Sunday 20 January 2013

Suatu Masa Dahulu

Jun 2011.. Tamat sudah sesi pembelajaranku di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau selama 3 tahun bersamaan 6 semester dalam kursus Diploma in Digital Film with Animation..  Sebagai batch yang pertama di kolej yang baru.. aku teringat detik-detik pertama aku menjejakkan kaki ke kolej tersebut..  pada mulanya agak bosan kerana intake utk batch aku tak ramai.. ada la dalam 84 orang cam tu.. pstu mkin lme mkin kurang sbb ad student yg dh dpt tmpat laen la hape la kn.. slma aq kt sni macam-macam pengalaman aneh.. girang dn duka yang aku dapat masa tu..

SEMESTER 1 ( julai - disember 2008 )

Bercerita pasal pengalaman aneh.. banyak berlaku pada semester 1 je lah.. maklumla.. jumlah pelajar 80 lebih jer.. jadi persekitaran kolej memang sunyi dan sepi.. tambah-tambah pada waktu malam.. Masa semester 1.. aku banyak menghabiskan malam hujung minggu dengan bermain badminton di dewan kolej.. biasalah.. start main pukul 9 malam.. abis adalah dalam pukul 1 pagi paling lewat.. lepas main balik bilik mesti la tros mandi dan cuci kain.. time cuci kain tu ada la aku nampak sorang budak kecik comel dok intai aku dari luar tingkap bilek cuci tu.. pada mulanya aku ingat anak makcik kantin.. ble aku fikir-fikir balik.. tak kan pulak ada budak kecik merayau kat sekitar kolej tengah-tengah malam cam tu.. aku pun mula siasat siapa pulak la budak kecik yg comel tu.. boleh dikatakan setiap kali aku cuci baju tengah malam dye msti ada dok usha aku kat luar tingkap tu.. lama jugak la dia usha aku.. sampai aku pun dah boleh tau baju apa yang dia pakai.. baju kurung warna putih ada corak bunga-bunga kecik warna merah jambu.. rambut ikat tocang.. muka dia putih gebu.. pegang teddy bear.. tinggi lebih kurang budak umur 4 ke 5 tahun. Dari sem 1 sampai awal bulan dalam sem 2 cm tu.. pada mulanya aku ingat aku sorang je yang nampak budak tu.. tapi adalah beberapa orang lagi yang nampak juga budak tu merayau waktu tengah malam.. dah lama budak kecik perempuan tu dok tengok aku.. suatu hari tengah aku cuci kain sorang-sorang aku tegur dia tanpa tengok muka dia.. aku cakap je la cm nie.. “adik.. adik buat apa dekat sini.. adek nak apa nie..” Lepas aku tegur dia.. budak kecik tu terus beredar.. dan aku dah tak nampak dia lagi sampai la sekarang..

Suasana Penuh Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau Negeri Sembilan

