Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru


Malaysia bagi aku negara paling bertuah, sebab apa bertuah?, sebab nye Malaysia antara salah satu negara yang paling banyak cuti dan mungkin juga salah satu negara yang paling banyak sambutan perayaan. Kalau korang tengok kalendar cuti umum dalam dunia nie, memang Malaysia paling banyak cuti, bab perayaan pulak, belambak2 perayaan  utama kat negara kita nie. Ok cukup sampai disini je citer pasal bende2 xpenting nie. Aku sebenar nye nak citer pasal, hari guru. Hari guru pun salah satu perayaan yang ada kat negara kita nie jugak, cuma xdela melibat kn cuti umum kan, hehhe. Hari guru nie di sambut sempena memperingati dan menghargai pengorbanan guru2 yang mendidik kita. Sambutan nie, sama macam hari bapa, hari ibu, hari jantung sedunia, hari aids sedunia, hari kanak2, semua hari nie disambut hanya untuk diingati dan dikenang, so xde la cuti, hehhe. Selalunye, hari guru, murid2 darjah satu la yang paling suka bagi hadiah kat cikgu, hehhe. Dah naik darjah 2, 3, 4, 5 dah malas nak bagi hadiah, darjah 6 lagi la, bajet dah besar, hahha. Time form 1 tradisi bagi hadiah kat cikgu kembali balek, biasa la mula2 jadi budak menengah kan, hahha. Dah form 2 samapi form 5 jangan nak bag hadiah, bag salam ke atau terima kasih kat cikgu pun dah xnak, hehhe, mungkin dah besar sangat la tu, hehhe.

Sepanjang aku bergelar pelajar sekolah dari tahun 1997 hingga 2007, sejujurnye la aku nak bagi tau, aku bukan minat nak bagi2 hadiah kat cikgu nie, bukan apa, bila aku pikir2 balek, mak bapak aku pun aku xbagi hadiah, ini kan pulak cikgu2. Ermmm, bila tiba hari guru, mak aku la sebok2 suruh aku beli hadiah untuk cikgu, ok la beli jugak la mug harga 2 ringgit patu balut cantik2, hehhe. Selalu nye aku akan bagi kat guru kelas je, cikgu2 lain xyah la kan. Bila dah naik form 4, xde lagi nak beli2 hadiah nie. Bila dah naik form 5, dah tentu la tahun last kat sekolah kan, jadi bila tiba hari guru aku ambik keputusan untuk bagi sesuatu yang lebih bermakna dari hadiah barang 2 ringgit kat guru kelas aku. Malam sebelum hari guru, aku beli kertas lukisan saiz A2 dan mula bancuh water colour dan asah pensil. Mengambil masa hampir sejam untuk melukis dan 3jam masa keseluruhan untuk melengkapkan satu potret guru kelas aku. Bila lukisan dah kering, aku gulung dan ikat pakai reben yang aku ambik dari bunga telur kenduri kawen. Sepanjang aku sekolah, aku rasa dalam semua guru kelas aku, guru kelas aku yang nie la yang paling aku hormat, beliau menggalas tugas sebagai guru kelas aku selama 2 tahun iaitu dari tingkatan 4 dan tingkatan 5. Bagi aku beliau memang layak dihormati dan mendapat kehormatan ini, bagi aku beliau adalah benar2 seorang guru. Beliau adalah Encik Redzwan bin Abd. Rahman, guru kelas dan guru untuk subjek matematik kelas aku 4 Teknik 1 dan 5 Teknik 1.

Tahun 2012 merupakan tahun memperingati ulang tahun ke 5 aku meninggalkan sekolah selepas tamat tingkatan 5. 16 Mei 2012, aku mengambil keputusan untuk bagi hadiah kepada bekas guru kelas aku masa form 3 dan form 4-5. Kalau sebelum2 nie, aku beli hadiah sebab di suruh oleh mak aku dan adek2 aku, tapi kali nie aku sendiri rasa nak bagi, hehhe. Barang yang aku beli mug dan mangkuk, mug untuk cikgu kelas aku tingkatan 3 dan mangkuk untuk cikgu kelas tingkatan 4 dan 5 aku. Aku beli mug dan mangkuk kosong, dan untuk nampak lebih bermakna, aku lukis le apa2 yang aku rasa sesuai. Alhamdulillah, mereka terima hadiah aku dan paling gembira mereka masih ingat aku, hehhe,(walaupun hrga mug dan mangkuk tu hanya rm2) yelakan kalau murid ingat cikgu tu benda biasa, tapi kalau cikgu memang jarang ingat murid, lagi2 kalau dah bertahun2 pulak tinggal kan sekolah, lagi pun banyak lagi murid yang dorang nak ingat nama kat dalam sekolah tu, hahha. Apa2 pun, perkara biasa kalau, murid benci cikgu atas sebab cikgu rotan dan denda pelajar, tapi kadang2 masa dibangku sekolah kita xpernah berfikir pasal kebaikan rotan dan denda tu. Bila dah habis sekolah baru sedar benda2 tu semua amat bermakna.

