi perkara yang menjadi masalah bila korang amek gambar indoor pulak, contoh dalam rumah yang xcukup lampu, korang ofkos nak pakai lampu petir kan. Tapi memandangkan lampu petir korang tu yang basic je, so amat membimbangkan akan merosakkan gambar. Apakah yang perlu anda lakukan?, korang boleh gak pakai torchlight sambil2 tu ubah suai sikit bagi cahaya nampak soft sikit (tu pun kalau korang jenis xmalu la, hehhe). Xpun korang boleh gak guna flash yang sedia ada, tapi gunakan daya kreatif korang tu lapik dengan kertas putih pada flash tersebut untuk mendapatkan cahaya yang soft (cara nak adjust tu korang try le sendiri, aku dah bagi tips nie pun dah membantu la untuk kreatifkan otak korang tu, xkan semua nak suap je kan, xkreatif la cam tu, hehehhe). Satu lagi, selain dari buat bende yang korang rasa menyusahkan tu, korang boleh jadi pencuri, bukan curik flash orang, ishhhh tu berdosa, xbaik tu. Maksud aku korang boleh curik atau tumpang flash orang lain, bile lampu petir orang sekeliling korang tu menyambar je, korang pun snap la gambar, automatik gambar korang seolah2 korang sedang guna flash gak. Ataupun kalau korang xmampu gak buat 2 tips nie aku xtau nak cakap cam mana lagi, memang korang nie xkreatif atau pun korang nie malas, hahaha. Ala ape susah, kalau korang betul2 malas atau kreatif korang xsampai tahap lagi, korang guna je ilmu photo yang aku pernah ajar korang dulu, ingat lagi asas photography?, aperture, shutter speed dan ISO, jadi tunggu apa lagi dah ada ilmu gunakan dah ada kreativiti praktikkan, klau dah ada duit lebih realisasikan keinginan nafsu korang tu untuk miliki aksesori2 yang korang rasa perlu.


diffuser yang digunakan diatas ada harga, ce try yang xde harga, korang boleh guna kertas putih dan buat lebih kurang cam nie

Tips2 diatas bagi aku, salah satu basic yang selalu orang2 photo seperti kita perlukan, mungkin untuk orang2 baru cam kita2 nie sesuai le, tapi kalau yang dah pro tu, duit mesti belambak2 kan, so mesti la peralatan mereka lengkap, hehhe. Soal lens pulak cam ne, hehehe, mesti korang peningkan, kalau bende2 yang aku terangkan kat atas kira boleh la kita nak buat, tapi bab lens, xkan nak buat kan. Tips lens nie senang dan mudah je aku nak cakap. Sekarang aku citer bab kreatif kan, jadi korang xyah pikir nak tukar2 lens yang harga melampau2 mahal nye tu. Kit lens korang ada, pakai semaksima mungkin, nilai gambar bukan terletak pada lens, tapi pada nilai gambar korang, (walaupun ada sesetengah pro cakap lens juga main peranan) bila gambar korang kreatif dan ada nilai eksotik tersendiri maka, mahal la harga gambar korang dimata masyarakat.

Sekian tips2 yang aku dapat kongsikan kepada korang semua. Kepada otai2 fotografer, entry tersebut berdasarkan pengalaman dan ekperimen yang saya lakukan kerana menyedari diri yang miskin. Bagi saya usaha2 yang saya lakukan ini berjaya dan saya berpuas hati setakat ini. Jika otai2 ada tips yang terbaik untuk dikongsikan saya amat xsabar untuk menerimanya, :)

No comments:

Post a Comment