Wednesday, 17 April 2013

Ayam


Ayam - Jalil Hamid

Ayam..
Bermacam ayam
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam
ayam turki, ayam belanda
Ayam Hutan, boleh terbang
Ayam kampung dalamlah reban
Ayam bandar di dalam pasar

Ibu..
Si ibu ayam
Telor sebijik
Riuh sekampung

Kata bidalan, berkaki ayam
kalau makan, ajak-ajak ayam.
Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam
Kalau tak nampak itu rabun ayam

Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng
Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
Makan kepak ayam peha ayam dada ayam
Satu tak boleh makan jangan makan bulu ayam


Ayam Oh Ayam

Hari nie entah kenapa aku nak cerita pasal ayam. Ramai orang Malaysia nie suka sangat makan ayam dan macam2 jenis masakan yang bertemakan ayam kat Malaysia nie. Kalau korang tanye aku, aku memang suka makan ayam, hari tu member aku ade rezeki lebih, dia belanja makan ayamas, agak best gak la rasa nye. Dalam banyak2 ayam, antara MekDi, meriBeraun, Ayamas, Ayamperak, Ayamgangsa, 
Texas, Ayam goreng pasar malam dengan Ayam goreng yang mak aku masak, aku lebih suka ayam Key Ep Si, bak kate iklan tu hingga menjilat jari. Xlupa jugak Chiken Chop pun best gak, hehhe. Adess, bila dah citer pasal makan2 nie rasa lapar la pulak. Ok tujuan tajuk ayam hari nie bukan nak citer pasal makan ayam tapi sekadar saje2 nak imbau nostalgia zaman kegemilangan ayam nie.


Ayam Warna Warni


Ni la ayam warna warni

Korang penah tengok tak ayam warna warni, ermm, maksud aku anak ayam warna warni. Sape2 yang lahir era 80an dan awal 90an, masa kecik2 korang mesti penanh tengok kan kat area pasal malam ke, pasar borong ke atau kedai haiwan, ada jual anak ayam warna warni nie. Serius comel, first time aku tengok ayam warna warni nie time aku umur 4 tahun xsalah aku, masa tu aku ikut mak dengan bapak aku jalan2 kat Kay Ell area mane pun aku xtaw, kat situ la mula nye aku nampak ayam warna warni nie. Masa aku darjah 1 ke darjah 2 dulu, pernah aku mintak nak beli sekor dua ayam nie, tapi mak aku jenis geli anak ayam so xde la beli, bila aku tanye kenapa, mak aku cakap ayam nie time kecik je bulu dia warna warni, nanti dah besar warna dia hilang, jadi cam ayam biasa jugak. Pastu mak aku citer lagi, ayam nie jadi warna warni sebab sebelum ayam nie menetas, dorang masuk kan pewarna dalam telur ayam tu, bila ayam tu dah menetas, jadi la mereka dengan warna2 yang manusia2 kreatif tu dah masukkan.

Dah macam gula2 kapas pulak aku tengok, hehhe

Macam2 warna ada


Ayam Serama


Ayam Serama, tubuh kecik, ekor kembang, badan pendek, dada kedepan, bijik mata selari dengan kaki 

Ayam serama nie pun cun gak, aku masa mula2 tengok ayam serama nie, aku ingat kan ayam hutan, sebab time kecik2 dulu aku ada dengar orang tua2 kata, ayam hutan nie kecik xmacam ayam biasa, ayam hutan nie boleh terbang sebab bandan nye kecik. Kira macam ayam katik la ayam hutan nie, kecik molek comel lote je kan. Tapi ayam serama nie aku tengok lain macam sikit. Rupa dia lagi cantik dari ayam hutan, ekor tegak kembang, badan tegap je, muka comel, kaki pendek, sangat comel. Sekali imbas nampak memang macam burung. Masa kecik2 dulu ada gak minat nak bela ayam serama nie, tapi tu la, famili aku nie jenis xminat nak bela haiwan peliharaan nie. Jadi xpe la, sekarang aku bela ikan je, sebab ikan nie rasa nye xmenyusahkan sangat nak bela, kalau merayap pun merayap dalam akuarium je la, hahahaha. Orang cakap, ayam serama nie kacuk antara burung merpati dan ayam biasa, ada yang kata lagi, ayam biasa dengan ayam katik, apa2 pun orang yang bertanggungjawab mengkacukkan ayam nie adalah orang Malaysia jugak, hehhe, memang keatif la orang2 mlesia nie. 

Ini Burung merpati bukan ayam ye, cuba korang tengok, macam serama kan

Ini lain macam sikit nie, hahha, nie pun burung merpati gak, amacam cantik kan, tapi dada dia kedepan sangat mungkin rajin sangat pegi gym nie, kekekekekeke



Ayam Laga


Amacam bergaya kan ?