Cikgu Norzaini Bt. Adnan
- Guru kelas 1 Mawar 1997
- Subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni

Ini adalah guru kelas pertama aku. Beliau mengajar subjek BM dan Seni. Suara beliau sangat nyaring bila mangajar, kalau nakal sikit kami semua akan dicubit. Hadoi. Hobi beliau yang aku tau, beliau nie minat mengumpul setem, banyak setem2 lama dan baru yang beliau kumpul, geram pulak aku tengok setem2 beliau, rasa cam nak beli je semua setem kat beliau, hehhe.

Cikgu Norhanizah Bt. Basir
- Guru kelas 2A2 1998
- Subjek Bahasa Melayu dan Matematik

Cikgu aku nie kira golongan kurang upaya jugak la. Walaupun beliau nie kurang upaya, tapi tidak mematahkan semangat beliau untuk berkhidmat sebagai seorang guru. Beliau jugak adalah cikgu pertama yang memanggil nama ku dengan panggilan 'Azim.

Cikgu Nor Aziella Bt Hussein
- Guru Kelas 3A2 1999
- Subjek Bahasa Melayu dan Matematik

Yang cikgu nie pulak, beliau nie seorang yang serius, payah nak tengok beliau senyum. Bila murid2 nye buat silap sikit, mula la asyik nak marah je, mulut xhenti2 membebel, kalau keje math xsiap, abis ar kena cubit. Kadang2 sampai terkopek kulit dowhh.

Cikgu Ariza Bt. Shahabuddin
- Guru kelas 4A2 2000
- Subjek Kajian Tempatan

Ini pulak Cikgu yang bagi aku dulu adalah guru kelas yang paling garang. Beliau mengajar subjek KT. Pernah sekali, sorang murid beliau budak kelas aku gak, kena baling kapur dan kadang2 beliau akan baling pemadam papan hitam kalau xbagi tumpuan masa beliau mengajar. Kadang2 beliau mengajar kitorang subjek Sains gak itu pun kalau2 cikgu Sains kitorang cuti atau ada masalah lain.

Cikgu Rohaznira Bt. Abdul Hadi  / Ustaz Hafez bin Baharuddin
- Guru kelas 5 Amal / 5 Iman 2001
- Subjek Matematik / Agama Islam

Cikgu Rohaznira nie guru kelas aku yang paling melecehkan, sebab apa aku kata leceh, beliau suka soal murid2 sifir sebelum nak keluar rehat atau pun sebelum balik. sape2 dapat jawab boleh rehat atau pun boleh balik dulu. Perghh aku nie dah le bengap math, hahha. Ustaz Hafez nie pulak guru kelas aku lepas aku diturun kan kelas. Halamak kena turun kelas pun sebab result exam pertengahan tahun aku teruk, time tu sape periksa no 25 ke bawah akan diturun kan kelas. Aku pulak ngam2 je pekse nombor 25, cehhh. Xpasal2 je dapat guru kelas lelaki, hehhe. Tapi ustaz Hafez nie best, sebab beliau nie pada mula nya suka melawak, tapi lama jadi serius sikit, orang kata beliau jadi cam tu sebab terkena buatan orang, wallahualam.

Cikgu Mohd Nazri bin Abd. Khalid
- Guru kelas 6 Berkat 2002
- Subjek Bahasa Melayu dan Matematik

Cikgu lelaki kedua dalam sejarah guru2 kelas aku, hehhe. Cikgu nie mula2 aku tengok serius gila, tapi sebenar nye xde la serius mane, kalau masuk kelas, ada je lawak2 xmasuk akal yang beliau buat. Lagi satu, aku xpenah nak faham tulisan beliau, cakar ayam mengalahkan doktor, hahha.

Cikgu Badariah Bt. Abdullah
- Guru Kelas 1KM2 2003
- Subjek Sains

Cikgu Badariah, nama dah macam guru besar, ermm orang nye pun besar, harta pun besar. Umur beliau masa jadi guru kelas aku dah jangkau 41 tahun tapi masih belum mendirikan rumah tangga. Watak beliau sempoi, seorang yang sangat profesional.

Cikgu Hawyah Bt. Ismail
- Guru kelas 2KM1 2004
- Subjek Bahasa Melayu

Lembut je orang nye. Suara mendayu2 je, mengajar Bm, tapi kalau orang xkenal orang akan ingat beliau mengajar agam islam, sebab pakaian macam ustazah. Beliau sangat memahami murid2 nye.

Cikgu Jamaliah Bt. Ahmad
- Guru Kelas 3 Teknik 2 2005
- Subjek Bahasa Melayu

Cikgu aku yang sorang nie seorang yang xreti nak marah. sentiasa cool. Kalau marah pun beliau akan kawal kemarahan beliau dan sentiasa bersabar.

Cikgu Redzwan bin Abd. Rahman
- Guru kelas 4 Teknik 1 2006
- Subjek Matematik

Cikgu berjanggut aku yang pertama dalam sejarah. Muka serius mula2. Nampak garang je. Tapi memang garang pun. Walaupun beliau garang pelajar2 beliau sentiasa menghormati beliau.


