Monday 25 March 2013

Digital Film With Animation Course 1st Batch (Bahagian 1)


Geng 1st Batch Bebudak Film Julai 2008 - Jun 2011

Serba sedikit pengenalan untuk kursus diploma aku nie, Kursus kesenian kreatif nie hanya terdapat di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Rembau, Negeri Sembilan. Ia merupakan satu2 nye Kolej MARA yang menawarkan kursus ART and DESIGN bagi pemuda pemudi lepasan SPM yang berminat dalam bidang seni. Terdapat 5 kursus yang ditawarkan iaitu, Diploma in Media Digital, Diploma in Digital Film with Animation, Diploma in Interior Design, Diploma in Furniture Design dan Diploma in Fashion Design. Kepada pemuda pemudi yang berminat dalam apa jua bidang seni nie boleh la mendaftar ye, aku berani cakap korang xkan menyesal, bagi aku kolej nie setaraf dengan MMU, UNIKL, Lim Kok Wing dan universiti2 yang gempak dalam bidang art nie. Tapi korang kene la belajar sungguh2, klau niat nak main2, nak carik awek atau nak belagak hebat, baik korang lupakan je la nak capai kejayaan tu, hehhe. Ok le, Abaikan keempat empat kos tersebut, aku nak cerita pasal kos aku, iaitu kos digital film animasi nie. Kitorang adalah pelajar perintis. Perintis tu kira kitorang nie batch pertama dan perasmi untuk kolej baru MARA nie. Jumlah pelajar seramai 80 pada mula nya, dan kos aku seramai 18 orang. Menjelang semester 2 dan 3, 2 orang budak dari kos aku blah, atas sebab2 tertentu, jadi tinggal le 16 orang yang berjaya menamatkan pelajaran selama 3 tahun. Bagi aku pengalaman bergaul dengan manusia2 kreatif nie amat seronok, jauh dari tekanan dunia luar. Mereka pelik, simple, mudah, dan masing2 mempunyai pendapat tersendiri yang bagi aku sangat gempak walaupun pendapat dan idea tu sangat simple. Post kali nie aku nak memperkenalkan kawan2 seperjuangan aku sepanjang 3 tahun aku terpenjara di Kolej Kemahiran Tinggi MARA nie.


Banyak makna tersirat Dalam perkataan MADS nie, salah satunye perangai student2 nye

Dibawah nie adalah bebudak kelas aku, sepanjang bersama sama mereka, banyak perkara yang aku dapat lihat dari perwatakan mereka. Aku mulakan dengan ;



MUHAMAD SYAFIQ BIN ROSLAN


Syafiq Roslan yang diberi gelaran Jonet merupakan roommate aku selama 2 semester. Perkenalan aku bermula dengan Jonet apabila aku mula2 menjejakkan diri di kediaman AR-G-04. Mulanya aku xselesa sangat dengan dia yang siang malam asyik berShuffle je dalam bilik. Bayangkan lepas subuh Shuffle, lepas mandi pagi sebelum nak ke kelas Shuffle, habis kelas je masuk dalam bilik Shuffle, sebelum tidur pun dia nak berShuffle gak. Selagi mata tak pejam, Shuffle la dia. Sindrom Shuffle yang dialami Jonet ni berakhir ketika semester 2, masa tu dia dah kurang nak berShuffle2 ni. Mungkin masa tu dah mula dewasa sikit agaknya. Aku mula rapat dengan dia pada malam hari ketiga berada di kolej puaka tersebut. Sewaktu aku, Jonet dan Din duduk bersama dan berborak2 menceritakan perihal diri masing2. Berkawan dengan Jonet adalah pengalaman yang agak menggembirakan, sepanjang aku di kolej puaka tersebut. Pelbagai perkara yang tak masuk akal yang kami dah lakukan di kolej puaka itu. Pernah terjun bangunan, panjat dinding hostel dan tawaf dilereng dinding tingkat satu hostel lelaki, menjadi paranormal tak bertauliah, menjadi hantu dan mengacau orang ditengah malam, merayau2 satu kolej ditengah malam, pakai baju sekolah dalam kolej dan macam2 lagi. Jonet seorang yang gila2 dan susah nak tengok dia serius dalam pergaulan. kadang2 bila ada masalah baru nampak dia serius, hehhe.


