Tuesday 19 February 2013

Tahun Gemilang


Zaman kegemilangan. Masing2 punyai zaman kegemilangan sendiri, sejarah yang dilakar untuk tatapan generasi anak cucu. Tapi kalau korang seorang yang perpengaruh macam wakil rakyat ke, atau Yb2 yang xbrtauliah mahupun bertauliah sejarah korang mesti gempak. Setakat insan biasa cam aku nie cukup la untuk renungan anak, bini, cucu dan kalau bertahan biarlah sampai keturunan ke 7, hihihihihihihi.


Zaman kegemilangan aku mungkin xsehebat, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Mahathir, atau pun Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ohh xlupa jugak fenomena hebat dan paling hebat di zaman ini, sejarah yang dicipta dengan penuh gilang gemilang oleh perdana menteri kita sekarang, hewhewhewhewhew. Ok la walaupun cerita aku xsehebat beliau2 nie,  tapi aku nak citer gak la kan. Aku dilahirkan sebagai insan biasa, tidak punyai jalur keturunan syed, wan ataupun nik cuma dimulakan dengan nama Muhd je. Dah la insan biasa, harta pun xde, dah tu banyak kekurangan pulak, xberkebolehan dan macam2 lagi. Pendek kata panjang xsempat nak kata, kira aku nie macam insan yang xbeberapa berguna la dimata masyarakat dunia ( yela kan, klau aku nie anak raja ke, menteri ke, konfem la satu dunia kenal aku ).

Mukadimah macam panjang sangat je. Orite cerita kali nie dimulakan dengan bismillahirahmanirahim. Tahun 1997, tahun dimana aku mula2 menjejakkan kaki ke sekolah, time nie darjah 1, muka pun kiut2 je, jalan xyah nak cakap la, terkedek2, comel je orang tengok aku time tu ( menggelabah gila ayat aku ). Masa nie aku xde lagi la bende2 menarik dibuat, sebab time nie budak2 lagi, tulis pun huruf b jadi huruf d, ish ish ish. Walaupun penulisan aku time nie xbagus (sekarang pun xdela bagus mana, SPM dapat A pun nasib je tu) tapi aku dikurnia kan sedikit bakat dalam bidang melukis. Ok la kan dalam xguna2 aku pun, Allah tu maha penyayang, so dapat la aku satu nikmat nie, alhamdulillah. Dari bakat tu aku guna kan sebaik  mungkin, time subjek lain je aku macam malas je nak buat keje, tapi bila time subjek seni kemain rancak nak buat. Zaman gemilangan melukis aku nie terus gemilang sampai aku abis sekolah rendah. Macam2 pertandingan aku dah bolot juara dalam sekolah tu, dari darjah 2 sampai ke darjah 6, asal menang tempat pertama je dalam hal2 melibatkan lukisan dan seni kreatif, mesti nama aku sandang juara, gila gempakkan ( ayat yang nie lagi menggelabah ). Naik sekolah menengah, agak fuhh jugak la, saingan ramai. time form 1 bakat aku macam malu2 je nak keluar. Tapi time hari kemerdekaan kat sekolah, aku pun test2 la masuk pertandingan lukis poster merdeka. Entah macam mana menang pulak peringkat menengah rendah, apa lagi gembira je la kan, hehehe. (dari sekolah rendah sampai menengah, asal lukisan hari merdeka je aku je la pemengang nye, huhhh..)