Cikgu Redzwan bin Abd. Rahman
- Guru kelas 5 Teknik 1 2007
- Subjek Matematik

Encik Redzwan menjadi guru kelas aku buat tahun yang kedua, tahun nie memang mejoriti subjek2 kitorang cikgu yang mengajar xde pertukaran. So kitorang pun dah serasi dengan cara cikgu2 nie mengajar.


Tak lupa jugak hari guru nie bukan khusus kepada cikgu2 sekolah je, siapa yang bergelar pendidik, maka itu adalah guru, so selamat hari guru nie xterkecuali aku ucapkan kepada, pensyarah2 jabatan Perfileman dan Animasi Digital, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, sir fariz, en. hanafi, en. fadzly, en. azam, en. shahrizam, pn. azura, cik sufinaz, cik marlia, pn. najihah, cik subriena dan pn. aisyah. Xjuga dilupakan, guru2 Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia yang pernah mengajar aku, antaranya, ustaz nazri, ustaz azrul, cikgu khairuddin dan cikgu izzuden,

Aku bukanlah seorang pelajar yang femes, aku juga bukan lah seorang pelajar yang pintar, tapi cukup sekadar aku menghormati guru2 ku. Kerana aku percaya, walaupun kita xseberapa femes xseberapa pintar, insyaAllah restu dan keberkatan menghormati guru itu akan menjadikan kita seorang yang femes dan seorang yang pintar mengharungi masa hadapan. Alhamdulillah kini aku mulai merasa kebenarannya. Terima kasih cikgu..!

Selamat Hari Guru 2013



Tuesday 14 May 2013

Mimpi Muncul Ke Realiti


Pindah

Pada Disember 2001, masa tu aku budak2 lagi, baru 11 tahun. Bapak aku telah mengejutkn seisi rumah tentang perpindahan beliau ke Pulau Pinang. Bapak aku ditugaskan untuk menjaga cawangan pejabat disana (kira bos besar cawangan ler). Masa tu aku dan adik beradik semua buat muka xsyok je. Yela dah seronok tinggal kat kawasan ulu nie, mana xnye, dari tadika sampai ke darjah lima, kawan2 pun dah ramai kat ulu nie. Walaupn tempat tinggal aku nie kat ulu, tapi Ulu Yam nie xde la ulu sangat, nama je ulu, tapi boleh dikategori kan kepada pinggir bandar yang sedang pesat membangun. Kemudahan lain, dekat dengan KL, Genting, jalan utama ke utara, ke pantai timur dan ke Selatan, Sungai2 pun free, besepah kot, air terjun ada, sungai cetek, dalam, deras, macam2 lagi la. Ape la aku membebel panjang lebar nie, aku bukan nak citer keindahan tempa aku nie. Ok kembali ke topik asal. Sebelum pindah, kitorag sekeluarga carik rmah sewa dlu kat sana. Yela xsempat nak cari awal, sebab bapak aku pun dapat surat pertukaran pun lewat. Bulan 12 biasala budak2 sekolah cuti panjang kan. So kitorang pun bekampung le kat Penang lebih kurang 2 minggu nk carik rumah. Office bapak aku di Seberang Jaya, Mula2 carik rumah yang dekat2 dengan office, ok la rumah ok, 2 tingkat, sewa 400 sebulan, tapi tangga reput, bilik air bocor, pintu belakang xde, ape ke pelik la rumah xde pintu belakang, sebab xde pintu belakang, rumah nie teres dan berkembar depan belakang, entah ape pesen rmah ler cam nie, kalau belaku apa2 kecemasan sumpah aku cakap susah. Pastu carik lagi rumah disekitar Seberang Jaya tu, kebanyakan appartment, dan mak aku memang anti appartment, flat dan kondo, dah tu pulak sewa agak melampau, biasa la kan, hehhe. Semetara jumpa rumah, kitorang menginap di Safira Country Club di Seberang Jaya, betul2 dekat dengan opis bapak aku. Time hari terakhir kami sekeluarga menginap kat situ, aku didatangai sebuah mimpi yang aneh (ok baru nak masuk tajuk). Mimpi nie sangat aneh lagi pelik (yang pasti nie bukan mimpi akil baligh ye!), peristiwa dalam mimpi tu, aku berada disebuah sekolah baru dan suasana yang baru, time dalam mimpi tu aku pakai baju sekolah cam biasa la, pastu aku berdiri di depan pintu kelas yang xbernama. Yang menambahkan lagi keanehan aku apabila dalam kelas hanya ada seorang budak perempuan je, budak lain xde. Dah tu pulak budak perempuan tu tengah menulis helaian demi helaian muka surat dalam buku latihan panjang. Aku xnampak dengan jelas muka budak tu, yang pasti jelas, budak perempuan tu bertudung labuh, kulit putih halus, baju kurung sekolah warna kuning. Entah cam mana, tetiba je mimpi pelik tu hilang. Mungkin beberapa jam lepas mimpi tu hilang, aku terjaga dari tidur. Kepala xpening pun, cuma otak nie mula terpikir, sape laaaaa budak pompuan tu, dan ape hey nye dia datang dalam mimpi teman. Teman xkenal pun dan xpenah pulak nampak kat mane2.