Ni la dia Si John Net tu. Gambar nie time jamuan akhir sem 2 sekali dengan hari anugerah kecemerlangan semester 2.

Pengalaman aku sebilik dengannya selama setahun kadang2 azab jugak. Azab, bukanlah bermaksud perangai dia atau apa2 pun. Tapi azab mula berlaku apabila kami rakan sebilik mengambil keputusan untuk mengubah kedudukan katil dan locker dalam bilik supaya xnampak bosan sangat. Kami ambik keputusan dengan rapatkan ketiga tiga katil. Dengan kedudukan aku ditepi sebelah kanan, Jonet ditengah dan seorang lagi roommate ku dari department Media Digital Samsuri @ Seam, dibahagian tepi sebelah kiri. Bila tidur dia memang lasak. Serius aku cakap azab tidur sebelah dia. Setiap malam tidurku terganggu akibat kakinya selalu mendarat di badanku dan membuatkan aku sukar untuk bernafas (sastera gila bahasa). Bila dipisahkan kedudukan katil dan kembalikan kepada kedudukan asal, memang tak sah kalau dia tak jatuh katil. Ibarat lebih baik tidur tanpa katil, hehehe. Bercerita tentang keluarganya, dia mempunyai keluarga yang sangat baik, asal aku datang rumah dia mesti ummi dia masakkan makanan kegemaran aku, sampai aku pun dah segan nak datang rumah dia. Layanan keluarga dia jangan cakap la, memang sesiapa yang datang rumah dia, mak bapak dia akan layan kita macam anak sendiri. Serius aku cakap mak bapak kau memang best gila. 

Selain itu apa yang aku nampak lagi pasal Jonet ni, dia suka tolong orang sampai kadang2 dia tak sedar yang diri dia sendiri dah terabai. Aku tak tau la dia sedar atau tak yang diri dia terabai sebab sibuk sangat tolong orang kesana kemari. Sampai sanggup hantar dan jemput orang walaupun dalam hujan lebat, tengah2 malam buta, tengah hari yang panas, kadang2 kalau jarak yang jauh pun dia sanggup jemput dan hantar orang. Beperwatakan yang gila meyebabkan aku lihat dia mudah didekati orang sekeliling. Seorang yang boleh juga dipercayai, penyimpan rahsia yang agak baik, ermm.. sepanjang aku kawan dengan beliau nie, kira ok la, aku percaya kan dia. Mungkin aku masih belum jumpa kelemahan yang sebenarnya. Tapi apa yang aku dapat lihat dia ni seorang yang cepat putus asa dalam melaksanakan assignment yang diberi. Suka buat kerja last minit itu perkara biasa bagi dia dan kitorang semua, kehkehkehkeh. Suka belanja orang bila ada duit lebih, kadang2 dia agak kelam kabut kalau poket dah mula kering, hahaha. Bila tamat je study, masing2 wat hal sendiri, aku teringat pulak sebelum nak abis study Jonet nie ada tanya aku, "Weyh Long ko rasa aku nanti boleh jadi apa?". Bila soalan tu macam spontan je keluar dari mulut beliau aku pun jawab le dengan ikhlas, dari apa yang aku nampak dia minat dalam bidang production, aku pernah cakap, "Ala Net, ko kalau keje pasang2 wire, setting2 barang nie mesti ko boleh punya". Dia sengeh2 je masa tu, tapi dah terbukti sekarang, bidang production dia memang pakar, sekarang dah jadi videographer berjaya tu, tahniah !.


MUHAMMAD RAFIUDDIN BIN MOHAMMAD ROSLI

Aku panggil dia Din, kawan2 pun panggil dia Din. Kenapa orang tak panggil dia Rafi atau Udin. Itu aku tak tahu. Yang aku tahu dia seorang Pengakap kelana yang aktif dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada mulanya aku tengok dia seorang yang macam serius je, mungkin seorang gangster sekolah, xpun seorang yang mempunyai hobi memukul orang, hahaha teruk nye mata aku nie tengok ko cam tu kan Din, kikikikikiki. Aku mula kenal jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini bila dia sama2 lepak dalam bilik aku bersama Jonet. Kami berkenalan dan berborak2 kosong, bercerita tentang zaman sekolah dan pengalaman hidup masing2. Apa yang aku sempat tengok masa tu Din memang seorang yang baik, lurus, hormat sesama kenalan, peramah, dan patriotik. Din juga seorang pecinta warisan dan kebudayaan melayu. Apa benda yang dia buat mesti berkonsepkan warisan dan kebudayaan bangsa. Walaupun anak jati Key Ell, hidup dikelilingi bangunan pencakar langit, ttapi jiwa dan raganya berpegang kuat dengan nilai2 dan cara hidup masyarakat desa. 


