Wednesday, 6 February 2013

Keris


Assalamualaikum, terutama sekali kepada pengunjung2 yang sudi membaca blog entah apa2 nie, xlupa juga kepada huruf yang setia, keybord, mouse, monitor dan internet yang xseberapa pantas.

Hari nie gue ingin ceritaain mengenai keris. Istilah dunia keris di kepulauan jawa disebut juga, angsar, dapur, pamor, perabot, tangguh, tanjeg dan sebagainya. Selain itu, sebutan ini juga lazim digunakan oleh penduduk pulau jawa, madura dan di daerah lainnya seperti kepulauan sulawesi, sumatra bahkan di malaysia juga, termasuk brunei dan singapur. Sebagian yang kita ketahui mengenai bagian2 keris, pada asasnya seperti, hulu keris, mata keris, pamor, luk dan warangka atau dipanggil juga sebagai sarung keris.


Sebagai etnik nusantara terutamanya melayu, kita seharusnya mengenali serba sedikit mengenai warisan bangsa kita. Keris merupakan senjata tertua di wilayah nusantara, ia juga di dipercayai mempunyai magis oleh masyarakat kita.

Ngapain blog ini ditulis dalam bahasa indonesia ya, waduh gawat sihh. Enggak apa2, gue mohon diri kita kembali ke rakan setugas di malaysia.

Waduh..waduh..waduhh.. gawat2, memang gawat, hehehe.

Orite, bersama pengacara anda 'Azim Shinichi dalam rancangan SoulArt studio. Sebentar tadi anda dah diterangkan serba sedikit mengenai bahagian2 keris dan beberapa istilah lain yang digunakan di kepulauan jawa dan kepulauan2 lain di indonesia. Ok la kita sambung mengenai falsafah keris dan sejarah keris. bukan hidup je kena berfalsafah, keris pun ad falsafah tau tak. 



Macam nie la salah satu contoh rupabentuk keris

Falsafah Keris - fungsi dan peranan keris

Fungsi keris di alam melayu bukan sekara mempertahankan diri dan pertarungan je. Macam yang kita tau. keris nie sebagai lambang kebesaran raja2 melayu, selain itu jugak, ia sebagai lambang pelengkap untuk seseorang lelaki, pelindung diri dan keluarga, ada beberapa lagi kepercayaan mistik seperti, menundukkan manusia, jin, dan haiwan, menolak bala, memperoleh kekayaan, pelaris dagangan dan banyak lagi la. Tapi kepercayaan mistik2 nie mengikut seseorang tu la, kalau dia percaya tu lantak dia la, tapi kita sebagai orang islam xyah le nak caya2 bende2 mengarut nie, syirik dan kufarat je, hehehe.


Sejarah Keris - jenis2 keris

Seperti yang kita tau dari cerita wak jawa masa dia sebok2 interframe tadi, dia ada bagi tau pasal keris nie senjata tertua kat dunia melayu nie. Ok la, mengikut apa yang aku bace dan apa yang aku dengar dari citer2 pengamal bela diri, memang xde bende la nak disangkal lagi. Konfem la wak jawa tu cakap beneran (benar). Kalau nak study pasal sejarah keris nie, aku rasa setakat nie xde masa aku nak google banyak sangat, cukup sekadar gabung2 kan dengan pengetahuan yang aku ada dan bantuan google search sikit. Klau korang betul2 minat nak study pasal keris nie boleh la google sendiri, xpun tanya orang2 pakar keris, hehhe.


Sejarah keris tu sebenar nye apa yang aku tau cam nie la lebih kurang, asal usul nye macam yang kita tau, keris nie digunakan oleh orang melayu masa pemerintahan kesultanan melayu, tapi aku rasa sebelum wujudnye kesultanan melayu keris nie dah pun digunakan. Sebabnye, kajian mendapati, keris berasal dari kerajaan majapahit yang berkuasa pada kurun ke13. Apabila tiba zaman kejatuhan kerajaan majapahit, pakar pembuat besi behijrah mencari penempatan baru seperti, tanah jawa, pulau sumatera, pulau sulawesi xterkecuali la tanah melayu. Walaupun keris lambang kekuatan dan kependekaran melayu, tapi bila tiba british menjajah tanah melayu, mereka melarang orang melayu memakai keris di badan dan sebagai senjata, tapi hanya untuk tujuan adat istiadat sahaja.

Ok la hal2 british tu lantak je, kita bukan nak belajar sejarah kemerdekaan malaya pun sekarang nie, berbalik pada sejarah keris, keris nie ada macam2 bentuk dan macam2 nama. Macam yang wak jawa tu dah terangkan kat perenggan atas tadi tentang bahagian2 keris, itu serba sedikit perkara asas yang kita kena tau. selain tu, banyak lagi bahagian2 yang lebih detail (sebagai pengetahuan saja, nak lebih, rajin2 la tanya2 pakar buat besi atau pembuat keris) yang kita kena tau contoh cam dalam gamba kat bawah nie.



