Wednesday 27 March 2013

Sejarah

Apa tu Shutter Shooter Photography (SSP) ?

Shutter Shooters Photography merupakan syarikat swasta dibawah naungan Encik Zamier Zainuddin (chief executive officer) dan dibantu oleh 2 orang ahli yang aktif, 'Azim Shinichi (creative director), dan Azrizal Anuar (2nd photographer). Selain itu 3 rakan kongsi yang lain iaitu, Azlan Amiruddin (creative designer), Amyrul Naim dan Hidayat (mereka berdua merupakan photographer dan juga merangkap marketing SSP). 


Dah macam kuli magazine je kan, hehe

Jadi jumlah staff seramai 6 orang. Ditubuhkan pada 11 Mac 2012, dan kini genap setahun pertubuhan syarikat tersebut. Sempena ulang tahun sulung Syarikat SSP nie, aku nak cerita sikit macam mana aku boleh terselit dalam senarai salah seorang tenaga penggerak SSP nie (nak cerita sejarah penubuhan tu aku xtau sangat jadi aku cerita sejarah aku join SSP nie pun dah ok kot, hehe).

Kaitan Shutter Shooter Photography Dengan Aku

Ceritanye sangat panjang, kalau nak dipendekkan rasa cam malas pulak, takut2 cerita xbeberapa menarik (padahal dh xde keje sebab tu saje nak taip panjang2, huihuihuihui). Ok la membebel panjang pun xguna kan, aku mula la cerita sekarang. Dimulakan dengan Bismillahirahamanirrahim, dan assalamualaikum kepada pengunjung2 yang setia dan hampir2 nak setia tu. Bermulanye aku terjoin dalam penubuhan syarikat nie adalh secara kebetulan je, masa dulu aku ada berangan2 nak bukak syarikat sendiri, tapi biasa la, umur baru setahun jangung, jadi pengalaman pun xbanyak lagi cuma apa yang ada je la, modal pun xde miskin lagi, lepas tu nak carik member2 yang berkomitmen padu pun agak susah dalam era kemodenan yang melampau nie. Aku yakin angan2 aku pasti jadi kenyataan jugak, tapi xtermimpi pulak boleh jadi kenyataan secepat nie, yela, aku target lagi 3 ke 4 tahun baru boleh ada company sendiri. 


Tonggak Utama SSP - 3 jejaka kampung yang miskin lagi kedana

Alhamdulillah bagai kan orang mengantuk disorongkan bantal, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, aku terima panggilan dari encik zamier zainuddin yang merupakan kawan masa kechik2 dulu (member pokemon time sekolah rendah dulu). Beliau telah menawarkan aku untuk sertai Shutter Shooters Photography nie (katanye beliau tertarik bila tengok beberapa portfolio aku dalam pesbuk). Jadi bila peluang dah didepan mata, dan aku pulak dah kenal beliau nie agak lama jugak (biasa la main pokemon same2, hahaha) jadi xde masalah la nak bekerjasama. Rasanye dah lebih 10 tahun aku xjumpe beliau nie, maklum le, member sekolah rendah kot, lepas sekolah rendah aku merantau ke Penang selama 3 tahun, kemudia pulang ke tempat asal dan sekolah menengah yang berlainan dengan beliau, so memang lama sangat le kan xjumpe. Walaubagaimanapun, bila jumpe dan meeting buat kali pertama nampaknye xpulak rasa kekok, makne nye ASH dan PIKACHU masih serasi seperti dulu, kahkahkahkah.

Ringkas Sejarah SSP

Serba sedikit yang aku tau pasal SSP nie, nama asal pada mulanya adalah, Poison Apple Photography. Bagi aku nama tu dah comel dah, walaupun ayat poison tu macam membunuh sikit bunyinye, hehe. Selang beberapa bulan, tiba2 beliau tukar nama Poison Apple tu dan mendaftar dibawah nama Shutter Shooters Photography. Bila aku tau company dah berdaftar, kira hati girang la kan, tapi kezutan menimpa apabila nama comel tu berubah kepada nama yang sangat kejam, hahaha. 



poison Apple Photography



Bagi aku Shutter Shooters tu bunyi nye agak kejam dan menakutkan, takut2 tekan shutter nanti orang mati, hahahaha!. Bila dah ada company, tau2 la kan, mesti kena ada logo, company profile, business card, marketing, staff, perkara2 asas yang perlu ada dalam sesebuah syarikat dan yang paling penting, JOB KENA ADA, hehe. Yang nie citer pasal sejarah SSP yang aku tau, kalau korang nak tau lebih boleh layari blog http://shuttershootsp.blogspot.com/, xpun korang boleh je tanye incik Zamier Zainuddin tu (kepada korang yang nak menikah tu, sila2 la invite kami sebagai official yea).