Januari 2002

Ok kitorang satu family dah dapat rumah sewa kat area Kepala Batas, Seberang Prai, Penang, ala kat kampung Pak Lah, PM ke 5 tu. Kawasan nie sumpah aku cakap lagi ulu dari Ulu Yam. Seriously aku cakap, ada beberapa yang menarik kat kepala batas nie, pekan nye besar, barang2 sangat murah, yang paling best ada kompleks sukan pastu sekolah dekat dengan rumah. Tapi yang xbest nye, nak keluar ke town sangat jauh, kalau shopping baju sekolah or shopping raya, bagi aku xbanyak choice sangat, kadang2 kitorang pun akan turun KL gak kalau nak beli barang2 sekolah dan barang2 raya. Yang nie citer pasal kelebihan dan kekurangan tempat baru. Tapi sekarang semenjak Pak Lah jadi PM, Kepala Batas habaq hang dah maju tu, hehhe. Bila dah tiba bulan Januari nie, mula la sekolah, paling bosan bila sekolah kat tempat baru, adoi, nak kena carik kawan baru, nak kena selesa kan diri dengan orang2 baru dah tu loghat pun beza gak tu, cam kita Engkau yang dorang pulak Hang, yang aku tau kat Melaka je ada Hang, tapi kat utara nie lagi belambak2 Hang, hahha!. Biasa la bila dah jadi murid baru nie, kena la jadi femes sikit nak kena introduce diri kat budak2 kelas dan cikgu2. Ishh, aku nie dah le penyegan, hehhe. Ok la time mula2 intro diri kat depan kelas, agak goyang gak, dah macam kena jawab soalan math pulak rase nye, hahha. Aku pun kenal kan la diri aku nie, nama, asal dan sekolah terdahulu. Boleh pulak dorang gelak kan nama sekolah aku (Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu), ok aku akui sekolah aku ada nama ULU tu, tapi bagi aku sekolah aku jauh lagi modern nak dibandingkan dengan sekolah dorang nie, katin dah le kecik, padang xde, hahha, nak main bola pun xde feel dowh. Ok2, maaf, abaikan semua tu, aku xbermaksud nak kutuk2 sekolah baru aku nie (Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam), sebabnye sekolah nie dah banyak melahirkan insan2 harapan yang cemerlang, sebagai contoh sekolah nie adalah sekolah Pak Lah mendapat pendidikan awal beliau. Satu lagi kebanyakan member2 aku kat sekolah nie, lepas UPSR semua dah bertempiaran masuk sekolah asrama penuh, dan kini ramai yang sedang lanjutkan pelajaran ke oversea dengan kursus pilihan yang gempak2 (cuma aku je yang biasa2, hehe) Berbalik ke cerita asal, lepas aku dah kenal2 kan diri kat depan kelas, aku pun ape lagi nak cepat2 la duduk kat tempat aku (dah le duduk kat belakang, banyak la langkah nak sampai ke belakang tu, hadoihh). Sebelum aku gerak nak ke tempat aku, aku sempat terpandang sorang budak perempuan nie, budak perempuan tu SERIUS aku cakap SEBIJIK cam dalam mimpi aku. Time tu dia tengah menulis tapi kedudukan nye xsama macam dalam mimpi tu, warna kulit sama, cuma warna baju je lain, tudung labuh pun sama, ishhhhhh lagi la aku betambah pelik.

Alam Sekolah Menengah

Buat pertama kali nye aku berseluar hijau ke sekolah, hehhe, dah pom wan. Sebabkan result psr aku xde la bagus mane, cuma belambak B je, pastu ada la C sebatang. Sekolah menengah aku dekat dengan rumah, jalan kaki je, 10 minit sampai, hehhe. Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi Kepala Batas, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, tu la nama lengkap sekolah aku. Serius aku cakap, sekolah menengah nie best, xmacam sekolah rendah. Masa sekolah menengah aku aktif dalam sukan olahraga dan hoki, untuk badan beruniform pulak aku melibatkan diri dalam unit beruniform PKBM Udara, tapi kelab persatuan agak bosan, aku terpilih pulak kelab bahasa inggeris, hahha. Waktu form 1, xbanyak cerita best sangat, ye la bar first year jadi budak seluar hijau, jadi xbanyak keje gila la yang boleh buat, kena baik2 je la kan, hehhe. Tapi paling best time form 1 nie, masa exam akhir tahun, pertama kali nye ak dapat nombor 1 dalam kelas, perghhh, agak bagga, eas tu apa lagi tntut le janji yag mak bapak aku penah janji dulu, bile tuntut xdapat pulak. Bila dah xdapat aku mula tekad untuk belajar dan xmengharapkan apa2 balasan. Sampai sekarang, aku xpenah mintak balasan dengan apa yang dah aku buat (mungkin sebab tu kadang2 bende yang sepatutnye aku dapat aku xdapat, adoi). Dah form 2 aku rasa semakin selesa tinggal kat negeri orang nie, yela kan, member2 pun dah ramai, dorang semua baik2, kaki study tapi bukan nerd, kira balance la, time main dorang main, time belaja dorang belajar. Satu hari, aku nak turun ke pejabat sekolah, kelas aku betu2 kat atas pejabat sekolah, masa nak turun kat tu aku terusha kelas sebelah (kelas tingkatan 2 Aliran Agama), ye la kan dah ada mata, xnak tengok pun jadi tertengok walaupun sesaat kn, hehhe. Aku terpandang budak perempuan yang satu kelas dengan aku time darjah 6 dulu. Kali nie serius aku cakap, cara dia sebijik, saling xtumpah macam kedudukan dalam mimpi yang aku alami tu. Walaupun mimpi tu dah 2 tahun berlalu, tapi masih melekat kat otak aku nie. Disebab kan masa nie aku masih budak2 hingusan, so xde la rase nak try ke hape kan, hahha.