Sekadar Gambar Hiasan - Teknik Watercolour

Teknik Charcole

Naik form 4 je, saingan lagi belambak lambak, brader2 menengah atas cam harem gempak2 dowhh. Lukisan cam real je, gila lahh, kagum gila. Time aku form 3 cikgu seni aku ada tunjuk beberapa artwork lukisan dia masa zaman dia belajar dulu, lukisan dia sumpah aku cakap gempak gila, aku suka tengok lukisan potret dan lukisan bende2 hidup dia, semua nampak real walaupun dilukis pakai pensel. Semenjak dari tu, aku selalu la belatih2 lukis posture manusia, bunga, pokok, binatang dan bende2 hidup yang lain. Naik menengah atas, aku mula asahkan lagi bakat dalam bidang watercolour, aku suka tengok lukisan brader senior sekolah aku time tu, skill lukisan dia memang gempak, klau lukis kaca, sebijik macam kaca, lukis air sebijik nampak cam air, uihh kagum nye. Ok tiba hari pertandingan, aku tempat ke 2 dibelakang brader otai sekolah aku. Orite la tu tahun depan dia blah aku pulak naik tahta ye tak, hehehe. Selang beberapa minggu dari hari kemenangan aku ditawarkan untuk bertanding diperingkat daerah, time nie aku dapat no4 je, kira ok la tu kan, atas usaha sendiri, hehehe. Zaman gemilang aku dalam arena lukisan nie terus gemilang sampai sekarang, macam2 aku dah cuba, dari lukisan pensel ke pensel warna, pastu ke water colour, oil pastel, soft pastel, arcrylic colour dan lukis pakai charcole. Dah merasa lukis dengan macam2 bende nie, sekarang aku beralih ke arah lukisan digital. Lukisan digital nie lagi menarik, macam2 boleh buat, dari lukisan 2d hinggalah kepada lukisan 3d. Tamat dah kot citer pasal zaman kegemilangan melukis nie, sekarang beralih kepada zaman kegemilangan sukan dan permainan pulak.


 
Lukisan Menggunakan Warna Oil Pastel

Hasil Lukisan Menggunakan Soft Pastel

Zaman permainan tradisional nie menang femes la dengan budak2 yang lahir era 80an dan awal 90an, aku nie bernasib baik dilahirkan pada tahun 1990, dapat la merasa kehangatan permainan tradisional nie. Dah lebih 10 tahun zaman nie berlalu, tapi kalau diciter balik dengan member2 seperjuangan, rasa macam baru2 je tamat sekolah rendah, hehehe. Masa zaman aku, permainan yang femes macam, main baling selipar, main guli, gasing, tutup botol, rounders, dan beberapa permainan yang mungkin wujud pada akhir 90an macam, main kad tepuk la, koyak buku bahagian tengah buat kapal terbang kertas la, sampan, tiang gol dan macam2 bende pelik lagi la. Tapi aku xdela main semua mainan tradisional nie, cuma ada la beberapa mainan yang aku rasa menarik tu aku main le, contoh aku penah main, guli, gasing, baling selipar, tutup botol, teng2 dan lawan pemadam. Kad tepuk pun ada gak la main, tapi aku xhebat sangat, paling banyak aku dapat kaut time tu 120 keping je untuk sekali tepuk, tu pun dah rasa macam nak pecah urat2 tapak tangan aku nie. Aku ada sorang member yang otai gila main bende2 nie, bab kad tepuk dengan guli memang dia la bolot, orang kecik je, tapi setakat 200 keping kad tu rilek je dia sapu, kalau main guli pulak xkesah la main guli longkang ke, guli dalam bulatan, paling otai dia la orang nye. Kalau nak citer pasal aku pulak, aku xde la hebat main guli2 nie, kalau main taruh2 tu memang aku rugi besar la, hahaha. Antara game2 yang aku kira boleh champion macam, main gasing ke, tutup botol, baling selipar, teng2 dengan lawan pemadam je la. Citer bab main gasing, aku mula belajar main gasing agak lewat gak, mula pengan gasing time darjah 2, tapi time nie gasing xberpising atas paku pun, hahaha. 


Ini Nama Dia Gasing

Betol2 cemerlang main gasing time darjah 4, time nie setakat pusing kat tapak tangan, atas kepala ke memang xde hal la kan. Nak pakuk gasing orang tengah berpusing pun time tu bende kecik je bagi aku, ada sekali time aku sekolah kat penang aku penah pakuk gasing member aku sampai pecah, sekali gasing kayu dan satu lagi tu gasing plastik, semenjak peristiwa tu kalau aku nak main je depa xbagi, pasai takut gasing depa pecah. Bila beralih pada kisah main tutup botol pulak, permainan nie banyak saingan, ramai yang otai2, walaupun aku xtersenarai di kalangan yang otai2 nie, tapi peluang untuk menang tu selalunya cerah, hehehe. Pasal main teng2, xbanyak sangat citer, pasal time zaman teng2 nie femes masa aku darjah 1 sampai darjah 3 je. Lawan pemadam pun satu fenomena besar gak zaman tu. Habis la kedai2 yang jual pemadam tu diborong nye. Zaman tu femes pemadam dragon ball, pemadam bendera2 negara di dunia, pemadam ikan dan beberapa pemadam2 biasa yang lain. Zaman lawan madam nie lama gak berlangsung, seingat aku, aku start main masa darjah 2 sampai darjah 6. Mainan nie serius aku cakap, aku agak cemerlang. Penah sehari aku menang penuh 2 pensel box besar. Bila dah otai nie, mula la ada orang nak sabotaj kan. Agak cilakak, manusia tersebut telah menyelinap masuk ke dalam kelas time rehat lalu telah menceroboh beg aku dan mencuri satu pensel box double deck yang berisi dengan 30 bijik pemadam. Celaka kan, dah la curik pemadam aku, lepas tu kau jual pulak satu bijik 20 sen, fuhhhhhhhhhh. Nasib baik semua pemadam tu hasil rampasan atas kemenangan aku, kalau dari duit aku mau je aku ketuk kepala kau.