Nadi Penggerak

Nak cerita pasal ahli atau staff2 SSP nie, pada mulanya, Poison Apple diterajui oleh 3 orang jejaka kampung yang miskin lagi papakedana, iaitu Zamier, 'Azim dan Azlan. Oleh sebab penubuhan nie baru dalam perancangan dan sedang tercari2 identiti, jadi poison apple nie macam xbergerak sangat, so bile tertubuh dengan gagah perkasa nye Shutter Shooter Photography nie, pulak tu dah daftar pulak dibawah suruhanjaya syarikat melesia, kami mula bergerak pantas demi mencapai kejayaan atas usaha bersama. 


Nie bro Naim

Dulu Hidayat nie biasa2 je, tapi dengar nye dah jadi abang basar kat Tamu Hill batang Kali, hehehe


Segala perancangan diatur, segala strategi disusun kemas, suka duka diharungi bersama, dan akhirnye terbentuk la satu laman blog yang akan memperkenalkan SSP dimata penduduk disekitar lembah klang, kuala lumpur, malaysia dan mudah mudahan dimata dunia am nye (pergh cita2 tinggi bak ang!). Setelah hampir setahun SSP bergerak dengan 3 orang tonggak utama, beberapa bulan selepas penubuhan SSP dilihat beberapa muka baru mula berminat untuk menjadi sebahagian tenaga penggerak syarikat nie. Staff2 tersebut adalah.... jeng..jeng..jeng.. Amyrul Naim, Azrizal dan Hidayat. Kini Genap setahun SSP berdiri, cuma yang betul2 aktif hanya 3 orang, yang utama mesti la boss kan, Zamier, Aku, dan Azrizal. Untuk yang lain bukan xaktif tapi mereka banyak komitmen dan kewajipan lain yang harus di utamakan dahulu, tapi walau cam mana pun mereka banyak membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menaikkan mutu SSP nie. Salah satu sebab yang aku nampak, mungkin job pada awal2 penubuhan nie, xbanyak lagi, ermm.. tunggu la bila dah banyak, baru semua enam2 orang xcukup tangan, hahaha.


Click kalau korang xboleh nak nampak, hehe

First Project Yang Gemilang

Pasal aku terbabit dalam SSP dah citer, pasal sejarah SSP pun dah citer, geng2 SSP pun aku dah kenalkan, sekarang nak citer pasal detik2 kegumbiraan geng SSP pulak. SSP telah mencipta sejarah buat julung kalinye apabila berpeluang mengendalikan projek pertama sempena majlis perkahwinan kawan2 kitorang jugak. Suatu hari Tengku Aiman Sufyan Ibn Tengku Aezman, putera dari kerabat diraja taman perumahan Antara Gapi Serendah, Selangor, telah menghubungi Zamier Zainuddin sempena menyampaikan hasratnye untuk mengInvite SSP sebagai official photgraphy pada majlis bersejarah nya pada 25 Januari 2013 (kemain kaw Jahh, berangan nak shoot perkahwinan diraja kew, jelous Mak Jemah.).



Time nie project pertama kitorang 


Dari situ secara xlangsung, SSP telah menempa nama dikalangan penduduk setempat. Alhamdulillah fanpage kat pesbuk pun dah ramai mengelike, blog pun dah bersepah2 orang nak usha (bukan orang melesia je Jemah, nie Mak Jah nak bagi tau, sampai ke Jordan kau orang usha blog SSP nie, kellaz tak), rating undangan yang berminat pun semakin meningkat naik dari masa ke semasa. Terima kasih xterhingga kami SSP ucapkan kepada Aiman kerana sudi dan mempercayai kami. Ok la mungkin nie saat2 gemilang SSP buat kali pertama, penghujung bulan nie 31 Mac 2013 ada lagi satu job wedding, pun kat area serendah jugak, ini merupakan projek kedua SSP. bulan 6 nie pun dengar nye confirm dah, dan mugkin bulan 12 nie ada dua job tapi yang satu tu xconfirm lagi. Kejayaan demi kejayaan didaki dari bawah keatas, akhir nye berada dipermulaan kejayaan. Diharapkan akan terus berjaya dan berjaya.






Geng SHUTTER SHOOTTERS PHOTOGRAPHY anda DAH SEDIA ??!

No comments:

Post a Comment