Ayam nie kira samseng la, masing2 nak tunjuk hebat, hahha. Dulu jiran depan rumah aku ada bela ayam, macam2 ayam dia bela, tapi ayam serama dengan ayam pelangi tu xde la kan. jiran aku nie dalam banyak2 ayam, sekor ayam dia nie paling dia sayang, alam laga jantan yang dia bagi nama Jaguh. Si jaguh nie memang jaguh la, satu hari jiran aku nie hean, anak ayam beliau asyik hilang je, pastu ada yang mati, ayam2 dewasa pun ada yang mati, dan makin lama makin kurang. Si jaguh nie dia dia asing kan dengan ayam2 yang lain sebab mungkin dikhuatiri begaduh la tu, sebab si jaguh nie memang suka gaduh, serius aku xtipu, asyik gaduh je, ish3, samseng betul. Tapi kesamsengan si Jaguh nie memang dah terbukti, satu hari tu aku nak kuar rumah, tiba2 ada dua ekor anjing masuk rumah jiran aku nie, mungkin kehilangan dan kematian ayam2 yang lain sebab dah kena baham dek anjing la tu. Masa tu si jaguh nie tinggal sekandang dengan ayam2 yang lain (masa nie si Jaguh xdiasing kan macam biasa). Tiba2 2 ekor anjing tu serang ayam2 betina dan anak2 ayam dalam kandang yang serba luas tu. Apa lagi aku pun tengok wayang free la filem aksi terhebat, Si Jaguh VS Anjing. Pergh, terpegun siot aku, sekor anjing lari sebab dah goyang dengan Jaguh si ayam laga nie, dan sekor anjing lagi nak tunjuk gengster lawan dengan jaguh. Dah nama pun si Jaguh, mana kalah kan, serius time tu memang aku nampak jelas, mata anjing tu bedarah, gila la ayam tu memang JAGUH, Bila anjing tu dah kalah dan malu, aku xpernah tengok pulak anjing datang lagi kat rumah jiran aku tu lagi. 


Nampak taji kat belakang kaki ayam tu, selalunye orang2 kaki judi laga ayam nie, akan letak racun kat taji ayam tu, rasa kalau kat kaki Jaguh ada racun, mau tak mati anjing tu, hehhe

Nie ar aktiviti manusia xbertamadun, menyiksa binatang untuk kepentingan diri, sesuka hati je nak main laga2 ayam (kalau ayam tu laga sendiri xpe sebab tu dah lumrah alam, hehhe)



Ayam KFC

Yang nie pulak ayam KFC, hehhe. 

Perghh tiba2 jadi lapar pulak, lama gak aku xmakan KFC nie.






Wednesday, 3 April 2013

1 April 2013



1 April 2013 merupakan AprilFOOL yang sangat membebankan aku. Malang bagi aku, external hardisk office aku rosak. Dalam tu dah le belambak2 keje aku yang sebelum nie. Huhh, dah tergerak hati aku pada malam sebelum nye  nak transfer data2 dan folder2 kat dalam komputer kat rumah, tapi memandangkan esok nye 1 April hari isnin, aku ingat baik transfer kat komputer office je, sebab tu kerja office (xde la menyemak komputer peribadi aku). Last2 sampai je office, dah buat hal, penyambung cable pada external patah (bende memang lama dah longgar), langsung xboleh nak bukak file2 yang ada. Huhh, gila xbengang, sekali ada pulak amendment pada design minggu lepas yang nak kena repair, perghh mau xtension aku, kena model balik segala macam design yang dorang nak ubah tu (nasib baik aku nie pekerja yang cekap, setakat bende2 remeh nie, xde hal la kan, cuma membazir masa aku je la).

1 April juga mungkin merupakan satu hari yang bersejarah bagi office aku. Apa yang sejarah sangat ?. Sejarah nye, aku berjaya sekali lagi menaikkan api kemarahan boss aku. sebelum2 nie memang boss aku ada bengang kat aku pun sebab aku lawan dia, lawan pun sebab nak menegakkan bende betul, last2 dia menangis depan aku dan mengaku kebodohan dia, ermmm, tu nasib dia la, sape suruh mengaku bangang (kalau dah tau bangang dengar la cakap orang, bende nie pun untuk kebaikan office jugak). Benda yang menaikkan api kemarahan beliau pada 1 April adalah mengenai kerosakan external hardisk tersebut. Bila beliau tau yang hardisk xboleh guna, beliau dh mula panik sebab client nak secepat mungkin, so beliau pun panggil aku mengadap beliau untuk beri keterangan.


Bos : kenapa dengan hardisk, rosak ?.
Aku : Haah, rosak, cable penyambung dah patah.
Bos : Abis cam ne nak buat, kerja2 xleh bkak dah la ?.

Aku : Xboleh bukak la. 

(sambil buat muka, saje nak bagi beliau menggelabah sikit)

Bos : Abis ape jalan penyelesaian nye ?
Aku : Xpe, rilek je, saya buat balik. 