Gusti Pemadam

Tamat je zaman main2 gusti pemadam nie, rumah aku belambak pemadam2 rampasan, ada gak la beberapa yang aku beli untuk koleksi peribadi. Adik2 aku yang xde pemadam tu, masing2 ambik la pemadam aku nie, sampai la habis. Jimat duit, xyah beli pemadam kan. Permainan baling selipar pulak aku sebenar nye xbeberapa minat, sebab permainan agak menyakitkan, tapi bila dah otai, seronok pulak, hahahaha. Zaman kegemilangan nie telah mewarnai zaman kanak2 aku, walaupun banyak lagi bende yang aku nak citer tapi nak taip banyak2 pun xguna kalau korang nak baca pun penat, hehehe. Dari permainan kita beralih kepada sukan pulak. Dalam arena sukan nie, aku biasa2 je. Kalau menang pun mungkin nasib je. Aku start menceburi bidang sukan nie time darjah 3, masa nie aku tersenarai dalam finale untuk acara 75 meter. Ermmm, untuk acara sukan pertama kali dalam hidup aku, aku berjaya menamatkan larian ditempat yang ke3, kira dapat gangsa la time nie. Pastu berlanjutan la aku terlibat dalam acara larian nie sampai sekolah menengah. Zaman kemuncak aku dalam acara larian nie time darjah 4 hingga 5, masa nie semua acara larian balapan semua aku masuk, tapi xpenah dapat johan, time darjah 4 kumpul gangsa je semua, naik darjah 5 bawak balik perak je semua. Time aku darjah 6 aku dah pindah ke penang, so saingan tu agak berlainan sikit. Time nie aku xmasuk banyak acara sebab kat sekolah penang time nie seorang murid di benarkan masuk 2 acara je, 1 acara individu dan 1 acara berkumpulan.
2 Jaguh Dunia Usain Bolt dan Asafa Powell Masing2 memiliki rekod peribadi yang gempak2 - Rekod Dunia 100m Usain Bolt 9.58 saat

Aku xlayak masuk acara 100m dan 200m sebab mereka dah ada atlet mereka sendiri, lagi pun mereka mereka memang hebat dari aku. So aku try la masuk lompat jauh. Dah la xpenah try lompat jauh, tetiba pulak nak masuk. Xpe lakan cuba2 je, mana tau ada rejeki, hehehe. Time nie, lompatan pertama, batal, kedua pun batal, dan peluang terakhir nie la aku nak menentukan nasib aku, Akhir nye hasil lompatan kaki kiri telah membawa aku juara dan mencipta rekod baru dalam acara lompat jauh, xsalah aku time nie aku buat 4.24m je pun dh rekod,  orite la tu kan, hehehe. Satu lagi acara, aku masuk 4x100m, yang nie pun aku dpt emas gak, so time darjah 6 aku bawak balik 2 emas (merasa gak collect emas akhirnye, hihihihi). Time form 1 agak bosan, kenapa bosan ?, sebab aku xterpilih untuk apa2 acara balapan pun time nie. So aku xmemiliki apa2 pingat untuk hari sukan tahun tu, Tapi ada la kenangan satu pingat merentas desa time tu, itu pun dapat no 6, ada la dari xde kan. Form 2, warga2 sekolah dah mula sedar yang aku wujud dalam kalangan mereka, masa nie aku melibatkan dri dalam banyak acara, 100m no 4, 200m gangsa, 400m perak, 4x400m gangsa, 4x100m gangsa, 800m emas dan lompat tinggi emas. Nak citer pasal lompat tinggi nie, aku sebenarnye xpenah try pun lompat tinggi, sebenarnye ada la rasa nak try tapi takut pun ada. Nak dijadikan sejarah kegemilangan, suatu petang aku datang sekolah, niat tu saja2 je nak tengok budak2 yang main lompat tinggi nie beraksi.