Kembali Ke Ulu Yam

3 tahun aku dan family menetap di negeri utara tanah air, mula2 pindah dulu rase xsyiok, tapi bila dah 3 tahun dah rasa seronok pulak, rasa cam xnk balek Selangor, hahha. Tapi apakan daya, ibu pejabat dah menyeru bapak aku untuk kembali berkhidmat kat Kuala Lumpur.  Ok la xde hal, yang penting aku berharap sangat dapat satu sekolah dengan kawan2 seperjuangan aku time sekolah rendah dulu. Tapi disebab kan kami sekeluarga pindah secara drastik dan terburu2, jadi persiapan pertukaran sekolah tu jadi agak kelam kabuik sikit. Asku tidak di terima untuk didaftar kan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali atas sebab pihak PPD memaklumkan kuota telah padat, jadi aku di daftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor Batang Kali. Huhh, berpeluang la satu sekolah dengan kawan2 lama aku. Xpe la,  terpaksa la jadi budak baru lagi, kenal kan diri, kenal selok belok sekolah, kenal cikgu2, hadehh, hehhe. Aku start pindah dan sekolah kat Batang Kali masa aku form 3, kiranya ambik PMR kat Batang Kali le. PMR aku agak cemerlang walaupun aku nie malas study, akibat malas study 8B dah memadai untuk bekal ke form 4, hahha. Aku tamat kan zaman sekolah form 5 di Sekolah Syed Mashor nie, SPM aku xde la gempak, yela bdak malas study, orang suma sebok2 bace buku, pegi tusyen sana sini, aku boleh lagi main badminton, tengok tv, tido dan sebagainye, memang haram la nak tengok buku, sampai kan time esok nak exam pun aku bleh lagi tengok tv dan lepak2 cam orang xde masa depan. Sampai mak aku pun dh xtau nak bebel ape lagi, kadang2 tu bebelan mak aku nie, aku rasa macam aku akan gagal dalam SPM, yela bak kata orang kata2 ibu tu doa yang makbul. Xsalah aku akhir bulan 3 2008, result SPM kuar, mula2 mak aku nak ikut sekali ambik result aku, tapi aku cakap xyah la, yela takut kena bebel lagi, hehhe. So aku ambik keputusan tu dengan member baik aku time tu, Syazwan Roni atau pun awe, sekarang nie dikenali oleh awe stimboat, hehhe. Masa ambik result tu, biasa la, cam nak tercabut jantung, hahha. Bila dah dapat result, aku rasa cam nak pitam je, mane xnye, tetiba je aku boleh dapat 3A, hahha. Satu sabjek aku dapat B3, sikit lagi nak dapat A2, ishh rugi, kalau xdpat la aku bekal kan 4A untuk tunjuk kat mak bapak aku, hehhe. Tapi macam yang aku jangka, subjek math dan add math aku gagal, dan sememangnye aku xterkejut pun, sebab aku memang lembab math, kahakahkahkahkahkah!. Yang aku xjangka, aku menjadi pelajar SPM terbaik untuk kertas pendidikan seni, padahal akubudak akaun, cam ne pulak budak2 seni xboleh jadi yang terbaik, ermmm agak pelik. Tapi bile dipikir2 kan balek, xde yang pelik pun, sebab kreativiti yang Allah bagi nie, bukan semua orang ada ye x, so aku amat bersyukur.

