Tuesday, 14 May 2013

Mimpi Muncul Ke Realiti


Pindah

Pada Disember 2001, masa tu aku budak2 lagi, baru 11 tahun. Bapak aku telah mengejutkn seisi rumah tentang perpindahan beliau ke Pulau Pinang. Bapak aku ditugaskan untuk menjaga cawangan pejabat disana (kira bos besar cawangan ler). Masa tu aku dan adik beradik semua buat muka xsyok je. Yela dah seronok tinggal kat kawasan ulu nie, mana xnye, dari tadika sampai ke darjah lima, kawan2 pun dah ramai kat ulu nie. Walaupn tempat tinggal aku nie kat ulu, tapi Ulu Yam nie xde la ulu sangat, nama je ulu, tapi boleh dikategori kan kepada pinggir bandar yang sedang pesat membangun. Kemudahan lain, dekat dengan KL, Genting, jalan utama ke utara, ke pantai timur dan ke Selatan, Sungai2 pun free, besepah kot, air terjun ada, sungai cetek, dalam, deras, macam2 lagi la. Ape la aku membebel panjang lebar nie, aku bukan nak citer keindahan tempa aku nie. Ok kembali ke topik asal. Sebelum pindah, kitorag sekeluarga carik rmah sewa dlu kat sana. Yela xsempat nak cari awal, sebab bapak aku pun dapat surat pertukaran pun lewat. Bulan 12 biasala budak2 sekolah cuti panjang kan. So kitorang pun bekampung le kat Penang lebih kurang 2 minggu nk carik rumah. Office bapak aku di Seberang Jaya, Mula2 carik rumah yang dekat2 dengan office, ok la rumah ok, 2 tingkat, sewa 400 sebulan, tapi tangga reput, bilik air bocor, pintu belakang xde, ape ke pelik la rumah xde pintu belakang, sebab xde pintu belakang, rumah nie teres dan berkembar depan belakang, entah ape pesen rmah ler cam nie, kalau belaku apa2 kecemasan sumpah aku cakap susah. Pastu carik lagi rumah disekitar Seberang Jaya tu, kebanyakan appartment, dan mak aku memang anti appartment, flat dan kondo, dah tu pulak sewa agak melampau, biasa la kan, hehhe. Semetara jumpa rumah, kitorang menginap di Safira Country Club di Seberang Jaya, betul2 dekat dengan opis bapak aku. Time hari terakhir kami sekeluarga menginap kat situ, aku didatangai sebuah mimpi yang aneh (ok baru nak masuk tajuk). Mimpi nie sangat aneh lagi pelik (yang pasti nie bukan mimpi akil baligh ye!), peristiwa dalam mimpi tu, aku berada disebuah sekolah baru dan suasana yang baru, time dalam mimpi tu aku pakai baju sekolah cam biasa la, pastu aku berdiri di depan pintu kelas yang xbernama. Yang menambahkan lagi keanehan aku apabila dalam kelas hanya ada seorang budak perempuan je, budak lain xde. Dah tu pulak budak perempuan tu tengah menulis helaian demi helaian muka surat dalam buku latihan panjang. Aku xnampak dengan jelas muka budak tu, yang pasti jelas, budak perempuan tu bertudung labuh, kulit putih halus, baju kurung sekolah warna kuning. Entah cam mana, tetiba je mimpi pelik tu hilang. Mungkin beberapa jam lepas mimpi tu hilang, aku terjaga dari tidur. Kepala xpening pun, cuma otak nie mula terpikir, sape laaaaa budak pompuan tu, dan ape hey nye dia datang dalam mimpi teman. Teman xkenal pun dan xpenah pulak nampak kat mane2.