Ni Namanya Fosbury Flop, Yang diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada kejohanan olimpik 1968

Entah macam mana, rumah sukan aku time tu xde wakil (rumah merah kelas 3), So cikgu aku nie pun nmpak aku dok rilek2 kat tepi padang, lalu memanggil "Zim mai sat, ang ada acara pa nie?" aku, " Xde ape pn saje datang tengok". cikgu, "Nah pakai nombor nie, pi masuk lompat tinggi, ala saja bagi ada wakil sorang untuk rumah kita". aku, "ermm ok (dengan hati yang berdebar2 xbersedia)". Fuhh, wakil rumah merah aku sorang je, rumah lain semua hantar 2-3 orang, ok aku rilek je, pasal aku pun kira bidan terjun, untuk memeriahkan temasya sukan je. Dah le aku xpenah lompat, jadi aku pun pikir2 la cara cam mana aku nak lompat nie. Aku tengok skill dorang macam2, ada yang buat gaya fosbury flop, gaya gunting, superman pun ada, huihh hebat2. So pun buat la lompatan suka hati aku, bila di semak balik dalam buku2 pendidikan jasmani lompatan aku tu dinamakan lompatan pelana. Orite itu sekadar pengetahuan je (untung korang baca blog aku dapat tambah satu persatu ilmu, hehehe). Lompatan pertama dimulakan dengan ketinggian 110cm. Uhh tinggi gak tu, yelakan time form 2 tinggi aku baru 158cm, kira 110cm tu agak tinggi la bagi aku. Ok aku pun lompat dan lepas. Lompat punya lompat, lepas punya lepas, xsedar ketinggian dh naik pada 130cm, time nie saingan tinggal 4-5 orang je. Ok untuk lompatan nie aku lepas dengan sekali lompat. Naik 140cm, pesaing tinggal 2 orang, aku lompat sekali, dan lepas, yang member aku sorang tu kantoi lompatan pertama dan lepas pada lompatan ke2. Naik 142cm, aku kantoi lompatan pertama dan lepas lompatan ke2. Member aku tu dah disqualified. So confirm aku la juara, kemudian ditawarkan untk cipta rekod. Rekod time tu 143cm untuk lelaki kelas 3. Aku berjaya buat sampai 146cm. Buat pertama kali dalam acara lompat tinggi itu satu kebanggaan bagi diri aku, macam mimpi je bila acara yang aku paling gerun dapat cipta rekod baru, hahaha (dah macam masuk fear factor pulak).

Yang nie pulak Gaya Pelana, teknik yang aku guna dalam acara Lompat Tinggi nie

Form 3 aku kembali ke batang kali, kalau kat penang dulu aku dah bolot emas, dah cipta rekod, tapi sekembali nye aku di kampung halaman ku, semua kejuaraan tu amat mustahil untuk aku gapai, sebab musuh2 lama semakin hebat, saingan semakin berat. Masa nie aku banyak bawak gangsa je, 100m no5, 200m no4, 400m perak, 1500m gangsa, 4x400m gangsa, dan lompat tinggi 1.48m gangsa. Hebat kan orang2 Hulu Selangor nie. Naik form 4 saingan lagi celaka, lari masing2 macam lipas kudung, bapak haram laju nak mampos!. 400m gangsa, 4x400m perak, 4x100m gangsa, 800m no4, lompat tinggi 1.50m gangsa. Fuhh, serius semput2. Bila dah naik senior sekolah, time form 5 kira agak kurang la saingan, cuma beberapa acara je la yang agak mencabar. Time nie aku xtarget acara pecut sebab acara pecut ramai star, 100m semua bawah 12 saat, 200m masing2 bawah 24 saat. Huhh gila pantas. Catatan peribadi aku untuk 100m baru 12.12 saat tu pun sekali je sumur hidup, untuk 200m 25.23 saat xsilap aku. Mau xsemput kalau aku  saing dengan dorang tu, hehhe. Ok la oleh sebab aku mampu untk lari jarak jauh, aku tumpukan latihan yang padu untuk 400m, 800m dan 1500m je. Time nie betul2 era kegemilangan aku, kira aku dah berjaya la capai target rekod peribadi aku walaupun xmenang pun kan, hehehe. 400m time nie dapat perak, catatan masa, 56.48 saat, 800m time nie aku dapat gangsa, catatan masa seingat aku 2:11
.57 saat, 1500m no4, yang nie aq xcatat masa pun sebab time nie suka2 je masuk untuk memeriahkan temasya je. Lompat tinggi memang aku xjangka boleh lepas 1.50m, pasal apa, dulu aku lepas 1.50m pun nasib je, lompatan ke tiga baru lepas tu pun palang goyang, hahaha. Final lompat tinggi aku dapat perak dengan ketinggian 1.59m memecahkan rekod peribadi aku, hehehe. 4x400m perak dan 4x100m emas.