Sambung Balajar

Walaupun keputusan SPM aku cemerlang, tapi aku gagal menempatkan diri ke UiTM, kerana, subjek matematik aku gagal, hahha. Time tu baru le aku rasa menyesal sebab terlampau bangang math kan. Bila dah xdpat masuk U, so aku patah harapan la nak carik tempat2 lain, so melepak je la kat umah, beberapa minggu lepas tu, aku dapat tawaran KUIS untk kursusu multimedia, aku tolak atas sebab nasihat mak bapak aku gak, Pastu aku dapat macam2 tawaran lagi, tapi kebanyakan nye semua swasta, bayaran pun confirm2 mahal yex. Lepas tu aku dapat tawaran KPTM kat Ipoh, yang nie pun bidang multimedia gak, bapak aku dah bayar deposit 2000 ringgit rasa nye, tapi terpaksa burn kan duit tu sebab ada tawaran yang lagi baik aku terima. Aku muktamat menjadi pelajar Perintis di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau. Time nie jumlah pelajar dalam 80 orang je, maklum la, first batch kan. Aku melanjutkan dalam bidang Diploma Filem dan Animasi Digital. Seriously aku sebenarnye xde cita2, dan aku xpernah pikir pasal cita2, bila dah mula belajar kat kolej nie, baru la aku nampak masa depan aku yang cerah, hahha. Masa Semester 1 agak bosan xde bende sangat nak buat, yela orang xramai, balek2 muka tu je yang ada, hahha. Masa aku semester 3, mimpi lama berulang lagi, aku xtau apahal mimpi nie datang balek lepas hampir 9 tahun aku xmengalami mimpi aneh tu. Mimpi tu masih xberubah, sama je cam dulu, aku nampak budak perempuan tu menulis, tudung labuh, baju kurung warna kuning, muka still xnampak. Tapi bila aku sedar dari tidur, aku teringat balek budak perempuan time aku sekolah Penang dulu, memang rupa perempuan dalam mimpi tu kalau di match kan dengan budak perempuan member Penang aku tu, serius sangat sebijik, bentuk xlari seinci pun. Time ni memang aku agak pening, mana xnye, dah 9 tahun kot mimpi tu xmuncul, tetiba boleh pulak muncul buat kali ke 2 dalam tempoh masa yang agak lama. Satu hari tengah2 malas buat assignment, aku online la kat hostel. Time tu rasenye pukul 9 malam kot, tengah2 bosan try2 la carik balek member2 time sekolah Penang dulu. Jumpa la beberapa orang, ada yang muka berubah, fizikal berubah, hahha, macam2 la.  Last2 aku jumpa budak perempuan yang sebijik dalam mimpi aku tu dan add la friend kan, hehhe. Bila dia approve, dan2 la aku try ingat kan dia. Rupanye dia kenal lagi la kat aku, ermm ok la tu. Boleh kata tiap2 hari le chat, citer pasal citer zaman sekolah la apa la, macam2 lagi la. Disebab kan beliau nie seorang yag agak sopan, so aku pun automatik ler segan, kena la jaga bahasa bagi sopan santun siket, hehhe.

2011 - 2013

Januari hingga Jun 2011 aku praktikal kat Media Prima Berhad, aku berkhidmat di stesen TV3 dan TV9. Masa praktikal aku ditugas kan sebagai editor untuk program Soccer Kids 3, Makan Angin tv9, dan selain editor aku ditugaskan sebagai, production assistant dan second cameraman untuk soopa doopa. Keja jadi editor ni memang memenatkan, boleh kata tiap2 hari aku balek pukul 3 ke 4 pagi huhh, kalau time shooting lagi ler, memang aku sorang xtidur, macam2 keje kene buat, huhh. Satu hari si wanita nie (ermm dah dewasa, tukar ke wanita la yer, xkan nak guna title budak perempuan pulak ye x, hehhe), beliau, buat first time nye send mesej kat aku, tanye pasal animasi 3D. Huhh, pelik gak aku, apahal pulak kan sebab xde kena mengena kot dengan kos dia. Xpe la, aku layan kan je. Tahun 2012, aku pun xingat bila aku dapat mimpi pelik nie tapi yang pasti dalam tahun 2012 ler. Aku mimpi wanita tersebut datang dalam bentuk berlainan, makne nye bukan dalam keadaan menulis lagi la, kira yang nie mimpi baru la pulak, hahha. Pakaina nye pun dah lain, tapi masih bertudung labuh, kali nie berseluar agak lebar, t-shirt muslimah lengan panjang, warna tudung hijau, bajuaku xingat warna apa tapi ada campuran maroon, dan seluar hitam, berkasut dan berstokin. Yang bertambah pelik lagi mimpi kali nie, beliau datang ke rumah aku, whattttt!!!!!!!!! datang ke rumah aku, ape kehe nye yop!?. Beliau hanya datang dan memerhati gelagat adik2 aku kat halaman rumah. Aku sedar2 dari mimpi, jam lebih kurang pukul 4 pagi. Memang pelik dan sangat pelik.  tebaru bulan Mei 2013, sekali lagi aku mimpi wanita tersebut, kali ni berlainan tempat dan cerita. Dalam mimpi tu beliau hanya tersenyum, pakaian nya macam biasa, bersopan dan menutup aurat dengan sempurna. Pening, penig dan pening, aku xpernah pikir apa2 pun pasal mimpi pelik nie sebelum nie. Malas nak pikir, tapi semakin malas nak ambik tau, macam2 ada sesuatu je yang mimpi tu nak sampai kan, tapi aku xdapat lagi jawapan nye. Satu hari, peristiwa nie berlaku jumaat lepas, 10/5/2013, berlarutan sehingga 12/5/2013, beliau minta prtolongan untuk ajar nye photoshop. Ok la walaupun agak sukar nak ajar orang melalui fon tapi aku try la. Lebih 90 mesej memenuhi inbox dan lebih 20 mesej memenuhi email. Akhirnye siap gak keja beliau dan nampak nye dia dah mula boleh mengendalikan photoshop sikit2. Ok la tu, kira aku berjaya la kan memahamkan beliau. Bila dah lama bermesej2 nie, xkan pulak aku nak tipu diri aku pulak kan, honestly aku selesa mesej dengan beliau mengenai bende2 berkaitan perkongsian cam nie kan. Sebab aku nie jenis suka layan mesej2 mengarut yang xtentu hala, bila dapat layan mesej yang berfaedah cam nie aku rasa, ok la xde la mesej kosong je kan.