Januari 2002

Ok kitorang satu family dah dapat rumah sewa kat area Kepala Batas, Seberang Prai, Penang, ala kat kampung Pak Lah, PM ke 5 tu. Kawasan nie sumpah aku cakap lagi ulu dari Ulu Yam. Seriously aku cakap, ada beberapa yang menarik kat kepala batas nie, pekan nye besar, barang2 sangat murah, yang paling best ada kompleks sukan pastu sekolah dekat dengan rumah. Tapi yang xbest nye, nak keluar ke town sangat jauh, kalau shopping baju sekolah or shopping raya, bagi aku xbanyak choice sangat, kadang2 kitorang pun akan turun KL gak kalau nak beli barang2 sekolah dan barang2 raya. Yang nie citer pasal kelebihan dan kekurangan tempat baru. Tapi sekarang semenjak Pak Lah jadi PM, Kepala Batas habaq hang dah maju tu, hehhe. Bila dah tiba bulan Januari nie, mula la sekolah, paling bosan bila sekolah kat tempat baru, adoi, nak kena carik kawan baru, nak kena selesa kan diri dengan orang2 baru dah tu loghat pun beza gak tu, cam kita Engkau yang dorang pulak Hang, yang aku tau kat Melaka je ada Hang, tapi kat utara nie lagi belambak2 Hang, hahha!. Biasa la bila dah jadi murid baru nie, kena la jadi femes sikit nak kena introduce diri kat budak2 kelas dan cikgu2. Ishh, aku nie dah le penyegan, hehhe. Ok la time mula2 intro diri kat depan kelas, agak goyang gak, dah macam kena jawab soalan math pulak rase nye, hahha. Aku pun kenal kan la diri aku nie, nama, asal dan sekolah terdahulu. Boleh pulak dorang gelak kan nama sekolah aku (Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu), ok aku akui sekolah aku ada nama ULU tu, tapi bagi aku sekolah aku jauh lagi modern nak dibandingkan dengan sekolah dorang nie, katin dah le kecik, padang xde, hahha, nak main bola pun xde feel dowh. Ok2, maaf, abaikan semua tu, aku xbermaksud nak kutuk2 sekolah baru aku nie (Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam), sebabnye sekolah nie dah banyak melahirkan insan2 harapan yang cemerlang, sebagai contoh sekolah nie adalah sekolah Pak Lah mendapat pendidikan awal beliau. Satu lagi kebanyakan member2 aku kat sekolah nie, lepas UPSR semua dah bertempiaran masuk sekolah asrama penuh, dan kini ramai yang sedang lanjutkan pelajaran ke oversea dengan kursus pilihan yang gempak2 (cuma aku je yang biasa2, hehe) Berbalik ke cerita asal, lepas aku dah kenal2 kan diri kat depan kelas, aku pun ape lagi nak cepat2 la duduk kat tempat aku (dah le duduk kat belakang, banyak la langkah nak sampai ke belakang tu, hadoihh). Sebelum aku gerak nak ke tempat aku, aku sempat terpandang sorang budak perempuan nie, budak perempuan tu SERIUS aku cakap SEBIJIK cam dalam mimpi aku. Time tu dia tengah menulis tapi kedudukan nye xsama macam dalam mimpi tu, warna kulit sama, cuma warna baju je lain, tudung labuh pun sama, ishhhhhh lagi la aku betambah pelik.

Alam Sekolah Menengah

Buat pertama kali nye aku berseluar hijau ke sekolah, hehhe, dah pom wan. Sebabkan result psr aku xde la bagus mane, cuma belambak B je, pastu ada la C sebatang. Sekolah menengah aku dekat dengan rumah, jalan kaki je, 10 minit sampai, hehhe. Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi Kepala Batas, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, tu la nama lengkap sekolah aku. Serius aku cakap, sekolah menengah nie best, xmacam sekolah rendah. Masa sekolah menengah aku aktif dalam sukan olahraga dan hoki, untuk badan beruniform pulak aku melibatkan diri dalam unit beruniform PKBM Udara, tapi kelab persatuan agak bosan, aku terpilih pulak kelab bahasa inggeris, hahha. Waktu form 1, xbanyak cerita best sangat, ye la bar first year jadi budak seluar hijau, jadi xbanyak keje gila la yang boleh buat, kena baik2 je la kan, hehhe. Tapi paling best time form 1 nie, masa exam akhir tahun, pertama kali nye ak dapat nombor 1 dalam kelas, perghhh, agak bagga, eas tu apa lagi tntut le janji yag mak bapak aku penah janji dulu, bile tuntut xdapat pulak. Bila dah xdapat aku mula tekad untuk belajar dan xmengharapkan apa2 balasan. Sampai sekarang, aku xpenah mintak balasan dengan apa yang dah aku buat (mungkin sebab tu kadang2 bende yang sepatutnye aku dapat aku xdapat, adoi). Dah form 2 aku rasa semakin selesa tinggal kat negeri orang nie, yela kan, member2 pun dah ramai, dorang semua baik2, kaki study tapi bukan nerd, kira balance la, time main dorang main, time belaja dorang belajar. Satu hari, aku nak turun ke pejabat sekolah, kelas aku betu2 kat atas pejabat sekolah, masa nak turun kat tu aku terusha kelas sebelah (kelas tingkatan 2 Aliran Agama), ye la kan dah ada mata, xnak tengok pun jadi tertengok walaupun sesaat kn, hehhe. Aku terpandang budak perempuan yang satu kelas dengan aku time darjah 6 dulu. Kali nie serius aku cakap, cara dia sebijik, saling xtumpah macam kedudukan dalam mimpi yang aku alami tu. Walaupun mimpi tu dah 2 tahun berlalu, tapi masih melekat kat otak aku nie. Disebab kan masa nie aku masih budak2 hingusan, so xde la rase nak try ke hape kan, hahha.