Bahagian2 Keris

Dah tau sikit pasal keris nie sekarang beralih kepada jenis2 keris pulak. Kalau nak citer pasal jenis2 keris nie aku pun xbeberape tau sangat, selalunye aku banyak dengar nama2 keris je, apa kelebihan, keistimewaan tu aku xde la tau sangat, xde masa lagi nak khatam bab2 keris nie, insyaallah satu hati nanti kau ada kesempatan dan masa kan. Cuma kalau korg minat nak kaji lebih lagi bagus, hehehe. Kat bawah nie aku just senaraikan je la nama2 keris yang aku copy kat google.


keris Khas :

Keris Semenanjung
Keris Bugis
Keris Jawa
Keris Sumatera
Keris Madura
Keris Patani
Keris Bali
Keris Sajen
Keris Picit 


keris umum :

Keris (anak) alang - Keris yang sederhana panjang bilahnya.

Keris (hulu) pekaka - Sejenis keris dari Patani (hulunya berbentuk kepala burung pekaka)

Keris alang - Keris yang sedang atau sederhana panjangnya.

Keris berapit - Keris yang pada sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak.
Keris berlok (berkeluk) - Keris yang berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya.
Keris cerita - Keris yang bilahnya berkeluk sembilan atau lebih.
Keris ganja seiras - Keris sepukal (keris yang hulu dan matanya dibuat daripada besi yang satu).
Keris harubi/Keris merubi / Keris bawang sebongkol - Sejenis keris yang berhulukan emas (khas untuk raja2).
Keris kalamisani - Sejenis keris Jawa (yang lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya).
Keris melela - Keris yang tidak berpamor.
Keris pandak (pendek) -- Keris yang pendek bilahnya.
Keris panjang - Keris yang panjang bilahnya.
Keris parung - Sari keris yang berlok-lok dan berbentuk ular.
Keris parung sari -- Keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.
Keris pasupati - Sejenis keris.
Keris pendawa - Sejenis keris.
Keris pendua - Keris yang digunakan sebagai keris cadangan (bukan keris utama).
Keris penyalang/Keris salang - Keris yang digunakan untuk menyalang (sebagai menjalankan hukuman bunuh).
Keris sempana - Keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.
Keris sempena - Keris yang berlok tiga (lima, tujuh).
Keris sepukal - a) keris ganja iras; b) keris yang lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yang berlok).
Keris sundang - Sejenis keris yang lebar bilahnya seperti bilah pedang.
Keris tempa Melaka - Keris buatan Melaka.
Keris teterapan - Keris yang beralur panjang di tengah-tengah bilahnya.
Keris wasiat - Keris pusaka.
Petaram - (sastera lama) Sejenis keris kecil yang dipakai oleh perem­puan.
Senderik - Sejenis keris pendek.

Scene Tuah bunuh Jebat dalam citer Hang Tuah 1956

Cukup la sampai sini aku menaip pasal sejarah dan jenis2 keris nie. Aku pun beminat gak nak simpan satu keris kat umah, saje buat hiasan untuk rilek2 mata je. Bak kata cikgu2 silat, seseorang pengamal bela diri tu sekurang2 nya harus simpan 1 senjata sebagai koleksi peribadi. Ermm ayat tu menarik. Tapi macam yang kita tau dalam banyak2 keris yang kita xtau, mesti ada satu keris yang kita betul2 tau kan, sape tak kenal keris taming sari, ala keris yang tuah bunuh jebat tu. Dari cerita lagenda, keris tu penuh kuasa mistik. Mengikut cerita keris taming sari sekarang berada pada sultan perak dan menjadi lambang kebesaran sultan perak. 


Sultan Azlan Shah bersama keris kebesaran negeri Perak

Sejarah macam mana keris tu boleh ke perak sebab masa sultan mahmud mangkat dijulang menyelamatkan diri ke negara seberang, baginda menghantar anak nya sultan muzaffar shah II ke perak untuk ditabalkan menjadi sultan perak. Tentang kemistikan yang ada pada keris taming sari nie, dari apa yang aku baca, mahaguru meor rahman, semasa mendapat penganugerahan dari sultan perak, baginda telah meletakkan keris taming sari kepada beliau dan menyebabkan beliau menjadi seram sejuk dan xtentu arah untuk beberapa hari. (tapi kesahihan nye tu terpulang la kepada korang, tapi pada pendapat aku ilmu orang dulu2 nie bukan sebarangan, lagi pun taming sari tu pulak berasal dari jawa, ermm mmg mistik la kan.. hehhe)

Taming Sari







No comments:

Post a Comment