Satu lagi kejadian masa sem 1 jugak.. masa tu kemudahan memang  tak de.. kalau ada pun masa tu memang sikit la.. tak lengkap lagi la senang cerita.. masa tu water cooler cuma ada kat dewan makan je.. yang aku ni pulak tengah-tengah malam la selalu lapar.. aku pun ambik jalan mudah masak Maggie kegemaran aku.. nak masak Maggie kena guna air panas.. jadi berjalan la aku ke dewan makan seorang diri dalam suasana yang gelap lagi kelam tu.. masa tu aku tak terfikir pulak nak buka lampu.. mungkin sebab dah lapar sangat kot.. jadi aku pun letak la bekas Maggie aku tu dan isikan air panas tu.. sementara tunggu bekas maggie aku penuh dengan air panas tu.. mata aku pun melilau la pandang sekeliling DM yang gelap macam gua tu.. bila mata aku merayau memandang ditingkat atas DM tu.. terkejut gila bila aku ternampak dengan jelas seorang wanita berbaju kelabu dengan mukanya berlumuran darah..  air panas yang aku tadah dari tadi lambat pulak nak penuh satu mangkuk.. jadi aku ambik keputusan tunggu jela.. mata aku sekali lagi pandang kearah wanita berdarah tadi.. aku dapati dia sedang memerhatikan aku.. aku cuba jela bertahan walaupun rasa cam nk lari tinggalkan Maggie aku tu.. dah cukup air panas dalam mangkuk aku tu.. aku pn beredar dengan langkah yang agak steady psal nk jalan laju karang tumpah plak maggie tu dh le panas.. jadi trpksa la jalan rilek2 smpai ke hostel.. bagi aku pengalaman semester 1 memang aneh.. sebab aku boleh nampak dengan jelas dua rupa makhluk yang aneh tu.. ada lagi satu peristiwa ketika aku sedang mengalami masalah perut.. malam-malam pulak la perut buat hal.. aku pn pergi la sorang-sorang ke tandas.. masa aku tengah syok-syok termenung.. aku perasan ada orang dok intai-intai aku.. aku pun bengang jugak la.. siapa pulak yang dok usha aku tengah format nie.. tapi serius aku cakap.. macam nak pengsan bila ternampak makhluk tidak berwajah sedang usha aku tengah format.. huhh.. rambut makhluk tu panjang.. muka putih gila.. takde mata.. takde hidung.. dan takde mulut.. muka dia kosong.. huhh.. tapi Alhamdulillah bila naik sem 2.. aku dah tak diganggu lagi dengan makhluk pengintai tu.. huhhhhhhhh..

SEMESTER 2 ( januari - jun 2009 )

Satu lagi pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika menyertai sukan IKM/KKTM semalaysia kali ke7 di IKM Sik Kedah.. wah.. walaupun kontigen KKTM Rembau tak bawak sebarang pingat  tapi menang sorak dan menang tempat ketiga dalam perbarisan pun dah cukup memadai.. hahha.. siap buat haka lagi.. masa di Kedah.. aku rasa aku la manusia paling miskin dan tak berharta langsung.. sebabnyer.. aku hanya berbekalkan RM 100 dalam tempoh lebih kurang seminggu kat sana.. dah tu duit aku hilang pulak 60 ringgit.. aku rasa ada orang yang dah pecah masuk bilik kitorang la masa kitorang ada game hari tu.. mungkin budak-budak kolej lain.. hampeh betul 60 ringgit hilang.. jadi tinggallah duit aku dalam 40 ringgit je.. huhh.. gila la.. dah la ada lagi baki 4 hari kat sana.. 40 ringgit untuk bekalan 4 hari dinegeri orang.. fuhh terpaksa la aku kawal makan aku.. masalah nya duit 100 ringgit tu bukan la aku nak guna untuk seminggu tu.. tapi 100 ringgit tu bekalan belanjawan aku untuk tempoh sebulan.. kira masa tu memang lari bajet la.. 40 ringgit utk 4 hari kira ok la.. tapi untuk sebulan cukup ke.. dengan macam-macam lagi aku nak kena bayar dalam tempoh sebulan tu.. adoii.. nasib baik la aku ni jenis reti jgak jaga kewangan.. dapat jugak la aku gunakan 40 ringgit tu dalam tempoh sebulan.. walaupun seminggu sebelum habis bulan tu duit aku tinggal RM 1.40.. wah2.. RM 1.40 banyak lagi tu.. hahha..terpaksa la aku dan kawan aku nie makan ayam golek dengan nasi putih kosong je.. tong2 la duit sikit dengan dia.. dapat la minum air limau ais dan milo ais.. berbalik pada sukan di IKM Sik Kedah.. pada hari ketiga atau keempat berada disana.. kitorang kontigen KKTM Rembau ni dikejutkan dengan berita kemalangan maut seorang lecturer kitorang iaitu isteri kepada ketua jabatan kursus Digital Media Design Encik Akashah.. alang-alang dah ada kat kedah tu kitorang pun pergi la singgah ziarah rumah ibu bapa jenazah di Kedah.. masa tu jenazah baru je sampai.. kitorang sampai pun malam jugak rumah nye.. macam-macam berlaku.. al-Fatihah..

