Tuesday 26 March 2013

Digital Film With Animation Course 1st Batch (Bahagian 2)


Geng 1st Batch Bebudak Film Julai 2008 - Jun 2011


ASMAIE NOR ALIUDDIN BIN EKHSAN FIROZ

Berasal dari Klang dan merupakan anak jati negeri Selangor. Mula2 aku kenal sangat dengan beliau. Kerana pada mulanya beliau nampak macam suka bersendirian dan pendiam je. Bermulanya kisah perkenalan aku dengan beliau apabila aku menjumpai kertas lukisan beliau yang tercicir dalam kelas dan aku memegangnya (itu merupakan latiahn pertama yang kitorang dapat dari pensyarah) . Kemudaian aku mengembalikan kepada beliau apabila kelas bermula. Entah macam mana beliau sedar yang kertas lukisan beliau hilang dan terus beliau mencari nye dengan mulut belaiu yang xhabis2 membebel. Aku kemudiannya mengembalikan lukisan beliau yang aku jumpa tercicir dalam kelas, lalu xsemena mena aku pulak yang dimarahinya dan beliau ingat aku sengaja nak sabotaj beliau, ish..ish..ish.. Tapi aku tak pernah kesah dengan semua tu, sebab bagi aku masa tu mungkin dia tengah marah sangat, tambahan pulak aku baru dapat atu yang beliau nie seorang yang agak panas baran. Semenjak peristiwa itu, aku mula mengenali insan yang kami panggil Maie. Tak banyak yang aku dapat citer tentang diri beliau nie, sebab beliau kadang2 seorang yang susah nak difahami. 

Gambar nie dicuri tanpa izin di facebook beliau. Dengan ini aku ingin meminta izin kat ko Maie aka Yusry untuk semadikan gambar ko dalam blog aku ye

Cuma yang aku dapat perhatikan adalah sikap beliau secara zahirnye sahaja. Asmaie seorang yang sangat gigih melakukan semua kerja dan tak pernah sesekali berkata tidak, tak tahu, tak boleh dalam melakukan apa saja kerja yang ditugaskan kepadanya. Berfikir diluar kotak dan otak jenis apa pun aku xtau dia nie, sebab cepat sangat dapat idea baru. Membuat kerja dengan sangat teliti dan sanggup buat apa saja demi kerja. Seorang yang panas baran pada mula2 aku kenal beliau dan sekarang rasanya dah kurang sikit kot, hehehehe. Merupakan salah satu pelajar harapan di kolej kitorang dan kadang2 yang aku xsangke bila lama2 lepak dengan beliau, gila2 gak dia nie, sampaikan kadang2 aku sendiri pening nak layan, hahaha. Satu lagi apa yang aku tau, beliau nie amat meminati kelab Chelsea. Nak memanjangkan cerita lagi pasal beliau nie, suatu malam aku pernah tengok beliau basuh dan sidai kesemua baju chelsea diampaian depan biliknye. Sepanjang aku kenal dia, banyak benda boleh aku dijadikan sebagai pengalaman hidup yang sangat berharga. Beliau juga serba xlangsung telah mengubah cara aku berfikir dalam menghasilkan idea2 baru, selain tu jugak aku mula belajar cara hidup yang xmengenal erti putus asa. Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di University of the West of England, United Kingdom.


ABDUL RASYID BIN SALLEH

Dia ni cina ke melayu ?, kehkehkehkehkehkeh. Soalan pertama yang bermain dibenak fikiran aku. mula2 aku tengok brader nie, gempak je, kering nak mampos sebab dia sorang je yang rambut berkaler dah tu panjang pulak, macam xde sape berani nak tegur brader nie, hahaha. Berkenalan dengan orang yang aku panggil Rasyid ni bermula apabila aku seorang yang tak beberapa pandai subjek matematik suka dan hepi meniru kerja matematik nye. Masa mula2 aku kenal brader rasyid nie, dia macam kedekut sikit bab nak kongsi ilmu nie, tapi dah lama2 kenal tu sebenarnye xde la kedekut pun cuma dia lebih suka orang berusaha sebelum tanyekan apa2 soalan. Dia jugaklah yang bayak tolong aku dan bertanggungjawab mencelikkan aku dalam dunia IT nie. Rasyid yang permulaannya aku anggap hanya rakan sekelas sahaja, membantu aku menyelesaikan masalah matematik dan komputer kini menjadi salah seorang kawan yang rapat dan sekepala gak la dengan aku, kira aku selesa la kawan dengan brader rasyid nie. Sebenarnye aku mula rapat dengan dia nie pun sebab aku suka lepak kat bilik dia, lepak dalam bilik dia pun sebab aku kira rapat gak la dengan roomate dia tu. 

