Wednesday, 6 February 2013

Hari Yang Membosankan


06 Februari 2013, hari yang agak membosankan, ditambah pulak xde mood nak buat keje. Bila dah mula bosan, berbekalkan internet yang xseberapa pantas kat opis nie.. dok layan2 la memori lalu, 


Google Search Yang Pertama,

Rowan Sebastian Atkinson



Mr. Bean Zaman Muda

Yeahh, sape xkenal dengan rowan atkinson nie, femes dengan watak Mr. Bean era 90an dulu. Filem terakhir beliau melibatkan Mr. Bean xsalah aku "Mr. Bean Holiday". Xbanyak beza pun sitkom mr. bean kat tv dengan filem mr. bean holiday nie, kebanyakan nye menceritakan tentang kebodohan, kelalaian beliau dalam melakukan sesuatu perkara. Tapi ending filem tu agak ada la isi sikit nak dibandingkan sitkom sebelumnye. Selain dari memegang watak femes mr. bean, beliau jugak pernah memegang watak aksi, contoh Johnny English dan Johnny English Reborn. Bagi aku citer nie agak best untuk hilang2 kan bosan.
Sedikit perihal mengenai beliau, atkinson merupakan anak bongsu dari empat beradik dari pasangan Eric Atkinson dan Ella May. Dilahirkan di Consett, County Durham, England, pada 6 Januari 1955. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Durham Choristers dan Sekolah  St. Bees. Melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang degree of MSc in Electrical Engineering at The Queen's College, Oxford. Walaupun sering memegang watak lucu, tetapi beliau sebenar nye seorang yang serius dalam kehidupan peribadinya, selain tu jugak beliau memiliki minat yang mendalam dalam bidang permotoran. Bukti nya, banyak koleksi kereta sport milik peribadinya, sehinggkan salah satu kereta kesayangannya F1 McLaren terlibat dalam kemalangan pada tahun 2011.

Honestly, aku xjemu tengok citer pakcik atkinson nie terutama drama sitkom Mr. Bean, walaupun mak bapak aku xsuka beberapa babak yang cuba ditonjolkan, yela mungkin pengotor, atau agak keterlaluan sikit. Kira mr. bean nie beh kurang macam p. ramlee la. (adek aku cakap, pasal dia kadang2 boleh tersasul pulak p. ramlee dengan mr.bean, hahaha). Bukan maksud aku p. ramlee tu pengotor cam bean nie, maksud aku citer bean nie xjemu2 tengok, macam aku xjemu2 tengok citer p. ramlee tu. ^_^




Google Search Yang Kedua,


Avril Ramona Lavigne



Kalau dulu imej kakak nie ranggi dan funky sesuai la dengan tema punk dia tu, 
tapi sekarang dah berbeza, mungkin faktor usia kot, hehhe

Yang nie aku xtau cam mana boleh terbabit. Aku mengenali kakak comel time tu aku form 2, kalau xsilap la. Mula2 dengar nama dan lagu je, xde la sampai terbabit nak jadi peminatkan, hahaha. Tapi mula terbabit jadi peminat setia nie bila aku dengar lagu sk8er boy. Padahal lagu tu biasa je, entah cam ne entah aku pun xtau. Bila lagu Girlfriend berkumandang kat radio, bertambah2 pembabitan aku dengan lagu2 dia.

Pemilik nama penuh Avril Ramona Lavigne, atau lebih dikenali dengan Avril Lavigne. Lahir pada 27 September 1984 di Belleville, Ontario, Canada. Membawakan gendre2 lagu seperti pop punk dan pop rock. Mendapat nama Avril dari perkataan April (sebutan orang2 perancis untuk bulan april)

Masa zaman2 entah apa2 aku dulu, aku ada jugak la beberapa album dia nie, tapi semua download internet le, nak beli kat kedai tu jangan harap la kan. Tapi tu le, entah cam mana time aku nak format laptop lupa nak copy semua album2 dia. adess dah tinggal kenangan nak download balik leceh la (sebenarnye bukan leceh senang citer aku malas), sekarang yang ada kat aku tinggal la saki baki lagu dia yang aku betul2 nak dengar je, yang xberapa best tu xada pun xpe ye tak.




Google Search Yang Ketiga,


Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)





Logo PSSGM

Kadang2 bila bosan aku selalu gak bukak blog2 pasal pssgm nie, bkn apa saje2 je. Ehh boleh ke saje2, bukan nak buat sesuatu tu kena ada tujuan ke. Ok la, salah satu sebab aku bukak blog2 pasal pssgm nie adalah minat. Sebab minat aku yang mendalam dalam warisan kesenian melayu nie la aku bukak, hehhe. Bukan blog pssgm je, kadang2 ada gak seni2 silat lain yang aku usha. Contoh silat cekak hanafi, Gayong fatani, pusaka gayong dan silat2 yang lain. Selain tu bukan silat je, ada la beberapa seni mempertahankan diri yang lain yang aku rase nak bace. 

Kalau nak citer sejarah pssgm nie, memang xlarat aku nak taip, tapi sekadar untuk pengetahuan korang yang sudi membace blog entah apa2 aku nie, aku taip la sikit. Sejarah seni gayong bermula dari 5 saudara iaitu putera raja bugis dari sulawesi mencari tanah kehidupan baru. Nama asal silat gayong nie xsalah aku silat sendi harimau, kemudian tiba ditanah melayu, dibawa oleh Daeng kuning merupakan salah satu dari 5 putera raja bugis yang menetap di Air Kuning Perak. Mempunyai gelaran Panglima Hitam. Itu lebih kepada sejarah kedatangan Daeng kuning sebenarnye.

Sejarah gayong bermula dari pengasasnya iaitu Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim, atau sesetengah memanggil beliau dengan nama lengkap Dato' Daeng Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim (Daeng adalah gelaran untuk Bugis berketurunan raja, kalau kat melesia nie kira Tengku la). Apa yang aku paham dengan sejarah gayong nie, Mahaguru meor rahman bukanlah belajar silat dengan daeng kuning, tapi beliau berguru dengan dato' sebelah ibunya Syed Zainal Abidin Al Attas. Ok la serba sedikit dah la kan, hehe. Nak tau lebih korang google la sendiri. Usaha beliau untuk mengangkat gayong kemata dunia nampak nye dah berhasil. Buktinya dah banyak gelanggang2 dibuka di luar negara, contoh amerika, perancis, australia dan banyak lagi.


Ermm.. aku start belajar gayong masa umur 10 tahun. Time tu belajar xde tujuan pun, just suka2 ikut kawan. Pastu aku stop dari bergayong sebab aku time tu dah pindah sekolah. So lama gak la aku xbergayong, 7 tahun gak aku xbergayong. Sambung belajar kat kolej aku aktif balik bergayong tu pun sebab nak cukupkan pointer untuk ko-kurikulum je. Lepas dari tu aku mula carik gelanggang yang terdekat untuk teruskan lagi ilmu seni gayong nie. Kini aku bengkong hijau, dah dekat 4 tahun gak lilit hijau je kan. Ada cikgu offer ambik ujian merah, aku pulak xyakin boleh ingat silibus dalam masa yang singkat.. ermm bila la nak naik merah, hahaha. (datang latihan pun jarang2 ada hati nak naik bengkong merah).


Sekian saja cerita yang membosankan untuk hari ini, semoga bertemu lagi dalam siri cerita yang membosankan akan datang, berkhidmat untuk facebook dan diri sendiri.

Pengarang yang entah apa2,
'Azim Shinichi
SoulArt Creative Studio



No comments:

Post a Comment