Persembahan Perbarisan Atlit Perintis KKTM Rembau - Sukan IKM/KKTM SeMalaysia Sik Kedah

SEMESTER 3 ( julai - disember 2009 )

Masa semester 3.. pengalaman pelik-pelik dan diluar jangkaan tu memang banyak sangat.. tapi adalah beberapa perkara pelik yang aku dan 4 orang classmate aku dah buat kat kolej tu.. kitorang berpakaian lengkap baju sekolah.. siap dengan tie sekolah masing-masing.. gempar seketika gak la kolej tu bila nampak kitorang berlima pakai baju sekolah.. lagi satu peristiwa yang aku tak boleh lupa masa aku jadi hantu kat dewan besar.. masa tu aku dan 3 orang member aku nie takde niat pun nak kacau orang.. kebetulan adalah sekumpulan budak-budak junior ni ditugaskan untuk setup dewan untuk majlis jamuan hari raya esok.. lepas solat isyak aku dengan 3 orang member aku terus pergi ke dewan nak tengok la apa yang dorang dah buat.. kitorang lepak-lepak dalam dewan dalam keadaan gelap dan panas.. tengah borak-borak.. gelak-gelak tu kitorang nampak sekumpulan budak-budak yang nak setup dewan dah sampai.. jadi kitorang pun menyorok la kat atas pentas tu.. yang budak-budak setup dewan ni pun tak reti la pulak nak bukak lampu.. setup dewan dalam keadaan gelap gelita.. tiba-tiba datang ilham dalam kepala otak member baik aku ni.. dia bagi cadangan supaya aku jadi hantu.. memang menjadi la aku jadi hantu masa tu.. sebab rambut aku pun masa tu memang panjang gila.. jadi berbekalkan rambut yang panjang dengan alas meja dewan warna putih.. aku pun meneruskan la rancangan baik member aku tu.. aku lintas kat atas pentas banyak kali.. sehingga salah seorang dari budak-budak tu perasan ada benda melintas kat atas pentas.. lintang pukang semua budak-budak tu lari keluar dewan.. ada yang menangis.. nak pengsan pun ada.. huhh rasa bersalah pulak aku.. last-last member aku pergi bukak lampu.. aku pun dah rasa bersalah gila.. nak tak nak aku kena la mintak maaf kat dorang.. hai.. macam-macam.. satu lagi perkara pelik yang aku suka buat dengan member aku ni adalah terjun dari bangunan.. agak-agak bosan kitorg terjun bangunan.. agak tinggi gak la tingkat 1 blok studio fashion tu sampai nak patah jugak kaki aku ni.. tapi ia bagi aq satu pengalaman baru.. dapat jugak la lepas tension dan aktiviti lasak yang sangat menarik.. hahha.. hahha.. masa sem 3 kami dikejutkan dengan pemergian pakcik dewan makan.. dia selalu gak main badminton dengan aku.. skill permainan dia mengalahkan orang muda.. sangat aktif dan bertenaga.. last dia main badminton aku pulak tak main.. sebab hari tu rasa malas pulak nak turun dewan.. dengar cerita dari isterinya lepas dia main badminton tu dia berehat sekejap dan amek wuduk untuk solat maghrib.. masa tu la dia menghembuskan nafas yang terakhir.. untung la pakcik tu meninggal time nak solat.. mudah mudahan berlipat ganda la rahmat Allah kepada dia.. amin..