Kembali Ke Ulu Yam

3 tahun aku dan family menetap di negeri utara tanah air, mula2 pindah dulu rase xsyiok, tapi bila dah 3 tahun dah rasa seronok pulak, rasa cam xnk balek Selangor, hahha. Tapi apakan daya, ibu pejabat dah menyeru bapak aku untuk kembali berkhidmat kat Kuala Lumpur.  Ok la xde hal, yang penting aku berharap sangat dapat satu sekolah dengan kawan2 seperjuangan aku time sekolah rendah dulu. Tapi disebab kan kami sekeluarga pindah secara drastik dan terburu2, jadi persiapan pertukaran sekolah tu jadi agak kelam kabuik sikit. Asku tidak di terima untuk didaftar kan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali atas sebab pihak PPD memaklumkan kuota telah padat, jadi aku di daftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor Batang Kali. Huhh, berpeluang la satu sekolah dengan kawan2 lama aku. Xpe la,  terpaksa la jadi budak baru lagi, kenal kan diri, kenal selok belok sekolah, kenal cikgu2, hadehh, hehhe. Aku start pindah dan sekolah kat Batang Kali masa aku form 3, kiranya ambik PMR kat Batang Kali le. PMR aku agak cemerlang walaupun aku nie malas study, akibat malas study 8B dah memadai untuk bekal ke form 4, hahha. Aku tamat kan zaman sekolah form 5 di Sekolah Syed Mashor nie, SPM aku xde la gempak, yela bdak malas study, orang suma sebok2 bace buku, pegi tusyen sana sini, aku boleh lagi main badminton, tengok tv, tido dan sebagainye, memang haram la nak tengok buku, sampai kan time esok nak exam pun aku bleh lagi tengok tv dan lepak2 cam orang xde masa depan. Sampai mak aku pun dh xtau nak bebel ape lagi, kadang2 tu bebelan mak aku nie, aku rasa macam aku akan gagal dalam SPM, yela bak kata orang kata2 ibu tu doa yang makbul. Xsalah aku akhir bulan 3 2008, result SPM kuar, mula2 mak aku nak ikut sekali ambik result aku, tapi aku cakap xyah la, yela takut kena bebel lagi, hehhe. So aku ambik keputusan tu dengan member baik aku time tu, Syazwan Roni atau pun awe, sekarang nie dikenali oleh awe stimboat, hehhe. Masa ambik result tu, biasa la, cam nak tercabut jantung, hahha. Bila dah dapat result, aku rasa cam nak pitam je, mane xnye, tetiba je aku boleh dapat 3A, hahha. Satu sabjek aku dapat B3, sikit lagi nak dapat A2, ishh rugi, kalau xdpat la aku bekal kan 4A untuk tunjuk kat mak bapak aku, hehhe. Tapi macam yang aku jangka, subjek math dan add math aku gagal, dan sememangnye aku xterkejut pun, sebab aku memang lembab math, kahakahkahkahkahkah!. Yang aku xjangka, aku menjadi pelajar SPM terbaik untuk kertas pendidikan seni, padahal akubudak akaun, cam ne pulak budak2 seni xboleh jadi yang terbaik, ermmm agak pelik. Tapi bile dipikir2 kan balek, xde yang pelik pun, sebab kreativiti yang Allah bagi nie, bukan semua orang ada ye x, so aku amat bersyukur.