Ini abang Rafiuddin time malam jamuan semester 2

Xdinafikan Din seorang yang sangat baik peramah. Boleh dikatakan semua orang di kolej itu mengenai Din. Cakap saja Din, dari makcik cleaner, mak cik dewan makan, lecturer, staff office sehingga melarat ke pakcik guard, semua kenal Din. Oleh kerana terlalu peramah dan baik hati, apa yang aku nampak, kadang2 ada segelintir manusia yang macam nak ambik kesempatan atas kesempitan dengan memperalatkan beliau.  Walau apa pun, dia memang seorang yang lurus, dan menganggap semua yang dilakukan itu sebagai satu pertolongan yang ikhlas. Memang seronok kawan dengan insan bandar berjiwa desa, rilek minda tenag jiwa, serius xserabut. Dia mempunyai beberapa kelebihan dalam pelajaran praktikal. Apa2 pun usahanya untuk berjaya masih dapat dilihat apabila dia mula melakukan kerja dengan bersungguh2, sampai ajak makan pun tak nak, ajak borak2 pun tak nak dan bila ajak main bola tampar pun dia tolak. Din antara kawan terbaik yang pernah aku jumpa. Sekarang dengar nye beliau master dalam bidang videographer dan video editing, terbaikkan !.



MOHD IBRAHIM BIN AB. MANAP

Pemuda Selayang Baru. Mempunyai nama pena tersendiri iaitu ChoronoHunterz dan nama2 panggilan yang lain. Antara nama yang boleh dikaitkan dengan insan yang bernama Ibrahim ini adalah, Naim atau Aim. Kebiasaannya kitorang akan panggil dia dengan nama Naim sebab nama itu mungkin boleh menampakkan beliau lebih kacak dari biasa. Naim seorang yang sederhana, peminat tegar pasukan bola sepak tempatan khususnya pasukan Negeri Selangor dan beliau amat menggilai pasukan merah kuning itu dari dulu hingga sekarang. Agak fasih berbahasa inggeris dan bahasa2 pelik lain yang direka sendiri dengan idea2 yang kreatif. Pertemuan aku dengan pemuda Selayang ini masa hari pertama pendaftaran kat kolej rambau. Selesai hari pendaftaran pelajar, kami diberi kumpulan untuk tawaf satu kolej bertujuan memperkenalkan nama2 tempat dalam kolej puaka tersebut. Sebelum ekpedisi tawaf kolej bermula, kami diminta untuk memperkenalkan diri masing2. Masa tulah aku dengar seorang budak berCap coklat, berbaju coklat, berseluar jeans biru, berkasut DC dan beg yang disandang silang dari bahu kanannya memperkenalkan diri ; “nama saya Mohd Ibrahim bin Ab. Manap, boleh panggil saya Aim atau Naim, tapi kawan2 panggil saya Naim, tinggal di Selayang Baru Selangor, saya dari kursus Digital Film with Animation”. Dari situlah aku tahu pemuda kacak ni dari selayang. Keakraban aku dan encik ChronoHunterz ni bermula pada hari pertama kami outing di bandar Seremban. Masa tu kami outing tanpa arah dan tujuan. Pada hari pertama outing itulah aku mula tahu perangai sebenar encik ChronoHunterz ni. Dia mula terjerit2 dalam bangunan Terminal 1, baring di tengah2 jalan raya disaat kereta semua mematuhi peraturan lalulintas dengan tidak melanggar lampu merah dan macam2 lagi kejadian aneh dan pelik yang berlaku masa tu.