Zaman kegemilangan sukan aku diakhiri dengan temasya majlis sukan sekolah2 daerah hulu selangor, pertama kali aku joint kejohanan nie masa aku form 3, masa tu aku xbawak balik pingat pun, time form 4 masuk 1 acara je tu pun dapat no4 dalam 800m. Form 5 nie la rasa cam nak try dapat walaupun satu pingat, biasa la, lepas abis sekolah mana la merasa sukan2 cam nie lagi kan. Dengan latihan yang gigih akhir nye membuahkan hasil, untuk saringan 4x400m dimulakan dengan pelari pertama, Zul, Shin Jian, Hafiz Shariff dan Aku pelari terakhir, berjaya melayakkan diri ke final dengan mencipta rekod baru kejohanan pada masa tu. Agak tekejut gak la kitorang bila saringan pun dah cipta rekod ye tak, hehhe. Time final, aku tukar ngan apis, aku pelari ke 3 dan dia pelari last, time nie kitorang buat allout pasal nie acara terakhir kitorang. Sekali lagi kuartet 4x400m smk syed mashor berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 3:33.52 saat. Serius xcukup oksigen masa nie. Dengar citer 2 tahun lepas tu rekod daerah 4x400m nie dah ada sekolah yang pecahkan, tahniah, sekurang2 nye dapat gak merasa bertahan 2 tahun ye tak. Masa MSSD nie aku masuk 3 acara je, 4x400m emas dan rekod baru, 400m no5 dan lompat tinggi no5, aku cuma catat rekod peribadi  1.65m. Berakhir la era kegemilangan dalam arena sukan sekolah, walaupun pencapaian tu xde la hebat macam kawan2 yang lain kan. Rindu pulak nak aktif macam dulu, tapi apakan daya bila dah berkerjaya nie busy memanjang.



Antara Koleksi pingat yang sempat dikumpul dalam acara olahraga, xbanyak pun ada lah dalam 50 keping je. Dari pingat pertama time darjah 3 hingga ke pingat terakhir untuk acara belia tahun 2010 (1999 - 2010) - emas 14 keping, perak 13 keping, yang selebihnye gangsa 23 keping. 

Bila dah lama tinggalkan zaman sekolah dan lama gak xbersukan, suatu hari, sekolah rendah adik aku ada buat hari sukan sekolah, dalam hari sukan tu ada acara terbuka untuk belia dan beliawanis, makna nya acara nie untuk orang luar dan penonton2 yang datang. Acara untuk belia menarik minat aku, acara 4x200m, hehe. 3 tahun berturut2 gak la aku jadi jaguh kampung dalam acara terbuka nie, tahun ke 4 aku dah mula busy dengan final semester, so xde peluang la nak joint kan, aku cuba untuk tahun ke 5, dah lama xbelari kan so agak semput gak la, time nie dapat no 3, tahun last gak aku menceburi acara terbuka nie. Sampai sekarang aku dah xbelari cuma duduk depan komputer je. hadoihhh. Sekian slot Akasia blog entah apa2 nie, bila skroll ke atas baru aku sedar dah macam karangan novel pulak panjang nye, hehehe. Nak bace, bace la, xnak bace aku xpaksa, kuikuikuikui.



No comments:

Post a Comment