Sambung Balajar

Walaupun keputusan SPM aku cemerlang, tapi aku gagal menempatkan diri ke UiTM, kerana, subjek matematik aku gagal, hahha. Time tu baru le aku rasa menyesal sebab terlampau bangang math kan. Bila dah xdpat masuk U, so aku patah harapan la nak carik tempat2 lain, so melepak je la kat umah, beberapa minggu lepas tu, aku dapat tawaran KUIS untk kursusu multimedia, aku tolak atas sebab nasihat mak bapak aku gak, Pastu aku dapat macam2 tawaran lagi, tapi kebanyakan nye semua swasta, bayaran pun confirm2 mahal yex. Lepas tu aku dapat tawaran KPTM kat Ipoh, yang nie pun bidang multimedia gak, bapak aku dah bayar deposit 2000 ringgit rasa nye, tapi terpaksa burn kan duit tu sebab ada tawaran yang lagi baik aku terima. Aku muktamat menjadi pelajar Perintis di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau. Time nie jumlah pelajar dalam 80 orang je, maklum la, first batch kan. Aku melanjutkan dalam bidang Diploma Filem dan Animasi Digital. Seriously aku sebenarnye xde cita2, dan aku xpernah pikir pasal cita2, bila dah mula belajar kat kolej nie, baru la aku nampak masa depan aku yang cerah, hahha. Masa Semester 1 agak bosan xde bende sangat nak buat, yela orang xramai, balek2 muka tu je yang ada, hahha. Masa aku semester 3, mimpi lama berulang lagi, aku xtau apahal mimpi nie datang balek lepas hampir 9 tahun aku xmengalami mimpi aneh tu. Mimpi tu masih xberubah, sama je cam dulu, aku nampak budak perempuan tu menulis, tudung labuh, baju kurung warna kuning, muka still xnampak. Tapi bila aku sedar dari tidur, aku teringat balek budak perempuan time aku sekolah Penang dulu, memang rupa perempuan dalam mimpi tu kalau di match kan dengan budak perempuan member Penang aku tu, serius sangat sebijik, bentuk xlari seinci pun. Time ni memang aku agak pening, mana xnye, dah 9 tahun kot mimpi tu xmuncul, tetiba boleh pulak muncul buat kali ke 2 dalam tempoh masa yang agak lama. Satu hari tengah2 malas buat assignment, aku online la kat hostel. Time tu rasenye pukul 9 malam kot, tengah2 bosan try2 la carik balek member2 time sekolah Penang dulu. Jumpa la beberapa orang, ada yang muka berubah, fizikal berubah, hahha, macam2 la.  Last2 aku jumpa budak perempuan yang sebijik dalam mimpi aku tu dan add la friend kan, hehhe. Bila dia approve, dan2 la aku try ingat kan dia. Rupanye dia kenal lagi la kat aku, ermm ok la tu. Boleh kata tiap2 hari le chat, citer pasal citer zaman sekolah la apa la, macam2 lagi la. Disebab kan beliau nie seorang yag agak sopan, so aku pun automatik ler segan, kena la jaga bahasa bagi sopan santun siket, hehhe.

