Sunday, 3 February 2013

Siapa Aku Di Mata Mereka


1 Februari 2013. Januari dah berlalu, cepat gila masa begerak akhir zaman nie. Macam biasa aku xpernah mulakan tahun baru aku dengan azam. Hidup tanpa azam.. yeahh..!

Banyak benda yang dah berlaku pada bulan januari nie, firstly aku dijanjikan oleh majikan aku untuk dinaikkan gaji. Bukan tahun nie dia cakap tapi dari akhir tahun lepas lagi, katanya nak naikkan pada bulan 1/2013. tapi habuk pun xde, yang tinggal janji capati je. Alasan, sebab attitute aq yang sering datang lewat. Ok aku akuinya, tapi dalam mengambil kira soal attitute nie banyak benda yang perlu dia pertimbangkan, contoh hasil kerja aku, pengorbanan masa aku, idea2 aku, dan yang paling penting aku dah curahkan ilmu2 aku pada designer2 yang lain. Dah tu aku ajar dari A-Z ape cer tu. Klau ikutkan aku patut dibayar lebihkan, hahahaha. Last2 entah macam mana aku dengar ada pulak designer sorang nie dinaikkan gaji dari 1.3k ke 2k lebih, padahal basic pun aku yang ajar. Bukan aku nak salahkan si designer tu, tapi majikan aku nie perlu la nilai pekerja2 dia dengan adil dan saksama. Yang aku bengang, bila citer pasal adil macam dia faham je apa maksud keadilan, cehh.!

Dah2, malas aku nak citer pasal bende nie, pegi lantak la kan. sekarang dah nak masuk bulan 2, banyak persiapan dan strategi yang perlu aku lakukan, salah satunye dalam tahun nie aku bercadang nak berhenti kerja. Yelakan buat ap nak keje kat tempat yang xteratur cam nie, bukan xbersyukur, tapi sepatut nye mereka la yang kena bersyukur dapat pekerja macam aku, dah la xdemand, buat kerja dengan bersungguh2, hasil pun gempak sampaikan dah belambak2 design aku terpilih, adehhh. Dalam sibuk2 aku merancang nak benti keje nie, mak aku pulak larang, mak aku suruh kumpul modal dulu. Ermm.. berapa lama nak kumpul modal, setahun 2 tahun, adess, Ok la limit sampai bulan jun 2013 je. Nak kumpul dalam 5k klau boleh dapat la, ingat nk angkat computer baru, spec best sket, senang nak buat keje luar kan. Dah tu cita2 nak angkat camera baru pn ada gak nie, huhh paling kurang xlari aku kena stanby 15k untuk modal, mana la nak dapat modal cam tu dalam masa 3-4 bulan kan.

Team Shutter Shooters aku pun nampak nye semakin meningkat naik, fuhh lagi, aku memang kena spend banyak masa untuk kerja2 Shutter Shooter nie. Jadi untuk mendapat masa yang cukup, pertama sekali aku kena behenti kerja kan, kedua mesti ada pc power untuk senang buat keje, pc yang dah sedia ada bukan xpower tapi dah banyak tangan yang guna, jadi xsedap dah la kan dan yang ketiga aku nak angkat satu lagi body canon 7D atau pun paling kurang 60D xpun 600D pun macam dah ok jugak. Tapi semua nie bergantung pada bajet yang ada la. Ok2, nie semua cita2 je, harap boleh jadi kenyataan dalam tempoh terdekat nie. Serius malas nak keje dengan orang.

Stoooooooooooopp!. Kalau citer pasal keje nie sampai bila2 xkan abis. Motif utama penghasilan cerita nie adalah, saja nak buang masa, sambil2 nak tunggu design 3d nie abis render. Fuhh.. time ada keje mengeluh time xde keje pun mengeluh gak, ehh, dah2 jangan citer pasal keje. Kembali ke topik asal. Tajuk diatas kalau sape2 dah cemerlang UPSR mesti boleh baca kan, kalau yang lulus PMR pun konfem lagi boleh baca, yang ngam2 lulus SPM walaupun math gagal, ishh lagi la lancar membaca sebab tajuk tu bukan kena mengira tolak tambah pun ye tak, lagi pun xde unsur2 bundar dan pecahan pun.