Bergambar Kenangan bersama Group Kamikaze - Bangunan Pentadbiran KKTM Rembau

SEMESTER 4 ( januari - jun 2010 )

Masa semester 4.. rasanya tak banyak aktiviti pelik yang aku buat.. sebab masa sem ni aku lebih fokus untuk pelajaran je.. sebab bagi aku subjek semester 4 ni agak susah.. bagi aku je la.. bagi member aku yang lain tak tau la cam mana.. mungkin bagi dorang senang kot.. pada suatu malam.. aku dengan dua orang member kelas aku ni agak bosan la jugak.. nak buat assignment rasa malas pulak.. nak tidur pun mata tak mau lelap.. kitorang bertiga pun ambik keputusan kacau budak-budak junior kat tingkat atas asrama lelaki.. kitorang panjat dinding asrama dan bertenggek kat luar tingkap tingkat atas.. dan ketuk la tingkap bilik ke bilik.. ada yang menggelabah.. mana taknya.. mana boleh orang ketuk tingkap tingkat atas.. sedangkan tingkap tingkat atas tak ada kaki lima.. dah la masa tu dah pukul 2-3 pagi.. kalau ada orang ketuk tingkap pun siapa pulak yang boleh panjat dinding tinggi tu.. jadi tu la keje kitorang sepanjang malam tu.. dah macam spiderman pulak dok jalan kat dinding pusing sekeliling asrama lelaki tingkat atas tu.. “Nurizudin Shah @ Eddye dan Syafiq Roslan @ John Net.. bila agak-agak kita boleh panjat KLCC”.. hahha..

bersama Nurizudin Shah aka Eddye Nobie - Gunung Datuk Rembau

SEMESTER 5 ( julai - disember 2010 )

Semester 5 adalah semester yang paling aku tak dapat lupakan.. maklum la last2 sem nie msti lagi terasa kan sbb xlama lagi msing2 akan buat hal sndiri mngejar cita2.. kenangan-kenangan masih segar lagi dalam ingatan.. pada hari pendaftaran untuk semester baru ada la buat spotcheck rambut.. malam sebelum hari pendaftaran esok semua orang gunting rambut.. aku pun ingat nak gunting jugak.. tapi sayang pulak nak gunting.. yela sebab rambut dah panjang gila.. dua tahun simpan rambut bayangkan la panjang mana tu.. esok nye sebelum pendaftaran tu.. aku buat keputusan pakai gel tambah dgn spray wax.. sikat2 sampai la rambut aku tersisir rapi dan keras macam plastic.. masa spotcheck tu.. memang aku dah selamat dah.. tapi adalah sorang lecturer ni tak puas hati tengok rambut aku yang cantik lagi kemas ni.. dia pun tarik la rambut aku yang keras nie.. adoi !.. sakit gila.. bayangkan cam mana sakitnya bila rambut yang keras macam plastic ditarik secara paksa.. memang sakit la.. dah ditarik-tarik banyak kali.. akhirnya rambut aku tewas juga.. dia pun tarik la sampai hujung rambut aku tu.. masa tu rambut depan aku dah cecah bawah leher dah.. yang lecturer ni pun membebel la kat aku.. “amboi panjang nye rambut kau.. cam mana la kau boleh lepas dulu  ek.. dah berapa lama kau bela rambut ni ?”.. aku pun secara jujur dan tak reti menipu cakap je la.. “dah dua tahun cik”.. dia tanpa belas kasihan terus gunting rambut aku yang keras tu.. bunyinya macam dia tengah gunting dawai.. yela gel banyak mana pulak aku dah tepek kat rambut ni.. memang dia gunting pendek gila la.. nasib baik tak teruk sangat dia gunting.. kalau tak payah la nak repair.. dah tu keesokannya rambut aku pendek la macam budak nak masuk dewan untuk ambik peperiksaan SPM.. huhh.. kitorang nie kadang2 suka sangat buat sesuatu aktiviti tnpa dirancang.. satu hari masa malaysia menyambut kemerdekaan yang ke 52 xsilap aku.. member aku budak media digital nie tetiba je ajak pegi gunung datuk camping satu malam kat sana.. tanpa berlengah seramai 2 member aku bdak media dan 3 orang classmate aku bergerak ke gunung datuk petang tu jugak.. ehhhh lupa pulak.. sorang lecturer aku plak tetiba nak follow.. ok la.. sekurang2 nye ada gak pengawasan ye x.. hehhe.. bercamping la kitorang 2 hari 1 malam kat sana.. buat bbq.. mandi sungai.. daki gunung sampai kepuncak.. ok aktiviti nie paling best dalam semester 5 nie..

