Tuesday 27 August 2013

Merdeka


31 Ogos merupakan hari kemerdekaan negara kita yang tercinta. Negara pun kita kena cinta, jangan ingat awek dan ibu bapa je perlu dicintai. Ringkasan mengenai kemerdekaan negara kita nie, kalau korang nak tau nama asal negara kita nie adalah Tanah Melayu, kemudian semasa penjajaran British negara kita dikenali dengan nama Malaya. Selepas 7 tahun Malaya merdeka iaitu pada 31 Ogos 1957, negara Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak. Beberapa bulan selepas itu Singapura mengisytiharkan untuk keluar dari Gagasan Malaysia untuk membentuk sebuah negara baru di Asia Tenggara.



Sempena kemerdekaan yang ke 56 nie, aku nak tanya korang apa maksud merdeka. Masa zaman sekolah dulu, selalu dengar soalan cam nie. Antara jawapan lazim yang diberikan mengenai makna kemerdekaan selalu nya yang popular, merdeka bermaksud bebas dari penjajah, merdeka bermaksud Malaysia adalah sebuah negara berdaulat, dan macam2 lagi la jawapan budak2 sekolah yang cerdik pandai tu.

Ok la, secara peribadi aku memang dari dulu tak pernah setuju dengan contoh jawapan yang popular diatas tadi. Mereka kata kita bebas dari penjajah, padahal mereka tak faham maksud penjajahan tu sebenarnya, dan lagi satu Malaysia negara berdaulat, tapi aku tak nampak langsung Malaysia tu negara berdaulat, sorry la aku  bukan nak buat kontroversi kehape, tapi kalau korang rakyat Malaysia yang berfikiran sihat korang sendiri dapat tengok sendiri keadaan negara kita yang sangat dicintai nie.



Apa yang berlaku sekarang pun rasanya dah senang nampak kan. Entah korang sedar atau tak, kini Malaysia dijajah lagi teruk dari dulu, kedaulatan dah hilang entah kemana. Lagu Negaraku diubah ikut sesuka hati, bendera Malaysia dipijak2, Sultan2 dihina. Secara peribadinya, bagi aku mengapa rakyat Malaysia masih dijajah dan negara hilang daulat. Apa guna rukun negara, apa guna dicipta logo jata negara beserta maksudnya jika tdak dilaksanakan. Dalam pelembagaan negara pun dah termaktub bahawa agama rasmi Malaysia adalah Islam. Jadi jawapan mengapa negara hilang daulat dan rakyat nya masih dijajah, antara sebab nya kerana tidak mengamalkan Islam itu dengan betul.



Marilah sama2 kita rakyat Malaysia yang beragama Islam bersatu padu tak kira la hangpa Umno ke, BN ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke atau Bebas ke, asalkan hangpa Islam, BERSATULAH. Wujudkan kembali sebuah negara yang suatu ketika dulu sangat mahsyur di persada dunia, disegani dan dihormati. Jangan jadikan sejarah itu sebagai satu subjek dalam pembelajaran kat sekolah je, jangan asyik nak ambik ikhtibar dari sejarah je dan jangan nak jadikan sejarah tu kenang kenangan je.

Selamat Hari Merdeka ke 56