Monday 28 January 2013

Glorious Project for Shutter Shutters Photography



Walimatul Urus Sahabat Kami !

12 tahun sudah berlalu. Banyak suka duka yang telah kami lakukan bersama semasa kecil. Itulah dia Aiman Sufyan b. Aezman, bukan saja sebagai seorang sahabat, bahkan bagaikan saudara sendiri. Pertama kali berjumpa beliau pada ramadan 2011. Alhamdulillah, beliau kini sedang melanjutkan pengajian di salah sebuah universiti di Jordan dalam bidang fiqh klau xsilap. Bakal tamat pengajian pada januari 2014. Ok la, aku bukan nak cerita sejarah atau pun biodata beliau tapi nak cerita mngenai majlis perkahwinan sahabat baik aku nie dan team Shutter Shutters Photography (SSP).

Ada dia mnyatakan kepada aku dan kawan2 yang lain, bahawa dia akan tamatkan zaman bujang dalam tempoh yang terdekat. Tarikh dan bila itu masih menjadi persoalan. Xpe la sebagai kawan2 kita doakan yg terbaik dan berjalan lancar je la. Januari 2013, aku terima sekeping kad walimatul urus dari beliau. Ok, terima kaseh menjemput. Tapi yang membuatkan aku terkejut, beliau berminat mngambil Shutter Shooters Photography untuk mnjadi official photographer beliau pada majlis tersebut. So agak bekicap la boss Shutter Shutters, Zamier Zainuddin dan anak2 buahnya, sebab ini adalah projek SSP yang pertama tambahan pulak camera xckup, kemudahan pun terhad. Dengan komitmen yang padu yang telah ditunjukkan oleh team SSP, Zamier Zainuddin, 'Azim Shinichi, Azrizal dan dibantu oleh Hidayat Cik Wan, Alhamdulillah segala kerja berjalan lancar.  



Walimatul Urus Aiman & Suhaila 25,26 & 27 Januari 2013

Majlis berlangsung pada 25 januari 2013, dimulakan dengan akad nikah dirumah sebelah perempuan bertempat di Taman Tasik Puteri, Rawang Selangor. Time nie serius aku yang bekicap lebih, pasal dah la hari jumaat, aku sepatutnya cuti, tiba2 kena pulak datang kerja sebab ada design yang nak kena ubah. Orite, sebaik abis je kerja aku amek halfday dan terus gerak ke rumah solat jumaat di masjid Ulu Yam dan bergegas ke rawang bersama boss SSP. Jalan sesak, dekat 2 jam gak la sangkut akhir nye sampai gak ke rumah pengantin, fuhhh nasib baik sempat, klau tak terlepas gambar2 penting. Tugas aku time nie cuma record video je dan zamier pulak snap gambar. Ok la kan, barulah kerjasama wonderpet !. hehhe. selang beberapa minit timbul pulak Azrizal dan Dayat, orite kerja2 menjadi lebih mudah, banyak gak gambar2 backup yang depa dah buat untuk hari tu. Petang sikit, geng2 lain pulak datang, Bob, Jazli dan Syazwan bagi memeriahkan lagi majlis.

26 Januari 2013, Majlis pada sabtu bertempat di rumah pengantin perempuan jugak. Serius time nie kitorang datang sedikit lewat akibat masalah yang sama jugak jalan jam. Sampai2 je rumah si Pengatin nie depa dua dok tengah makan. So jangan buang masa teruskan snap apa yang patut. Sebelah petang lepas selesai bergambar dengan famili2 sempat gak la shoot bberapa foto outdoor.

27 Januari 2013, agak lega jugak selepas 3 hari berhempas pulas cover gambar dan video akhirnye tiba hari yang terakhir majlis. Last day team SSP buat berhabis baik. Semua detik2 keemasan tidak dilepaskan oleh boss aku nie, snap apa semua dia nak snap xkira la gambar tu best ke tak. bagus la kan dapat boss macam dia nie. hehe. Abis je majlis team SSP bergerak untuk sesi outdoor pulak. Lokasi yang dikenal pasti menarik dah tentu di persekitaran Pusat Latihan Asnaf, Tasik Antara Gapi, dan Bukit Antara Gapi (tempat geng SSP selalu lepak). Sekian saja laporan Majlis Walimatul Urus Aiman Sufyan dan Suhaila.



Gegambar Outdoor - Lokasi Pusat Latihan Asnaf Zakat Selangor

Sebagai penutup kata, pertama sekali, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Aiman Sufyan kerana telah meletakkan kepercayaan seratus peratus kepada kami, Shutter Shutters Photography untuk memperluaskan lagi empayar kami didalam dunia photography nie. Bak kata boss SSP, "Goyang gak dowh, bila mereka anggap kita nie profesional photography". Mungkin la ada sedikit goyang untuk newbie macam kitorang yang xcukup peralatan dan camera nie. Tapi bagi aku goyang2 tu xdehal semua boleh diatasi, rezeki itu ada dimana2 kan, hehehhe.

Oleh sebab sahabat kitorang nie dah letak kepercayaan setinggi gunung, dengan peralatan yang terhad, aku sebagai pengarah kreatif sedaya upaya memerah bberapa idea2 kreatif untuk menampakkan mutu dan kualiti gambar yang kitorang ambil. Alhamdulillah, dalam beratus2 gambar yang dah si snap nampaknya banyak jugak yang boleh pakai. Kerja2 editing pun nampaknya mudah sikit.

Ucapan ribuan terima kasih jugak aku nak ucap kepada, terutama sekali boss SSP le YB Tan Sri Haji Zamier Zainuddin kerana dengan kepakaran beliau mnguruskan manusia2 yang bermacam ragam untuk memudahkan lagi urusan kami semua team SSP, xlupa jugak kepada, Datuk Haji Azrizal penghulu kampung padang Ulu Yam Bharu merangkap bakal Adun Rawang, Dato' Hidayat Cik Wan pengerusi Persatuan Karoke Batang Kali dan Encik Ameen Ketua Rukun Tetangga Taman Desa Kelisa kerana telah sudi membantu meringankan beban SSP dalam memberi kemudahan camera tambahan serta mnyumbangkan tenaga dan masa. Selamat Pengantin Baru Aiman. Tahniah Kepada Shutter Shutters Photography, semoga projek yang akan datang akan terus cemerlang !.



Shutter Shooters Photography  bergambar kenangan bersama pengantin - Berdiri dari kiri : Zamier Zainuddin (boss SSP merangkap Photographer),  Berdiri kanan : Ameen Azizul (pembantu am), Duduk Dari kiri : Azrizal (backup photographer) & 'Azim Shinichi (Creative Photographer)




No comments:

Post a Comment