Wednesday 3 April 2013

1 April 2013



1 April 2013 merupakan AprilFOOL yang sangat membebankan aku. Malang bagi aku, external hardisk office aku rosak. Dalam tu dah le belambak2 keje aku yang sebelum nie. Huhh, dah tergerak hati aku pada malam sebelum nye  nak transfer data2 dan folder2 kat dalam komputer kat rumah, tapi memandangkan esok nye 1 April hari isnin, aku ingat baik transfer kat komputer office je, sebab tu kerja office (xde la menyemak komputer peribadi aku). Last2 sampai je office, dah buat hal, penyambung cable pada external patah (bende memang lama dah longgar), langsung xboleh nak bukak file2 yang ada. Huhh, gila xbengang, sekali ada pulak amendment pada design minggu lepas yang nak kena repair, perghh mau xtension aku, kena model balik segala macam design yang dorang nak ubah tu (nasib baik aku nie pekerja yang cekap, setakat bende2 remeh nie, xde hal la kan, cuma membazir masa aku je la).

1 April juga mungkin merupakan satu hari yang bersejarah bagi office aku. Apa yang sejarah sangat ?. Sejarah nye, aku berjaya sekali lagi menaikkan api kemarahan boss aku. sebelum2 nie memang boss aku ada bengang kat aku pun sebab aku lawan dia, lawan pun sebab nak menegakkan bende betul, last2 dia menangis depan aku dan mengaku kebodohan dia, ermmm, tu nasib dia la, sape suruh mengaku bangang (kalau dah tau bangang dengar la cakap orang, bende nie pun untuk kebaikan office jugak). Benda yang menaikkan api kemarahan beliau pada 1 April adalah mengenai kerosakan external hardisk tersebut. Bila beliau tau yang hardisk xboleh guna, beliau dh mula panik sebab client nak secepat mungkin, so beliau pun panggil aku mengadap beliau untuk beri keterangan.


Bos : kenapa dengan hardisk, rosak ?.
Aku : Haah, rosak, cable penyambung dah patah.
Bos : Abis cam ne nak buat, kerja2 xleh bkak dah la ?.

Aku : Xboleh bukak la. 

(sambil buat muka, saje nak bagi beliau menggelabah sikit)

Bos : Abis ape jalan penyelesaian nye ?
Aku : Xpe, rilek je, saya buat balik. 

(sebab bende dah ada, bukan kena create baru pun jadi xde la makan masa sangat)

Bos : Kalau bende dah ada kan senang, xde bazir masa.
Aku : Xpe2 bende sekejap je. lagi pun selalu nye kalau ada amend memang kena buat balik pun kan, masa yang diambil pun sama je.
Bos : Masalah nye sekarang bukan salah aku, client yang mintak ubah !.

(Beliau dah mula marah, tapi aku xpaham apasal beliau melenting bila aku cakap cam tu)

Aku : Eh saya xsalahkan sape2 pun, saya cakap, kalau nak repair pun tetap kne buat balik, jadi xpe la sambil saya repair apa yang nak kena ubah, saya buat la elok2 balik macam yang asal.

Bos : Tapi bukan salah aku dengan marketing !, client yang mintak ubah, jadi xboleh la nak buat apa.
(Aku jadi lagi pening dengan kefahaman beliau terhadap penerangan aku tadi).

Aku : Saya xsalah kan boss, atau marketing, ye saya faham client yang buat keputusan, tapi maksud saya sekarang, hardisk xboleh bukak, so saya akan buat balik design nie, dan ikut apa yang perubahan terbaru yang client mintak. 

(Aku dah mula panas, tapi still kawal enjin baran aku nie)

B : Abis tu sekarang hardisk xboleh bukak, apa jalan penyelesaian nye, dah xde jalan penyelesaian dah !.

(Beliau melenting lagi dan ulang soalan yang sama, kalau korang perasan aku dah jawab kan soalan beliau tadi).
A : Memang la xde jalan penyelesaian sebab hardisk dah rosak, tapi penyelesaian yang ada sekarang adalah, saya buat balik design ni.


(Enjin baran aku dah start, nada suara aku dah mula berubah ke tahap 80km/j dan hampir tekan ke 100km/j - meter kancil aku sampai 160km/j, setakat 80km/j tu boleh selamat lagi beliau, jangan paksa aku tekan 140km/j, mati kau aku kerja kan)
Bos : Apa jalan penyelesaian nye !.

Aku : Saya buat balik la !.

(Aku tertekan 110km/j secara xsengaja sebab aku ingat kan dah masuk highway, hehe)
Selepas perdebatan yang entah apa2 nie, beliau termenung panjang memikirkan jalan yang xde penyelesaian nye. Sambil2 tu aku pun layan je la temenung beliau tu untuk 2-3 minit. Dah cukup 3 minit aku bersuara memecah kesunyian bilik beliau.


Aku : So apa jalan penyelesaian nye boss ?.
(Dengan nada sindir)

Bos : Ko pikir la, dah xde jalan penyelesaian nye dah !.

(Nada bengang lepas dengar sindiran dari aku)

Aku : Apa pulak xde penyelesaian nye, ada. Penyelesaian nye saya buat balik, dah siap karang saya bagi.

(kelajuan baran aku dah turun ke tahap 40km/j)

Bos : ................ (Termenung dan cengkerik xde mood nak berbunyi)

Aku : So, saya boleh keluar la nie, kalau saya duduk lama dalam bilik nie pun bukan boleh siap keje tu ye dak, banyak lagi kerja saya nak kena buat lagi tu, saya keluar dulu la ye.

Bos : Ko nak keluar ?, keluar la.

Aku : Saya keluar ye, ok boss.


(Aku blah sambil senyum kambing je)

Serius, muka beliau memang panas gila, tapi pedulik hape aku, kalau korang bace perbualan aku dengan beliau nie pun korang boleh pikir sendiri la kan. Barang elektronik nie, mana kita boleh jangka sangat, hari nie tengok ok, esok dah rosak, ye dak. Aku tau yang nie salah aku sebab lewat transfer dalam komputer office, sebab aku memang dah agak dah bende nie mungkin berlaku, cuma sebab terlampau busy, so xde masa nak transfer file2 yang bersaiz hampir 1TB tu. Yang buat aku panas, bila korang baca perbualan diatas, aku pelik kenapa jawapan beliau tu menganggap aku nak salah kan mereka dalam amendment yang client bagi, padahal aku xcakap pun dan xsalah kan mereka pun, cuma aku nak terangkan pasal kerosakan hardisk dan ingin bertanggungjawab keatas masalah nie, tu je. Tapi apa yang aku tengok, walau seratus kali pun beliau berdebat dengan aku, beliau xkan menang, selagi beliau xbukak minda beliau, xubah diri beliau, xmahu belajar dari kesilapan, dan xmahu dengar pendapat orang sekeliling. AKU TAK NAK MALUKAN KAU DEKAT DEPAN STAFF2 KAU, TAPI DAH 2 KALI KAU SENDIRI MALU KAN DIRI KAU DIHADAPAN STAFF2 KAU SENDIRI, jadi jangan salah kan aku ye, sekian, TAMAT.




No comments:

Post a Comment