Siapa Aku Di Mata Mereka. Entah aku pun xtaw siapa diri aku dimata mereka, dan kenapa aku wujud dalam kalangan mereka. Aku cuma manusia biasa yang sentiasa mencari redha ilahi, puhhh nampak serangkap sajak nak mula dahh. Orite la kan matlamat hidup nak jadi manusia yang diredhai. Cakap pasal diri aku dan diri mereka2 disekeliling aku, aku sendiri masih belum mengenal pasti secara terperinci apa yang berada di dalam hati mereka. tak de la pikir yang buruk2 cuma kadang2 aku pelik jugak la, ada segelintir kumpulan yang hanya menghampiri aku bila mereka dalam kesempitan. Orait perkataan KESEMPITAN tu perlu di huruf besarkan dan di bold, kerana dalam dunia nie perkara macam tu berada pada ranking yang teratas. Tak percaya ?, aku mohon agar korang percayalahh, tolong la percaya. Ermm, ok mungkin korang nak contoh, aku bagi satu contoh, paling senang la, bila kita on9 fb, manusia2 yang hobi nye menghapdet status. Abaikan status yang biasa2, tapi beri perhatian kepada status mnusia yang emotional melampau. "xgne kaw, bila susah dtg kt ak, bila senang pandang ak pn x", senang kan contoh nie. Nak contoh lagi, ok2 aku boleh bagi tapi bukan situasi dalam fb, "weyh mat lame xjmpe kn, ko ap buat skang..??, wahh dh brjye ko skang mat". beberapa bulan kemudian, "salam mat, ermm ak nak mintak tolong sket nie, ko bleh x tolong buatkn.. bla..bla..bla.. ermm boleh la ye mat, kte dh kwn lme kot dri kecik main guli sme2". Situasi macam nie aku rase bukan aku je yang penah alami, korang mesti penah kan..kan.. hahahaha. Tetiba mat tadi cakap dalam hati smbil ketawa kecil, "entah mase bila la ko penah jd kawan ak mse kecik, dulu ak ajak ko maen guli ko ckp ak nie xstndard ko la ap la, dh tua camnie dan2 je mngaku ko main guli dgn ak plak kn", (hihihihi, mat ketawa kecil).

Dah la tu, aku bukan nak buat skrip ke hape, ok berbalik pada jalan cerita yang asal. Kadang2 aku rasa diri aku berada di situasi si Mat tadi. Bukan rasa tapi memang aku berada di situasi Mat dari dulu dan kini. Mungkin aku dijadikan untuk tolong ringankan beban orang je kot. Dari aku start je sekolah, ermm, time aku tadika lagi, dah ada makhluk manusia nie mintak tolong aku warnakan gamba ikan beliau, ok aku yanag baik hati nie pun tolong la colour kan sikit2, dan selebihnye beliau sambung sampai abis. Time sekolah rendah pun beh kurang cam tu gak, ok la aku pun xtaw yang aku nie pandai melukis, xpenanh sedar pn yang aku nie reti melukis, satu hari ada pertandinagn melukis apa entah aku xingat, tapi serius aku cakap aku xsangka boleh menang. Kemudian aku cuba nasib masuk pertandingan melukis kad kemerdekaan dan potret tokoh kemerdekaan, orite 4 tahun aku sandang juara, untuk kad merdeka dan 2 tahun juara untuk potret merdeka. Bila dah jadi juara mesti ada kelibat2 dengkikan, kelibat2 nak menang pun ada gak, mintak la tolong aku lukiskan satu, ok aku buat, tapi xdapat la nak sama cam aku punye, dah nama pun pertandingankan, lagi pun tangan aku bukan fotostat nak lukis bende yang sama serupa, kahkahkahkahkah. Jadi kesimpulannya, aku menang lagi la. Tu la dia kadang2 manusia nie bila xreti je suka hati suruh orang, mintak tolong orang, kerah tenaga orang, dan macam2 lagi untuk kesenangan. Usaha sendiri xboleh ke.!