(sebab bende dah ada, bukan kena create baru pun jadi xde la makan masa sangat)

Bos : Kalau bende dah ada kan senang, xde bazir masa.
Aku : Xpe2 bende sekejap je. lagi pun selalu nye kalau ada amend memang kena buat balik pun kan, masa yang diambil pun sama je.
Bos : Masalah nye sekarang bukan salah aku, client yang mintak ubah !.

(Beliau dah mula marah, tapi aku xpaham apasal beliau melenting bila aku cakap cam tu)

Aku : Eh saya xsalahkan sape2 pun, saya cakap, kalau nak repair pun tetap kne buat balik, jadi xpe la sambil saya repair apa yang nak kena ubah, saya buat la elok2 balik macam yang asal.

Bos : Tapi bukan salah aku dengan marketing !, client yang mintak ubah, jadi xboleh la nak buat apa.
(Aku jadi lagi pening dengan kefahaman beliau terhadap penerangan aku tadi).

Aku : Saya xsalah kan boss, atau marketing, ye saya faham client yang buat keputusan, tapi maksud saya sekarang, hardisk xboleh bukak, so saya akan buat balik design nie, dan ikut apa yang perubahan terbaru yang client mintak. 

(Aku dah mula panas, tapi still kawal enjin baran aku nie)

B : Abis tu sekarang hardisk xboleh bukak, apa jalan penyelesaian nye, dah xde jalan penyelesaian dah !.

(Beliau melenting lagi dan ulang soalan yang sama, kalau korang perasan aku dah jawab kan soalan beliau tadi).
A : Memang la xde jalan penyelesaian sebab hardisk dah rosak, tapi penyelesaian yang ada sekarang adalah, saya buat balik design ni.


(Enjin baran aku dah start, nada suara aku dah mula berubah ke tahap 80km/j dan hampir tekan ke 100km/j - meter kancil aku sampai 160km/j, setakat 80km/j tu boleh selamat lagi beliau, jangan paksa aku tekan 140km/j, mati kau aku kerja kan)
Bos : Apa jalan penyelesaian nye !.

Aku : Saya buat balik la !.

(Aku tertekan 110km/j secara xsengaja sebab aku ingat kan dah masuk highway, hehe)
Selepas perdebatan yang entah apa2 nie, beliau termenung panjang memikirkan jalan yang xde penyelesaian nye. Sambil2 tu aku pun layan je la temenung beliau tu untuk 2-3 minit. Dah cukup 3 minit aku bersuara memecah kesunyian bilik beliau.


Aku : So apa jalan penyelesaian nye boss ?.
(Dengan nada sindir)

Bos : Ko pikir la, dah xde jalan penyelesaian nye dah !.

(Nada bengang lepas dengar sindiran dari aku)

Aku : Apa pulak xde penyelesaian nye, ada. Penyelesaian nye saya buat balik, dah siap karang saya bagi.

(kelajuan baran aku dah turun ke tahap 40km/j)

Bos : ................ (Termenung dan cengkerik xde mood nak berbunyi)

Aku : So, saya boleh keluar la nie, kalau saya duduk lama dalam bilik nie pun bukan boleh siap keje tu ye dak, banyak lagi kerja saya nak kena buat lagi tu, saya keluar dulu la ye.

Bos : Ko nak keluar ?, keluar la.

Aku : Saya keluar ye, ok boss.


(Aku blah sambil senyum kambing je)

Serius, muka beliau memang panas gila, tapi pedulik hape aku, kalau korang bace perbualan aku dengan beliau nie pun korang boleh pikir sendiri la kan. Barang elektronik nie, mana kita boleh jangka sangat, hari nie tengok ok, esok dah rosak, ye dak. Aku tau yang nie salah aku sebab lewat transfer dalam komputer office, sebab aku memang dah agak dah bende nie mungkin berlaku, cuma sebab terlampau busy, so xde masa nak transfer file2 yang bersaiz hampir 1TB tu. Yang buat aku panas, bila korang baca perbualan diatas, aku pelik kenapa jawapan beliau tu menganggap aku nak salah kan mereka dalam amendment yang client bagi, padahal aku xcakap pun dan xsalah kan mereka pun, cuma aku nak terangkan pasal kerosakan hardisk dan ingin bertanggungjawab keatas masalah nie, tu je. Tapi apa yang aku tengok, walau seratus kali pun beliau berdebat dengan aku, beliau xkan menang, selagi beliau xbukak minda beliau, xubah diri beliau, xmahu belajar dari kesilapan, dan xmahu dengar pendapat orang sekeliling. AKU TAK NAK MALUKAN KAU DEKAT DEPAN STAFF2 KAU, TAPI DAH 2 KALI KAU SENDIRI MALU KAN DIRI KAU DIHADAPAN STAFF2 KAU SENDIRI, jadi jangan salah kan aku ye, sekian, TAMAT.