Kalau dulu aku xpercaya pada mimpi, bagi aku mimpi tu maina tidur je, tapi bila mimpi pelik cam nie datang, aku rasa maam ada sesauatu yang aku perlu tahu mengenai maksud mimpi aku nie, mungkin lepas nie aku kena rajin kot buat solat istikarah, mohon petunjuk, hahha. Dulu aku penah citer kat aku bapak aku, pastu mak aku cakap, JODOH kot, cehhh, susah nak caye, nak caye cam ne, sebab mimpi nie first time aku alami masa budak2, xkan awal sangat petunjuk jodoh tu kot, ishhhhh, bagi aku mengarut je la. Tapi bila mimpi yang sama datang buat kali ke 2, aku rasa cam caye xcaye je. Yela bila aku dah match kan betul2 rupa perempuan dalam mimpi aku tu dengan si beliau nie, serius sama, xberubah sikit pun, so aku confirm, perempuan dalam mimpi tu beliau. Lepas keyakinan aku mengenai rupa perempuan dalam mimpi tu dengan alam nyata nie, baru la dua mimpi baru tu menyusul. Rasa macam susah nak caye, dari xpenah kenal dan xpenah jumpe, cam mana boleh muncul dalam mimpi pulak, last2 boleh pulak jumpa, dah tu sebijik pulak cam dalam mimpi tu. Sukar nak percaya apabila Mimpi Muncul Ke Realiti.... Allahuakbar, hanya Allah saja yang mengetahui.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.” 

(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).


Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”
(Surah al-Fath ayat 27).


Tuesday 7 May 2013

Ingin Berkahwin Vs Perlu Berkahwin

Errrrrrrmmm ehheermmmm.. aduhh sakit plak tekak nie. Dah lama aku xpost cerita2 brkenaan islamik nie.. Zaman muda mudi dulu tu selalu gak la kan post2 berkaitan nasihat, keagamaan, hadis2, cerita2 motivasi, tapi semenjak dah aktif keluar malam nie, kehidupan jadi liar sikit, mungkin sbab tu post2 berkaitan keagamaan aku dah makin berkurangan. Kadang2 ada gak betul kata orang2 tua jadi kutu malam nie xbagus nanti dapat sakit. Mula2 aku xfaham pun apa makna penyakit yang orang2 tua selalu cakap tu, tapi sekarang aku mungkin dah tau. Penyakit yang aku tengah hidap akibat dah kerap sangat keluar malam cam nie la contoh nye, dah pandai melepak, dah pandai habiskan duit dekat bende2 xpenting, dan macam2 lagi. Umur makin lama makin meningkat, ramai member2 dah kawin, yang dah ada anak pun ramai, yang aku nie camne nak kawin, duit pun xde lagi, baru simpan 2-3 ratus, lebur cam tu je, kadang simpanan zero, habuk pun xde, citer dengan orang buang masa je, orang xkan percaya, hehehe. 
Ok la aku bukan nak bebel pasal bende2 entah apa2 nie, tapi bila dah bukak citer bab kawin nie atau ejaan yang betul nye kahwin, terkarang la sebuah artikel secara tiba2 di otak aku yang tengah bosan nie. perkahwinan tu kata orang bukan benda yang boleh dimain2 kan, banyak benda yang kena fikir sehabis baik. Ketika kita membuat nekad untuk berkahwin, wajarlah kita membuat keputusan dengan beberapa 'purpose' atau tujuan. Adalah mustahil seseorang yang bangun pagi tiba-tiba terkedu;
'eh nak kahwin laa hari nih'.
'Kahwin hari ni, nak buat ape ye..?'
Sesungguhnya kahwin bukan lah untuk sehari dua, tetapi untuk seumur hidup. Pasangan yang akan kita bawa insyaAllah destinasinya adalah hingga ke syurga. Dari pasangan itulah kita sempurnakan fitrah kehidupan kita. Memenuhi tuntutan nafsu yang dihalalkan agama untuk zuriat yang mendoakan kita apabila kita sudah meninggal dunia nanti. Jadi, kita mesti ada alasan yang kukuh kenapa kita hendak berkahwin, dan kenapa kita perlu berkahwin.
Semua setuju dengan tujuan perkahwinan yang signifikannya adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup, tuntutan fitrah manusia, sebagai kesinambungan generasi, tuntutan sunnah nabi dan sebagainya. Namun setiap manusia pastilah mempunyai 'alasan tersendiri' mengapa dia ingin berkahwin dan perlu kepada sebuah perkahwinan.
Ingin  Berkahwin Vs Perlu Berkahwin
Ingin dan perlunya kepada sebuah perkahwinan adalah dua perkara yang berbeza. Semua orang ingin berkahwin, tetapi inginkan sebuah perkahwinan bukanlah menunjukkan kepada perlunya sebuah perkahwinan. Analoginya umpama mengapa kita terasa ingin untuk makan? Sudah tentulah kita ingin makan mungkin adalah kerana kita berasa lapar, aatau kerana makanan yang kita lihat itu terasa sedap atau kerana makanan tersebut adalah makanan kegemaran kita. Namun, apabila kita mempersoalkan mengapa kita perlu makan, maka jawapan yang paling tepat ialah kita perlu untuk makan untuk hidup.
Maka seharusnya perlu bijak berfikir dan membezakan dengan betul, kenapa kita ingin berkahwin dan kenapa kita perlu berkahwin.
Apabila kita ingin berkahwin, selalunya kita akan cenderung kepada memikirkan perkara-perkara yang lebih kepada keseronokan dan menarik sahaja di dalam perkahwinan. Justeru, tidak lah mustahil orang yang memikirkan hanya 'ingin berkahwin' mudah untuk kalah di dalam mengawal nafsu dan pertimbangan rasionalnya mudah dikaburi. Umpama seseorang yang ingin berkahwin untuk suka-suka atau sebab sangat-sangat cintakan si dia, maka demikianlah juga 'perjalanan' perkahwinan yang bakal dihadapi nanti, akan lebih ke arah keseronokan semata-mata.