ini la taiko La Sed atau Rasyid

Roomate dia nie kitorang panggil Iyo, dia nie pun budak kelas aku gak. Asyik lepak bilik dia je kan so secara xlangsung kitorang jadi ngam. Seingat aku, sepanjang aku lepak dengan si rasyid nie, di asuka sangat cerita pasal makanan, kadang2 sampai lapar pulak perut nie kalu dengar citer dia, lagi parah kadang2 sampai terbawak2 dalam mimpi, gila betul, hahahahahaha. Satu lagi bende yang aku tau pasal si dia nie, dia nie sangat minat dengan karakter Miku Hate sune, sampai theme kat desktopnya pun dah bertukar warna biru. Apa yang aku tengok rasyid nie seorang yang gemar explore benda2 baru. Pasal bab2 3d modelling, animator dan compositing effect dia nie pun gempak gak, bukan jugak tapi memang gempak la. Sekarang aku xtau dia buat ape, tapi ada dengar2 citer dia sekarang buat freelance, macam2 keje aku dengar dia buat, yelakan orang gempak, ada market la kan, hehhe.


KHAIRUL ANAM BIN ASLI

Roommate kepada Rasyid. Pertama sekali aku tengok dia ni macam penagih dadah je, mata layu macam orang nak mati, hahaha.  Mula2 nampak poyo siot mamat nie, kalau bercerita macam dia sorang je la yang hebat. Aku pun sebelum ni tak pulak berminat nak berkawan dengan dia nie, ye la, citer paoyo je, bajet good2 je, hahaha. Entah cam ne tetiba kitorang jadi best friend pulak. Macam mana boleh jadi best friend, ni nak habaq mai kat hangpa nie. Masa main badminton waktu2 lapang dia nie jadi geng bergu aku, jadi dari situ le aku baru ngam dengan dia nie. Amcam aku citer tadi, bila lepas maghrib atau lepas isyak aku mesti lepak bilik dia dan rasyid.

Antara gambar beliau yang aku ada

Dah tu dengar la cerita dia yang berulang2 entah berapa puluh kali ulang pun aku xtau, hahaha. Sampai aku dan Rasyid pun dah hafal semua cerita dia tu. Iyo budak Kelantan, aku tak pernah berkawan dengan budak2 pantai timur sebelum ni. Mungkin dia adalah yang pertama.Dia kat kolej xlama, sampai sem 3 je rasa nye, pastu dia berhenti dan katenye dapat ajdi polis. Walaupun tak lama aku kenal dia tapi sepanjang aku kawan dengan dia, dia memang banyak kenalkan aku dengan bermacam2 orang yang baik dan yang buruk. Banyak gak bagi nasihat yang berguna kat aku walaupun diri dia sendiri pun xbetul sangat, dan dia gak orang yang banyak bagi aku semangat dalam apa juga yang aku lakukan. Mungkin dia bukan seorang sahabat, tapi cukup untuk menjadi seorang kawan yang baik. Sekarang nie entah mane pun aku xtau, dah xde dengar khabar berita.


AMIRUL HAQIM BIN AMRAN

AIU. Aku pun tak tahu apa maksud sebenar A.I.U. . Aku panggil dia Amirul, tapi disebabkan nama aku juga Amirul, aku tukar dan panggil dia Haqim. Nampaknya dia selesa dengan panggilan tu. Masuk lewat berbanding kitorang semua, berasal dari Dungun Terengganu. Aku mula sedar kewujudan dia masa nampak lukisan pertamanya. Aku suka tengok lukisan dia, kemas dan karakter yang dilukis banyak comel2.  Daya imaginasi dia nie pun tinggi gak kadang2 agak melampau, hahha. Suka bermain game dan sanggup berkorban masa demi game yang tercinta. sangat pendiam, agak sukar untuk kenali indentiti sebenarnya. 