Kru Ekpedisi Gunung Datuk 2010 - Dari Kiri atas : Aku, Encik Arif, & Din. Dari Kiri Bawah : JohnNet, Razin & Seam. Photo by Eddye Nobie 

Satu lagi perkara yang aku tak dapat lupakan bila aku, Syafiq Roslan @ John Net dan Anas Syafi’e @ Apeng.. buat benda-benda mengarut kacau orang waktu tengah malam.. pakai topeng hantu dan kacau la siapa-siapa yang ada kat studio atau kelas.. ada satu blok kat kolej tu orang kata blok tu keras.. tapi kitorang tak peduli.. bagi kitorang lagi keras lagi seronok.. malam tu dapat la kitorang kacau beberapa budak dari kursus Fashion Design dan kursus Interior Design.. dah puas kacau mereka semua.. mata dah mula mengantuk.. aku pun balik la bilik aku.. masa nak tidur tu roommate aku sorang pun takde dalam bilik.. jadi aku dah mula rasa gelisah.. rasa macam ada sesuatu yang mengekori aku.. bulu roma ku mula meremang.. huhh.. aku pun apa lagi terus ambik wuduk baca doa apa yang patut dan tidur dengan tenang.. tapi agak tension jugak.. 3 malam berturut-turut jugak la aku kena kacau waktu tidur dengan makhluk yang tak dikenali tu.. sabar je la.. huhh.. bila dah nak abis sem nie peristiwa time sem 1 macam berulang balek.. ramai plak la makhluk2 halus nie nk brkenalan dengan aku.. klau awek2 ok gak la kan.. masa aku sedang mencari ketenangan jiwa dan xnak diganggu oleh sesiapa.. aku ambik keputusan utk online berseorangan di blok pentadbiran kolej tu.. sebab connection kt situ laju sikit.. sedang2 asyik  melayan laman sosial xsedar pulak dah pukul 2 pagi.. fuhhh.. dh 4 jam online.. memandangkan esok cuti.. aku lanjutkan je la sesi bersosial aku tu.. tiba2 liang2 roma aku rasa macam xkena.. malam tu xberangin.. suasana tiba2 jadi dingin.. dari ketengkok smapai ke kaki.. menari2 roma ku.. fuhhhhhhhhhhh.. gawat sih.. aku terasa macam ada orang kat belakang aku.. dengan degupan jantung yang kencang.. aku mnguatkan diri utk toleh kebelakang.. perghhhh!!! amek kaww.. subhanallah.. allah huakbar..!!!!.. berderau darah aku.. sorang wanita xberwajah berdiri betul2 kat belakang aku.. serius time tu rasa nak pensan.. masa aku toleh tu makhluk yg berupa wanita xberwajah tu seperti terapung2 tanpa mnjejakkan kaki ke bumi dan terus ghaib dari pandangan aku.. bagi aku dalam byk2 pengalamana aku jmpe makhluk2 nie.. makhluk wanita xberwajah la yang berjaya menggigilkan seluruh tubuh aku.. satu lagi peristiwa menarik.. dan bagi aku peristiwa nie pertama kali berlaku dalam seumur hidup aku.. masa tu jamuan hari raya.. kursus aku adalah buat persembahan lakonan sempena hari raya.. buat pertama kalinya aku jadi seorang perempuan yang sangat ayu dan jelita.. sebab dah tak ada orang yang berani nak pegang watak tu jadi aku ambik risiko untuk mencuba watak pelik dan mencabar tu.. pada masa tu aku memegang watak seorang ibu muda.. pakai baju perempuan.. make up.. dan macam-macam lagi la..  masa tu buat pertama kali jugak aku baru sedar kejelitaan aku menjadi seorang wanita.. hahha..