Namun, seseorang yang memikirkan perlunya berkahwin, pemikirannya lebih bermatlamat, matang dan halatujunya kepada sebuah perkahwinan. Walaupun kadangkala fikirannya tersasar ke arah 'nafsu' namun ianya dapat dilandaskan semula kepada matlamat perkahwinan itu sendiri.  Dengan adanya pemikiran yang bermatlamat, akan membawa kepada siapa yang wajar untuk kita kahwini. Gadis sepertimanakah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak kita. Suami manakah yang akan menjadi pemimpin dalam keluarga kita nanti.
Bersedia Vs Belum Bersedia
Ramai yang akan bertanya, adakah umur dalam 20-an itu terlalu muda untuk berkahwin? Jika era ini, mungkin ramai yang akan berpendapat usia dalam 20-an itu adalah terlalu muda untuk sebuah perkahwinan. Jika ditanya kepada generasi veteran, mungkin ada yang berpendapat dengan berkahwin dalam lingkungan umur demikian agak sedikit 'terlewat', dan mungkin ada juga yang berpendapat ianya umur yang sesuai untuk berkahwin.
Apapun, berkahwin muda atau tidak bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjang-panjangkan kerana awal atau lambat adalah termasuk di dalam taqdir seseorang hamba tersebut. Ianya telah pun ditentukan oleh Allah SWT dan telah pun tertulis sejak azali lagi. Persoalannya adalah sama ada seseorang itu terlah bersedia atau belum untuk menuju fasa seterusnya.
Sekiranya seseorang itu memilih untuk berkahwin pada usia muda, maka seharusnya memikirkan dengan mendalam persoalan mengapa perlunya perkahwinan itu berlaku. Jika sekiranya perkara tersebut tidak difikirkan sebaik mungkin ianya adalah tindakan tidak matang dikala usia muda.  Sebagai contoh ingin berkahwin kerana 'Impulsive behaviour' atau 'external pressure' saat melihat sahabat-sahabat yang lain telah berkahwin seorang demi seorang  sorang demi sorang kahwin (terutamanya muslimat).

Kesimpulannya, jika kita melangkah ke fasa seterusnya, dari bujang kepada hidup berumah tangga maka perlulah ditanyakan diri sendiri mengapa perlunya kita berkahwin. Hadamkan lah soalan untuk kita fikirkan, kenapa perlunya perkahwinan itu berlaku. Sesungguhnya, dalam lautan manusia di bumi Allah ini kita memilih untuk mendamba hidup pada hanya seorang sahaja.  Tidak bosan kah? Tidak jemu kah? Tak mual kah? Menatap wajah yang sama saban hari selama bertahun-tahun. Mungkin persoalan itu bakal terjawab bila sudah mengalami sendiri pengalaman tersebut. Mungkin itulah kuasa cinta yang disandarkan kepada Allah yang perlu dirungkai dialam perkahwinan nanti. Dan itulah hikmah penciptaan Allah.
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."
(Surah ar-Ruum ayat 21)
Semoga Allah mengurniakan sebuah rumah tangga yang penuh keberkatan, bersama isteri dan anak-anak yang soleh.
"Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa, Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang yang muttaqin."
(Surah al-Furqan ayat 74)

jadi sekarang korang dan aku sendiri akan mula berfikir tentang ingin ataupun perlu untuk berkahwin. kawin ni pun macam pilihanraya gak, anda berhak memilih dan berusaha tapi ingat jangan lupa sentiasa memohon petunjuk Allah untuk mendapat jodoh yang terbaik. :)