AIU Haqim

Suka bersendirian dan bagi aku dia seorang pelawak yang slumber. Sampaikan bila aku tengok muka dia pun dah nak tergelak. Bila dia buat kerja, sangat teliti, kadang2 tu sampai makan masa yang terlalu lama untuk satu kerja yang mudah. Malang bagi dia sebab terpaksa ambil risiko untuk repeat subjek diakhir2 semester 5. Mungkin sebab ketelitiannya dalam sesuatu kerja atau mungkin datang dari kesilapan dirinya. Mungkin dia saja yang tahu sebab2 nya. Itu apa yang aku dapat nampak le, tapi apa yang aku tau dia punya kerja yang teliti tu kalau siap dengan sempurna mesti gempak siot, sebab sedangkan kerja separuh jalan pun dah nmpak gempak inikan pulak kalau dah siap kan, hehhe. Serius aku xtipu GEMPAK kot!.



NURIZUDIN SHAH BIN AKASHAH

Budak selatan Semenanjung Malaysia. Nie sorang lagi, gaya nak poyo je, hahaha. Aku sebenarnya tak kenal sangat siapa Nurizudin Shah atau kitorang semua panggil Eddye je. Aku mula tetiba kenal dia bila melihat lukisan2 yang ditampal didalam bilik dia. Serius dan sangat jujur aku suka tengok semua lukisannya, kemas, cantik dan aku memang sukalah tengok lukisan dia ! .  Mula2 kenal dia, perghh siot mamat nie kedekut gila, tanye sikit pun xnak bagi tau. Lama kelamaan kedekut dia makin lama makin kurang, apa sebab pun aku xtau, tapi kira ok la kan, hehhe. Selama aku perhatikan dia, dia seorang yang, kalau boleh nak buat semua benda. Merasakan yang dia tahu semua benda dan mampu melakukan yang lebih baik berbanding orang lain, kira ok la tu kan, bagi aku bagus apa kalau ada sikap keyakinan macam tu. Tapi walau bagaimanapun usahanya untuk bersaing dan berjaya dalam bidang yang diceburi adalah salah satu kegigihan yang dapat dilihat. 

 Eddye Nobie

Tidur diwaktu siang, dan berjaga diwaktu malam itu adalah Eddye. Kerap demam itu adalah Eddye, dalam sebulan tak sah kalau tak demam sekali. Satu lagi dia ni memang banyak tanya. Walaupun benda yang dia dah tahu, dia akan bertanya jugak. Siapa2 yang pernah duduk sebelah dia dalam kelas memang tau la dia macam mana. Kadang2 tu sampai dah malas nak jawab, tapi kena jugak jawab kalau tak dia akan tanya tak henti2. Bila aku nak melukis, aku suka mintak pandangan dan idea dia. Sebab aku suka tengok lukisannya yang bersahaja dan menarik. Setiap lukisannya mampu menjana idea baru dalam otak aku. Dia juga mungkin orang pertama yang memperkenalkan aku dengan Photoshop dan banyak mengajar aku cara menggunakan software itu. Terima kasih sebab dah ajar aku basic Photoshop, hehhe. Satu lagi bab 3d pun dia salah seorang yang gempak jugak, kalau tengok model 3d yang dia buat, serius aku cakap, memang gempak, dia suka sangat model bende2 yang rumit tapi hasil nye perghhhh..!


HASBUL NAHRI BIN MOHD ALI

MISTERI. Seorang yang pelik. Dimata aku dia memang pelik. Dari kali pertama aku tengok dia, dia memang pelik. Lain dari yang lain. Sampai nak berkawan dengan dia pun macam rasa tak bebberapa selesa. Tapi bila aku perhatikan kelakuannya, lama kelamaan bagi aku dia tak adalah pelik sangat. Sama macam budak2 lain jugak. Senang bekerjasama dengannya. Mempunyai idea yang bagus dan kebanyakan ideanya mungkin disampaikan secara tersirat dan kadang2 sukar untuk difahami. Aku pernah sekali team dengan dia masa buat final project untuk subject compositing effect, apa yang aku dapat nilaikan disini, idea dia memang cun, nasib baik aku sempat kenal dia, kalau xrasa rugi kot. Dia jugak banyak ajar aku buat kerja secara shortcut dengan hasil yang menarik.


Nie arr dia Sebol


Tamat bahagian 2, dan bahagian terakhir akan menyusul.



No comments:

Post a Comment