Naik sekolah menengah jalan cerita semakin mencabar, maklumla masa sekolah rendah karangan melebihi 80 patah perkataan je, bila dah sekolah menengah 180 patah pulak, SPM kena 320 patah perkataan. Fuhh mencabarkan. Ok la nak citer bende mencabar nie letih, so aku ringkaskan je la. Aku nie dulu seorang yang pendiam, sekarang pun diam gak xde la banyak cakap sangat, kadang2 je ada membebel sikit, hehehe. Bila dah pendiam nie, sesetengah orang menganggap aku nie macam xwujud. Bukti nye memang nyata. Bila senang buat hal masing2, bila susah je automatik aku dah macam magnet tetiba je mereka2 datang kat aku dengan sendiri, pelik2. Teringat satu cerita zaman sekolah menengah atas dulu, time tu ada pertandingan mencipta logo pengawas, so bila aku baca term n condition, murid biasa xdibenarkan masuk, khas untuk pengawas je. Entah macam mana, sorang budak nie terhegeh2 mintak aku design kan logo pengawas tu. Ye aku paham, impiannye nak menang tp xpayah la kau nak janjikan macam2 kat aku, hahaha, aku xberharap pun dan aku tau kau xkan realisasikan janji tu pun, hihihihi. Ok berbekalkan design logo yang sangat simple, dengan proses pembuatan yang sangat simple jugak, mula2 lukis atas kertas A4, lepas tu scan pakai kamera digital, trace menggunakan software paint dan save ke microsoft word. Begitu la simple nye keje aku mendesign logo tersebut (zaman nie aku xreti pakai photoshop atau Ai lagi, kreatifkan + sangat rajin, hehehe).

Beberapa minggu pastu, beliau pun menang, jadi aku cam biasa la tunggu je janji beliau, xdela berharap tapi sebab dah keluar dari mulut beliau jadi aku nak tunggu gak la kan. Tapi seperti yang dijangkakan habuk pun xde, janji tinggal janji. Berita kemenangan beliau dicanang kepelusuk sudut sekolah, kahkahkahkahkah. Orang kata, kalau buat bende ikhlas kebenaran akan teserlah, jadi aku diam je la xnak kechohh2. Tak lama pun zaman kegemilangan beliau, minggu depan tu entah cam mana, semua orang boleh tau yang designer sebenar adalah aku, so aku cam biasa la baru la mereka tau kewujudan aku masa tu. kihkihkih, entah apa2 entah. Zaman berganti zaman, tahun berganti tahun, 2008 aku melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Puhh, gua ingat budak2 sekolah je mintak2 tolong nie. Dah keperingkat tinggi pun cam tu gak ke. Orite time nie aku mengaku aku orang kaya. Setiap job assignment manusia2 malas nie aku akan buat dan kena kan harga, sangat kaya, $$$$. Yang jadi customer tetap tu xramai tapi sekali job dapat la dalam 2-3 ratus, hehehe. ad beberapa golongan nie, bila aku mintak tolong sikit, punya la kedekut nak mampos, bila mintak tolong aku, dan aku xnak tolong cakap macam2, yang aku nie punya la baik hati xbertempat, pun tolong la. Lepas tu cam biasa la, lepas tekak dia, belagak balik. Entah apa jenis manusia pun aku xtau.

Tu semua zaman2 study, sekarang nak story zaman bekerja pulak. Pun sama jer. kahkahkahkahkahkahkah. Dah la banyak bende xtau, jadi aku seorang manusia yang lembut hati nie nak bantu la, bukan apa nak ringankan beban diorang gak. tapi belagak sombong xnak makan ajar. bila dah lama membazir masa, baru la nak pakai apa yang aku cakap. Pastu dan2 mengaku idea tu datang dari dia. kahkahkahkahkah, punye la lembab.! sekarang nie aku malas nak tolong orang sangat, bukan nye pentingkan diri sendiri tapi xlarat la bila aku yang buat orang lain dapat nama. Memang aku xrugi apa2 cuma aku terkilan bila time aku ditimpa kesempitan sikit, sikit je pun, mintak tolong sikit dah masing2 buat xtau je. Ermm, sebab tu la aku malas nak mintak bantuan mereka2 disekekliling nie sangat, bukan belagak tapi, bende akan diakhiri dengan membuang masa aku je. Lebih baik aku usaha sendiri. hahaha. Pastu malas nak bagi pendapat2  lagi dah, bukan kedekut ilmu, tapi bila aku cakap xnak percaya, bila dah nampak baru la nak caye. Kelakar SANGAT kan!. Aku nie memang pendiam dan xbanyak cakap, tapi aku bukan bodoh. Akhir kata Siapa Aku di Mata Mereka ?. Aku pun xtau, =_="

1 comment:

  1. siapa seru nama aku wahai sahabat!
    nko punya bersekedudukan dengan aku itu akan mengundang kekeliruan pembaca blog tegar yang lain
    bhahahahaaa......papew pon tahniah permulaan yang bagus dan buat nko its a kick start bro....

    ReplyDelete