Mr. ChronoHunterz

Naim juga seorang yang suka menghabiskan masa dengan bermain game dikomputer kesayangannya. Makan banyak walaupun mempunyai tubuh badan yang kurus. Seorang yang baik jugak la, kalau tak, takkan aku nak kawan dengan dia, miahahaha. Tapi mungkin dia mempunyai beberapa masalah tersendiri yang kadang kala dilihat sebagai seorang yang agak pentingkan diri sendiri, tu apa yang aku nampak le, orang lain aku xtau la cam ne kan. Seorang pemain tennis dan bola tampar yang agak bagus jika nak dibandingkan dengan aku. Pembuat kerja yang teliti dan ada masanya agak suka bekerja sambil lewa, tapi hasilnye sangat gempak, xcaye korang try bukak Utube, search Gostan, terbaik dowh!. Naim seorang budak yang gila2, kadang2 aku akui diri aku sendiri hampir xterkawal bila lepak dengan dia. Dia juga mempunyai anugerah yang luar biasa, antaranya boleh mempelbagaikan suara dalam satu masa, boleh menyanyi dan mulut yang manis berbicara bak gula yang digilai semut. Manis macam gula atau macam madu itu aku tak tahu. Yang aku tahu dia boleh dapat markah agak tinggi dalam final presentation storyboard dengan hasil yang belum siap sepenuhnya. Selain itu juga mulutnya juga sangat mudah untuk melemparkan kata2 carutan sama ada ketika suka dan duka bagaikan tak sempurna hidupnya tanpa mencarut, hehhe.  Apa2 pun mungkin dia adalah salah satu teman yang paling pelik aku pernah jumpa dalam dunia ni. Sepanjang aku berkawan dengannya banyak perkara yang aku pelajari sebagai penambahan pengalaman hidup aku. Dia juga banyak mengajar aku kecekalan dalam menempuh kehidupan yang serba xadil nie, terima kasih ye !.


SYED MOHD LUKMAL HAKIM SYED NASER ALKHRED

Mungkin aku mengenali jejaka kelahiran perlis ini agak lewat berbanding yang lain. Sebab nye, terus terang aku kata, pada mulanya aku tengok beliau macam lain dari yang lain, xmacam meber2 yang lain, bukan apa, pada mulanya aku tengok dia sangat peramah dan jadi serius secara tiba2. Setelah aku benar2 mengenali si dia, insan berhati murni dan berhati cekal bernama Hakim Alkhred, baru aku boleh ngam dengan  tingkahlakunya selama ni. Apa yang aku boleh katakan dia seorang yang baik, berhati lembut dan kadang kala mudah tersentuh, kadang2 terlampau serius dalam sesuatu perkara, berjiwa sederhana, patriotik, berfikiran terbuka, pandai berfalsafah, meminati silat dan seni mempertahankan diri, ada masanya beperwatakan kebudak buadakkan, mungkin nie la keistimewaan budak2 Filem Animasi, unik kan, hehhe, dan merupakan penyokong setia Harimau Malaya. Menyertai Ultras Malaya adalah bukti yang amat jelas menunjukkan bahawa dia merupakan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan yang setia. Ap yang aku tau lagi pasal dia nie, dia amat menggilai bintang bola sepak antarabangsa iaitu Cristiano Ronaldo dan menjadikan bintang itu sebagai idolanya. Sampaikan ada gelaran tersendiri, CR7jr dan kini CR9jr, hehehe.



Yang pulak bro Syed, nie la dia. Time nie dia tengah outing nie kat seremban

Bagi aku, permulaan aku mengenali Syed agak lewat, dan aku mula rasa akrab dengannya semasa sama2 membuat latihan perbarisan untuk persedian ke sukan KKTM dan IKM. Sebelum itu aku hanya menganggap dia hanya rakan sekelas. Semenjak kami mula rapat, berbual bersama, makan semeja, bersilat bersama, aku sudah mula mengenali siapa sebenarnya Syed Mohd Lukmal Hakim. Walaupun aku ada mendengar segelintir manusia yang tidak beberapa selesa dengan sikap atau perangai nye yang mungkin pelik, bagi aku mungkin mereka tidak pernah cuba untuk mnegenali Syed dengan lebih rapat dan bertanyakan kenapa sikapnya berubah tiba2. Apa2 pun aku dah faham sangat perangai dia dan boleh menerima dia sebagai salah satu sahabat baik aku. 