Bersama Ahli Kumpulan FIT FIG - Final Present untuk Subjek Technoprenuership Semester 5.

Saat-saat menjelang final project semester 5.. adalah berlaku sedikit salah faham antara aku dan classmate aku ni.. sampai bergaduh-gaduh la kitorang..  adoyai macam-macam.. tapi tak adalah berlaku insiden pertumpahan darah.. sebab bagi aku gaduh-gaduh ni buang masa jer.. kalau bertumbuk karang confirm kerja group tak boleh buat punya sebab badan dah sakit-sakit.. hahha.. lagi pun aku fikir sesama classmate pulak tu.. dah tu dia antara member yang ok dengan aku pulak.. huhh.. sabar je la.. apa-apa pun kepada korang semua.. 1st batch.. 2nd batch.. dan 3rd batch.. aku seronok kenal korang dan terima kasih banyak-banyak kerana sudi kawan dengan aku.. aku hargainya..
Masa aku taip benda ni.. tak de pulak perasaan sedih terlintas dalam diri aku.. tapi bila sampai ayat yang terakhir dari perenggan di atas.. aku mula rasa agak sedih jugak la.. macam tak percaya.. 3 tahun tu tak lama pun pejam celik..pejam celik.. dah 2 tahun setengah.. sem 6 dah praktikal.. genap la 3 tahun.. lepas tu masing-masing buat hal sendiri.. entah bila boleh jumpa ye tak.. tapi serius aku cakap.. aku tak pernah jumpa orang yang sekepala dengan aku.. korang la yang byk bagi aq smangat.. kira korang ni terbaek la bak kata boboiboy..

Album Ekspedisi Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan  - 2010

SEMESTER 6 - LATIHAN INDUSTRI ( januari - mei 2011 )

Alhamdulillah aku diterima untuk membuat latihan industri di syarikat Media Prima Berhad bertempat di sri pentas bandar utama.. mula diberi tugas sebagai video editor utk program bola sepak femes di tv3 iaitu program soccer kids musim 4.. kemudian brtukar producer dan bertukar tugas sebagai production assistant merangkap video editor jugak.. time nie la tugas aku yang paling mencabar.. shooting 2 minggu.. 2 minggu xtidur.. perghh.. lepas tamat praktikal kami budak2 nie dipanggil ke kolej utk membuat pembentangan akhir.. tinggal la seminggu kat sana.. hadoii.. lepas je selesai rasa merdeka.. akhir nye berjaya jugak tamat kan diploma.. lepas je settle hal2 kolej aku kembali ke sri pentas..  tamat je LI aku ditawarkan utk bkerja dengan mereka.. disebabkan aku xbeberapa minat kerja bahagian video production nie.. aku tarik diri dan mengambil keputusan untuk menganggur selama 4 bulan menanti hari graduation pada bulan september 2011.. Selang beberapa bulan aku kini berkhidmat disalah sebuah syarikat swasta milik bumiputera dalam bahagian Interior Design.

walaupun banyak lagi benda yang aku tak tulis tapi itu semua tak la penting sangat.. cukup dijadikan kenangan pahit manis sudah la.. semoga berjaya kepada semua kawan2 ku..

Graduation Day bersama Best Student KKTM Rembau - Asmaie Nor Aliuddin & Shahril Fadzlyn (Kini melanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Masing-masing di University of The West of England, UK.)






5 comments:

  1. Tahniah bro! Saya pun teringin nak masuk kktm Rembau untuk tahun 2014 insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,,, kalo x amik seni dlm spm msih bleh msuk ke kktm rembau ke?atau kne buat portfolio? sy amat mminati animasi ,,,kputusan spm pon x cemerlang... tlong bg pndapat

    ReplyDelete
  3. Waa..baru tau ade kos animasi dlm Kktm..sy pon batch first jugak dlm Kktm lenggong,kos herba. 80 org utk first batch dh kira ramai Dah tu

    ReplyDelete