2011 - 2013

Januari hingga Jun 2011 aku praktikal kat Media Prima Berhad, aku berkhidmat di stesen TV3 dan TV9. Masa praktikal aku ditugas kan sebagai editor untuk program Soccer Kids 3, Makan Angin tv9, dan selain editor aku ditugaskan sebagai, production assistant dan second cameraman untuk soopa doopa. Keja jadi editor ni memang memenatkan, boleh kata tiap2 hari aku balek pukul 3 ke 4 pagi huhh, kalau time shooting lagi ler, memang aku sorang xtidur, macam2 keje kene buat, huhh. Satu hari si wanita nie (ermm dah dewasa, tukar ke wanita la yer, xkan nak guna title budak perempuan pulak ye x, hehhe), beliau, buat first time nye send mesej kat aku, tanye pasal animasi 3D. Huhh, pelik gak aku, apahal pulak kan sebab xde kena mengena kot dengan kos dia. Xpe la, aku layan kan je. Tahun 2012, aku pun xingat bila aku dapat mimpi pelik nie tapi yang pasti dalam tahun 2012 ler. Aku mimpi wanita tersebut datang dalam bentuk berlainan, makne nye bukan dalam keadaan menulis lagi la, kira yang nie mimpi baru la pulak, hahha. Pakaina nye pun dah lain, tapi masih bertudung labuh, kali nie berseluar agak lebar, t-shirt muslimah lengan panjang, warna tudung hijau, bajuaku xingat warna apa tapi ada campuran maroon, dan seluar hitam, berkasut dan berstokin. Yang bertambah pelik lagi mimpi kali nie, beliau datang ke rumah aku, whattttt!!!!!!!!! datang ke rumah aku, ape kehe nye yop!?. Beliau hanya datang dan memerhati gelagat adik2 aku kat halaman rumah. Aku sedar2 dari mimpi, jam lebih kurang pukul 4 pagi. Memang pelik dan sangat pelik.  tebaru bulan Mei 2013, sekali lagi aku mimpi wanita tersebut, kali ni berlainan tempat dan cerita. Dalam mimpi tu beliau hanya tersenyum, pakaian nya macam biasa, bersopan dan menutup aurat dengan sempurna. Pening, penig dan pening, aku xpernah pikir apa2 pun pasal mimpi pelik nie sebelum nie. Malas nak pikir, tapi semakin malas nak ambik tau, macam2 ada sesuatu je yang mimpi tu nak sampai kan, tapi aku xdapat lagi jawapan nye. Satu hari, peristiwa nie berlaku jumaat lepas, 10/5/2013, berlarutan sehingga 12/5/2013, beliau minta prtolongan untuk ajar nye photoshop. Ok la walaupun agak sukar nak ajar orang melalui fon tapi aku try la. Lebih 90 mesej memenuhi inbox dan lebih 20 mesej memenuhi email. Akhirnye siap gak keja beliau dan nampak nye dia dah mula boleh mengendalikan photoshop sikit2. Ok la tu, kira aku berjaya la kan memahamkan beliau. Bila dah lama bermesej2 nie, xkan pulak aku nak tipu diri aku pulak kan, honestly aku selesa mesej dengan beliau mengenai bende2 berkaitan perkongsian cam nie kan. Sebab aku nie jenis suka layan mesej2 mengarut yang xtentu hala, bila dapat layan mesej yang berfaedah cam nie aku rasa, ok la xde la mesej kosong je kan.

Kalau dulu aku xpercaya pada mimpi, bagi aku mimpi tu maina tidur je, tapi bila mimpi pelik cam nie datang, aku rasa maam ada sesauatu yang aku perlu tahu mengenai maksud mimpi aku nie, mungkin lepas nie aku kena rajin kot buat solat istikarah, mohon petunjuk, hahha. Dulu aku penah citer kat aku bapak aku, pastu mak aku cakap, JODOH kot, cehhh, susah nak caye, nak caye cam ne, sebab mimpi nie first time aku alami masa budak2, xkan awal sangat petunjuk jodoh tu kot, ishhhhh, bagi aku mengarut je la. Tapi bila mimpi yang sama datang buat kali ke 2, aku rasa cam caye xcaye je. Yela bila aku dah match kan betul2 rupa perempuan dalam mimpi aku tu dengan si beliau nie, serius sama, xberubah sikit pun, so aku confirm, perempuan dalam mimpi tu beliau. Lepas keyakinan aku mengenai rupa perempuan dalam mimpi tu dengan alam nyata nie, baru la dua mimpi baru tu menyusul. Rasa macam susah nak caye, dari xpenah kenal dan xpenah jumpe, cam mana boleh muncul dalam mimpi pulak, last2 boleh pulak jumpa, dah tu sebijik pulak cam dalam mimpi tu. Sukar nak percaya apabila Mimpi Muncul Ke Realiti.... Allahuakbar, hanya Allah saja yang mengetahui.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.” 

(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).


Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”
(Surah al-Fath ayat 27).


No comments:

Post a Comment