MOHD FAIQ BIN ABD HAMID                                                                                                            

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah mempunyai kawan yang jauh lebih tua dari aku. Masa mula2 aku macam xcaye bila beliau ini kenalkan dirinya pada hari pertama di kolej ini. “Nama saya Mohd Faiq bin Abd Hamid, berasal dari teluk Intan Perak, berumur 21 tahun”. Bila aku tengok muka dia, macam tak percaya umur dah 21 tahun, bertambah aku xcaye bila dah mula kenal dia dengan lebih rapat. Perangai dia sumpah aku cakap, standart budak2 sama baya aku jugak. Main game, itu memang hobi dia, tengok kartun, itu pun salah satu pengisian masa cuti dia. Kalau bab bercerita, memang seronok dengar cerita dia, cerita dia tu betul2 dapat mengembalikan kita ke zaman kanak2. Satu hari aku pernah tanya kat dia; “paiq umur kau berapa ek ?”. entah kenapa tiba2 pulak mulut aku bertanyakan soalan yang aku dah tahu. Dia cakap umur dia 21 dan menunjukkan kad matrik yang ada tertera no. IC sekali. Masa tu baru aku percaya yang umur dia betul2 jauh lebih tua dari aku walaupun bila tengok perangainya kepercayaan aku mula pudar kembali, kuhehkuhehkuheh. Tapi tak kesahlah asalkan dia ok dah la kan, hihihihi.


Brader Faiq tengah makan masa jamuan akhir semester 2. Amacam sempoi kan dia :)

Disebabkan aku jenis suka perhatikan perangai dan gerak geri orang, apa yang aku dapat senaraikan tentang faiq ni adalah, dia memang baik, dia jugak seorang yang berfikiran sangat terbuka, walaupun pada pandangan zahirnya adalah berbeza. Ideanya juga gempak2, tapi kadang2 dia sendiri macam xyakin dengan idea dia dan suka sangat anggap idea orang lebih baik dari nye. Seorang yang sangat rendah diri sampaikan aku pun jadi pening dan jadi serba salah pulak dengan dia nie. Selain itu jugak, dia seorang yang penyabar, terlalu sabar, kadang2 rasa macam dia tak pernah ambik kesah je kata2 orang pasal dia. Tapi sebagai seorang manusia mustahil dia tak ambil kesah langsung, mungkin sikapnya yang sangat penyabar menyebabkan jarang lihat dia marah dan memaki hamun orang. sepanjang aku cuba untuk mengenali Faiq tak banyak yang temui tentang dirinya. Mungkin sebab hobinya yang berlainan dengan aku dan perangainye yang aku lihat lebih suka bersendirian menyebabkan aku susah gak nak menilai dia. Apa2 pun, kesimpulan yang aku dapat, sememangnya dia seorang yang sangat gempak dalam semua bidang yang diceburi dan gembira dapat mengenali kau Faiq. Sekarang bader nie dengar nye dah jadi animator, kat mane pun aku xpasti, Gempak lahhh !.

Tamat untuk bahagian 1, nanti bila2 sambung bahagian 2 pulak.



7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kktm ada hntr pelajar buat practical kt mana2 syarikat perfileman tak?

    ReplyDelete
  3. masa zaman kitorg batch prtama nie tempat praktikal carik sendiri.. tp zaman lepas kitorg xtau la cm ne.. kebnyakan bdak2 kktm kos filem animasi dan kos media digital rmai yg prktikal kt syarikat prfileman.. media prima dn syarikat2 produksi yg femes kt mlesia nie.. contoh MIG.. TV3.. RTM.. Lescopaque.. Animasia.. dn byk lg..

    ReplyDelete
  4. Boleh bgitau tak berapa belanja utk filem animasi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belanja ikut pd kperluan kita jgak.. klau stakat assignment kecik2 tu belanja boleh bajet2 lagi.. cuma klau melibat kn assignment production mgkin kne berani keluar kn modal la..

      Delete
  5. Hai and assalamualaikum.

    ReplyDelete
  6. weh macam lama gila je blog ni astu ni ha saya baru nak tanya,kalau syarat amik course filem ni,memang kena ada bakat pandai edit semua ke?

    ReplyDelete